Ferdinand Pascual Aguilar (lahir 5 Februari 1953), atau lebih dikenali sebagai Freddie Aguilar atau Ka Freddie Aguilar, merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penyanyi-penggubah lagu, penulis lagu, dan penulis lirik lagu bergenre folk yang berasal dari Filipina. Beliau sangat terkenal di negara beliau melalui nyanyian semula lagu lagenda Filipina Bayan Ko yang kemudiannya dijadikan lagu tema oleh pihak pembangkang untuk menentang rejim Ferdinand Marcos semasa Revolusi Kuasa Rakyat pada tahun 1986,[1] dan juga melalui lagu Anak, salah satu lagu Filipina yang paling laris sepanjang zaman.[2] Beliau sering dikaitkan dengan genre rock Filipina atau lebih dikenali dengan gelaran Pinoy rock.[3]

Freddie Aguilar
Aguilar di Tondo, Manila, Filipina pada 1988.
Latar belakang
Nama lahirFerdinand Pascual Aguilar
Juga dikenali sebagai
Ka Freddie, Abdul Farid
Kelahiran (1953-02-05) 5 Februari 1953 (umur 71)
Santo Tomas, Isabela, Filipina
GenreFolk, Pinoy rock
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penyanyi-penggubah lagu, penulis lagu, penulis lirik
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1973–kini
Syarikat rakaman
Vicor Music/Sunshine, RCA Records
Pengkarya berkait
Watawat Band
PasanganJovie Gatdula Albao (k. 2013)

Beliau terkenal di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam benua Asia Pasifik, sebagai salah seorang pemuzik dan penulis lagu yang terbaik dari Filipina.

Kehidupan awal

sunting

Freddie Aguilar mula meminati bidang muzik sejak beliau masih remaja. Ketika berumur 17 tahun, Aguilar mula bermain gitar. Beliau mula terlibat dengan persembahan pentas semasa berumur 20 tahun.[4]

Aguilar melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di De Guzman Institute of Technology tetapi beliau tidak menamatkan pengajian, sebaliknya memburu impian dalam bidang muzik dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, dan kemudiannya menjadi pemuzik di kelab serta bar muzik folk.[5]

Semasa berumur 18 tahun, Aguilar telah berpisah dengan keluarga beliau dan keluar dari kolej. Selepas menyedari kesilapan beliau lima tahun selepas itu, beliau telah mencipta lagu Anak.[6]

Pengaruh muzik

sunting

Antara pengaruh terbesar Freddie Aguilar dalam bidang muzik ialah bintang muzik folk-rock dari Britain dan Amerika Syarikat seperti Cat Stevens dan James Taylor.[5] Beliau juga sangat dipengaruhi oleh warisan Filipinanya, semangat nasionalisme, dan cuba untuk membentuk sebuah penerokaan muzikal mengenai etos Filipina.[5]

Kerjaya muzik

sunting

Pengiktirafan antarabangsa

sunting

Lagu "Anak" tidak hanya telah memecahkan rekod carta-carta muzik Filipina pada tahun 1979, tetapi juga telah berjaya mencapai nombor 1 di Jepun serta mencipta populariti yang besar di negara-negara lain seperti Angola, Jepun, Malaysia, Hong Kong, dan sebahagian dari negara Eropah Barat.[7] Lagu "Anak" menjadi sangat terkenal sehingga dikatakan bahawa lagu tersebut telah dirakam sebanyak 100 versi dalam 23 bahasa di seluruh dunia.[8] Billboard telah melaporkan bahawa lagu tersebut adalah lagu hit nombor 2 di dunia pada tahun 1980-an. Sehingga tahun 2006, lagu tersebut merupakan rekod muzik yang paling laris dalam sejarah muzik Filipina dan belum dapat ditandingi oleh mana-mana album muzik yang lain.[2]

