Franklin D. Roosevelt

Franklin Delano Roosevelt (30 Januari 1882–12 April 1945; Jawi: فريڠکلين ديلانو روزۏيل‌ت) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat dari tahun 1933 hingga tahun 1945, dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat melebihi dua penggal. Seorang tokoh utama dalam abad ke-20, beliau telah diletakkan sebagai salah seorang daripada tiga Presiden terhebat Amerika Syarikat (Abraham Lincoln, George Washington dan F.D.Roosevelt) oleh tinjauan kesarjanaan.

Franklin D. Roosevelt
فريڠکلين دي. روزۏيل‌ت
Foto oleh Leon Perskie, 1944
Presiden Amerika Syarikat ke-32
Dalam jawatan
4 Mac 1933 – 12 April 1945
Naib PresidenJohn N. Garner(1933-1941),
Henry A. Wallace (1941-1945),
Harry S. Truman (1945)
Didahului olehHerbert Hoover
Digantikan olehHarry S. Truman
Gabenor New York ke-44
Dalam jawatan
1 Januari 1929 – 31 Disember 1932
Leftenan GabenorHerbert H. Lehman
Didahului olehAl Smith
Digantikan olehHerbert H. Lehman
Pembantu Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat
Dalam jawatan
17 Mac 1913 – 26 Ogos 1920
PresidenWoodrow Wilson
Didahului olehBeekman Winthrop
Digantikan olehGordon Woodbury
Ahli Senat New York
dari daerah ke-26
Dalam jawatan
1 Januari 1911 – 17 Mac 1913
Didahului olehJohn F. Schlosser
Digantikan olehJames E. Towner
Butiran peribadi
LahirFranklin Delano Roosevelt
30 Januari 1882
Taman Hyde, New York
Meninggal dunia12 April 1945
Warm Springs, Georgia
KerakyatanAmerika Syarikat
Parti politikDemokrat
PasanganEleanor Roosevelt (k. 1905)
Anak-anak
  • Anna
  • James
  • Franklin
  • Elliot
  • Franklin Jr.
  • John
IbuSara Ann Delano
BapaJames Roosevelt I
PendidikanUniversiti Harvard (AB)
Columbia Law School
Tandatangan

Semasa Zaman Meleset pada dekad 1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkan ekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepada Parti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad 1960-an. Bersama dengan isterinya, Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untuk liberalisme Amerika.

Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York. Pada tahun 1905, beliau berkahwin dengan sepupu kelimanya setelah berpindah, Eleanor Roosevelt. Mereka mempunyai enam orang anak, lima daripadanya membesar sehingga meningkat dewasa.

Beliau memenangi pilihan raya untuk Senat Negeri di New York pada tahun 1910, dan kemudian berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden Woodrow Wilson semasa Perang Dunia Pertama. Roosevelt ialah pasangan James M. Cox dalam tiket kebangsaan Parti Demokrat 1920, namun Cox telah dikalahkan oleh Warren G. Harding daripada Republikan. Pada tahun 1921, Roosevelt mengalami kelumpuhan, yang pada ketika itu dipercayai sebagai penyakit polio dan kakinya mengalami kelumpuhan kekal. Semasa beliau cuba memulihkan keadaannya, Roosevelt mengasaskan pusat pemulihan polio di Warm Springs, Georgia. Dilahirkan dalam keluarga Roosevelt di Hyde Park, New York, beliau mempunyai kelulusan dari Groton School dan Harvard College dan mengikuti pengajian di Columbia Law School, yang ditinggalkannya selepas lulus peperiksaan guaman untuk menjalani latihan undang-undang di Bandar Raya New York.

Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga tahun 1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang Hakim Mahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketika perang bermula.

Selepas tahun 1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arah Perang Dunia Kedua. Beliau memberi banyak sokongan kepada Winston Churchill dan usaha perang British sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadap Jerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepada Pihak Berikat yang menewaskan Jerman, Itali, dan Jepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orang askar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi.

Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepada orang-orang Afrika Amerika dan golongam wanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib Presiden Harry S. Truman.

Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilah liberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semula Parti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh, etnik minoriti, Selatan, jentera-jentera bandar raya, serta orang-orang miskin.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

 
Wikisource

Ucapan dan petikan: audio dan transkrip sunting

Lain-lain sunting