Aktivisme politik

sunting

Sebelum Freddie Aguilar menyanyikan lagu lagenda Filipina Bayan Ko dalam versi beliau yang tersendiri, beliau telah banyak mencipta dan mempersembahkan lagu-lagu yang mensasarkan ketidakadilan sosial. Salah satu album beliau iaitu Magdaleno memuatkan lagu-lagu tentang seorang gadis yang dipaksa melacurkan diri akibat kemiskinan dan juga kisah mengenai pertembungan Kristian-Muslim dalam lagu Mindanao. Selain album tersebut, beliau juga telah menyanyikan lagu tentang ketidakadilan yang dialami oleh rakyat yang tidak berdaya, kemiskinan, dan keangkuhan kuasa besar dalam sebuah lagu mengenai Amerika Syarikat dan Rusia.[5]

Lima tahun selepas penciptaan lagu Anak, beliau telah menyertai tunjuk perasaan terhadap rejim Marcos dan mula menulis serta menyanyikan lagu-lagu yang mengkritik pemerintah yang keterlaluan.[7] Antara beberapa lagu yang menyebabkan beliau digam oleh media arus perdana termasuklah: Kata-rungan atau Keadilan (untuk mereka yang dituduh secara tidak adil), Pangako (Janji) (janji seorang pemimpin yang tidak dipenuhi terhadap sebuah bangsa yang diabaikan), dan Luzvi-minda (singkatan untuk nama 3 buah pulau di Filipina - Luzon, Visayas dan Mindanao; menyeru orang Filipina untuk menyedari realiti penindasan). Salah satu lagu beliau yang paling diingati pada masa itu adalah lagu lagenda Bayan Ko (bermaksud Negaraku dalam bahasa Filipina) yang dinyanyikan semula oleh beliau, di mana beliau menambahkan satu rangkap ayat kepada liriknya yang asal.[9]

Bayan Ko (Negaraku)

sunting

Pada tahun 1978, Aguilar telah merakamkan semula lagu Bayan Ko buat pertama kalinya dalam sebuah usaha patriotik untuk, (memetik kenyataan beliau,) "jolt back those who were starting to forget who we really are" ("membalas perbuatan mereka yang mula melupakan siapa diri kita sebenarnya").[7] Beliau juga telah menyanyikan semula lagu tersebut dalam versi yang tersendiri kerana ia memberi inspirasi, keseronokan dan lonjakan kuasa.[10] Lagu tersebut pada asalnya telah digubah pada tahun 1928 oleh Constancio de Guzman, dan liriknya dicipta oleh Jose Corazon de Jesus, seorang penyair, semasa Filipina sedang dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan Amerika Syarikat.[11] Lagu tersebut muncul sekali lagi semasa pemerintahan rejim Marcos sebagai lagu tidak rasmi bagi rakyat yang muncul sebagai Kuasa Rakyat, sebuah negara demokratik baru yang menentang autoritarianisme yang secara amnya dianggap sebagai penggulingan Ferdinand Marcos.[7] Pada tahun 1983, peristiwa pembunuhan Benigno 'Ninoy' Aquino telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran terhadap pemerintahan diktator Marcos, dan lagu Bayan Ko nyanyian Aguilar telah disiarkan di radio serta pembesar suara yang dipasang di jipney di seluruh jalanan Manila dan wilayah-wilayah Filipina.[11] Pada majlis pengebumian Senator Aquino, Aguilar telah menyanyikan lagu Bayan Ko dan beliau merasakan bahawa Aquino ialah seorang lelaki yang berani bertindak, bukan sekadar berkata-kata, bahkan sanggup mengorbankan nyawanya untuk kebebasan Filipina.[12] Semasa persembahan, Aguilar tidak berasa takut lagi dan berasa kuat serta yakin.[10] Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam revolusi politik.[12] Aguilar, bersama-sama APO Hiking Society dan pemuzik-pemuzik pop Filipina lain yang menentang pemerintahan diktator, menyertai penyanyi-penyanyi lain yang turut menentang dalam persembahan muzik dan jalanan sebagai sebahagian daripada demonstrasi anti-Marcos.[11]

Beberapa tahun selepas itu, Aguilar telah berkempen untuk pencalonan Corazon Aquino, isteri kepada mendiang Benigno 'Ninoy' Aquino, sebagai Presiden dalam pilihanraya umum yang membawa kepada pemberontakan pada tahun 1986.[7]

Aguilar pernah menyebut dalam satu wawancara dengan ABS-CBN News bahawa lirik lagu tersebut menggabungkan perasaan cinta yang dimiliki oleh orang Filipina terhadap negara mereka, memperingati keluarga Aquino, dan komitmen terhadap negara mereka.[10] Bahkan pada zaman moden ini, rakyat Filipina pasti akan mengingati lagu Bayan Ko sebagai lagu kebangkitan negara.[11]

Pencapaian

sunting

Pada 18 Januari 2008, Aguilar telah menerima Asia Star Award daripada Asia Model Award Festival di Korea.[13]

Aguilar masih menetap di Filipina dan terus membuat persembahan. Beliau kini berpindah ke tempatnya sendiri yang digelar Ka Freddie's. Dia masih mempunyai pengaruh yang kuat di Filipina dan juga dalam kalangan rakyat Filipina yang tinggal di luar negara.

Aguilar telah memberi galakan kepada kerajaan Filipina untuk mewujudkan sebuah jabatan baru yang digelar Jabatan Kebudayaan dan Kesenian.[14] Semasa kempen dan hari pertama perkhidmatan rasmi presiden Rodrigo Duterte, Aguilar telah menyanyikan lagu Para sa Tunay na Pagbabago, yang merupakan salah satu lagu kempen Duterte dengan menggunakan irama daripada lagu Ipaglalaban Ko.[15] Aguilar merupakan penyanyi kegemaran Presiden Duterte.[16]

Kehidupan peribadi

sunting

Pada tahun 1978, Aguilar telah mengahwini Josephine Ponce Queipo. Mereka telah dikurniakan empat orang anak iaitu Maegan, Jonan, Isabella dan Jeriko. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka bermasalah dan mereka mula tinggal berasingan pada tahun 1997. Mereka bercerai pada tahun 2000 di London, United Kingdom.[17]

Aguilar telah mendedahkan bahawa sebelum beliau berkahwin dengan Queipo, beliau pernah berkahwin dengan Marilyn Angelo, tetapi perkahwinan tersebut tidak sah kerana paderi yang mengahwinkan mereka di Olongapo City, Zambales didapati tidak memiliki lesen.

Setelah Aguilar tinggal berasingan dengan Queipo, Aguilar telah menjalinkan hubungan dengan Antonette Martinez pada tahun 1998. Pada masa itu, Martinez baru berusia 17 tahun. Dua tahun kemudian, selepas perceraian Aguilar pada tahun 2000, Aguilar dan Martinez telah berkahwin di Las Vegas, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perkahwinan yang baru berusia lima tahun itu juga telah berakhir dengan perceraian.[18]

Pada 17 Oktober 2013, Aguilar mengakui secara terbuka, meskipun berlakunya kontroversi,[19] bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang remaja wanita berumur 16 tahun yang bernama Jovie Gatdula Albao dengan perancangan untuk berkahwin dan mempunyai anak, kerana Jovie bertekad mahu mempunyai anak.[20][21][22]

Pada 22 November 2013, Aguilar telah mengahwini Jovie mengikut perundangan Islam di Buluan, Maguindanao.[23] Aguilar telah memeluk agama Islam enam bulan sebelum itu.[24] Nama Muslim beliau ialah Abdul Farid.[25][26]

Pada 3 Januari 2018, kediaman Aguilar di North Fairview, Quezon City telah musnah dalam satu kebakaran yang dilaporkan berpunca daripada bilik muzik beliau.[27] Kebakaran tersebut telah memusnahkan sebahagian besar barangan berharga Aguilar yang dianggarkan bernilai sekitar ₱15 juta, termasuk koleksi seni beliau, anugerah, alat muzik, rakaman piring hitam, dan memorabilia peribadi beliau yang lain. Aguilar sedang berada di bar dan restoran beliau, Ka Freddie's di Tomas Morato Avenue ketika kejadian. Isteri beliau Jovie, anak lelaki beliau Jonan, dan ibu mertua beliau berada di dalam kediaman tersebut semasa kejadian, tetapi mereka dapat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dengan bantuan jiran mereka.[28]

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • 1978: Anak
    (Vicor/Polydor) / (Vicor/Sunshine)
  • 1978: Buhay
    (Vicor)
  • 1979: Freddie Aguilar
    (PDU)
  • 1979: Kinabukasan
    (Vicor)
  • 1979: Freddie Aguilar after Anak
    (Polydor International)
  • 1980: Diyosa
    (Ugat Tunog Ng Lahi/Vicor)
  • 1980: Freddie Aguilar (untuk pasaran Amerika Syarikat)
    (RCA Records) / (RCA Holland)
  • 1980: Todo Cambia Freddie Aguilar
    (RCA)
  • 1980: Magdalene Freddie Aguilar
    (King Record Ltd.)
  • 1982: Anak Dalita
    (Vicor)
  • 1983: Magdalena
    (G Records International)
  • 1983: Bayan
  • 1985: Katarungan
    (G Records)
  • 1987: EDSA
    (Ivory)
  • 1987: Crazy War
    (Ivory)
  • 1988: Sariling Atin
    (Alpha)
  • 1989: Hala Bira
    (Alpha)
  • 1990: Freddie Aguilar Estudyante Blues
    (King Record)
  • 1991: Kumusta Ka
    (AMP)
  • 1991: Freddie Aguilar
    (AMP)
  • 1992: Pagbabalik Himig
    (Vicor)
  • 1993: Minamahal Kita
    (Alpha)
  • 1993: Estudyante Blues (keluaran semula)
    (AMP)
  • 1993: Sariling Atin (keluaran semula)
    (AMP)
  • 1993: Ipaglalaban Ko
    (AMP)
  • 1993: Freddie Aguilar Kumusta Ka
    (Millbory Production - Korea)
  • 1994: Anak (CD keluaran semula)
    (Vicor)
  • 1994: Diwa Ng Pasko
    (Alpha)
  • 1994: Maraming Salamat
    (AMP)
  • 1994: Bagong Timpla
    (AMP)
  • 1996: Impromptu
    (AMP)
  • 1999: Green Card
    (Concorde)
  • 2007: Freddie Aguilar “Love Songs”

Album kompilasi

sunting
  • 1979: Greatest Hits
    (Vicor)
  • 1985: The Best of Freddie Aguilar
    (G Records)
  • 1987: Freddie Aguilar – Anak - Double "Best Of" Album
    (Panarecord International) [29]
  • 1989: Freddie Aguilar Greatest Hits
    (Vicor)
  • 1993: Sampaguita, Lolita, Coritha Sing Freddie Aguilar
    (AMP)
  • 1993: Fifteen Years of Freddie Aguilar Vol. 1 & 2
    (AMP)
  • 1993: Freddie Aguilar His Best
    (Music Distributors PTE LTD)
  • 1995: The Best of Freddie Aguilar
    (Alpha)
  • 1995: The Best of Freddie Aguilar and Friends
    (AMP)
  • 1995: Anak-The Best of Freddie Aguilar
    (EMI)
  • 2001: Duets with Freddie Aguilar
    (Concorde)
  • 2004: Juan Dela Cruz (AMP) Concorde Recording

Album berbahasa asing

sunting
  • 1979: Kenangan Ayah (album Bahasa Melayu)
    (PolyGram Records Ltd. Sdn. Bhd. Malaysia) [30]
  • 1997: Anak (keluaran semula album Kenangan Ayah versi Digitally Remastered)
    (PolyGram Records Ltd. Sdn. Bhd. Malaysia) [31]

Album rakaman siaran langsung

sunting
  • 1990: Freddie Aguilar Live in London
    (Tiger Records)
  • 1997: Freddie Aguilar Live! Global Tour (Vol. 1, 2, 3)
    (Aguilar Music / Vicor Music) [32]
  • 2006: The Best of Freddie Aguilar Live!

Anugerah dan penghargaan

sunting

Anugerah-anugerah utama

sunting
  • Polydor Prize Award Tokyo (1978)
  • First Ulo ng Apo Awards Music Awards (1979)
  • Best Folk Pop Artist (1979)
  • Catholic Mass Media Awards Grand Award (1981)
  • Best Asian Artist Hawaiian World Music Festival (Hawaii 1982)
  • Best Rock Vocal Composition Cecil Awards (1982) “Sigarilyo”
  • Best Folk Vocal Performance Cecil Awards (1983) “Bayan Ko”
  • Best Folk Pop Vocal Performance Cecil Awards (1983) “Magdalena”
  • Best Composition Cecil Awards (1983) “Magdalena”
  • Best Folk Pop Performance Cecil Awards (1985)
  • Best Novelty Composition Cecil Awards (1985)
  • Best Folk Pop Composition Cecil Awards (1985) “Mayroon Kang Kaibigan”
  • Best Solo International Road Show Performer Aliw Awards (1985)
  • Entertainer of the Year Aliw Awards (1986)
  • Catholic Mass Media Awards Best Inspirational Song “Katarungan” (1986)
  • Annual Young Achievers Awards Golden Scroll Awardee (1990)
  • BASF Crystal Award (1992)
  • Celebrity Father Awardee “Gintong Ama Awards” (1990-1995)
  • Dangal ng Musikang Pilipino Awit Awards (1993)
  • NU Rock Awards Lifetime Achievement Awards (1994)
  • Awit Awards Best Rock Recording (1994) “Estudyante Blues”
  • Best Alternative Recording Aliw Awards (1995)
  • Best Alternative Recording “Producer” (1995)
  • Best Country Song Katha Music Awards (1995) “Ituloy Mo Ang Laban”
  • Best Rock Solo Vocal Performance Katha Music Awards (1996)
  • Lifetime Achievement Awards “Metro POP” (1997)
  • Katha Music Awards Best Contemporary Blues Sing Producer (1998)
  • Pinoy Musika Awards Kakayahang Pinoy (2001)
  • Ampex Golden Reel Award Redwood City California (1992)
  • Hall of Fame (Tinig Awards, 2003)
  • Patnubay ng Sining at Kalinangan Award for Music (2005)
  • Freddie Aguilar Monument Sept. 30, 2006, Magsaysay Drive, Olongapo City
  • ASAP: Platinum Circle Award (2006) (Elite Platinum Artist)
  • Asia Star Award, dianugerahkan oleh Korean Modeling Association (KMA) pada Jumaat, 18 Januari 2008
  • Asia's Royal Awards for Most Iconic Singer and Composer of the Year, dianugerahkan oleh Asia's Royalty Awards pada 30 Januari 2023 [33]

Anugerah untuk penjualan album

sunting

Multi-Platinum

sunting
  • Anak (1978)
  • Magdalena (1983)
  • Bayan Ko (1986)
  • Sariling Atin (1989)
  • Ipaglalaban Ko (1990)
  • Kumusta Ka (1993)
  • Fifteen Years of Freddie Aguilar (1995)

Platinum Berkembar

sunting
  • Anak (1978)
  • Magdalena (1983)
  • Bayan Ko (1986)
  • Sariling Atin (1989)
  • Ipaglalaban Ko (1990)
  • Kumusta Ka (1993)
  • Fifteen Years of Freddie Aguilar (1995)

Platinum

sunting
  • Greatest Hits (1980)
  • Katarungan (1986)
  • Halabira (1990)
  • Fifteen Years of Freddie Aguilar (1994)
  • Diwa ng Pasko (1995)
  • Pagbabalik Himig ni Freddie Aguilar (1995)
  • ASAP: Platinum Circle Award (2006)
  • Anak (1979)
  • Anak - Polydor Japan (1979)
  • Kumusta Ka (1991)
  • Kumusta Ka - Ampex Golden Reel Award (1992)
  • Green Card (2000)

Rujukan

sunting
  1. ^ Priestess, Wife, Revolutionary: A new film documents the role of women in Philippine history Diarkibkan Disember 15, 2006, di Wayback Machine
  2. ^ a b Dot Ramos Balasbas-Gancayco (Disember 12, 2006). "Still up on his toes (an interview with Freddie Aguilar)". The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 10, 2012. Dicapai pada Jun 6, 2010.
  3. ^ Dorian, Frederick; Simon Broughton; Mark Ellingham; James McConnachie; Richard Trillo; Orla Duane (2000). World Music: The Rough Guide. Rough Guides. m/s. 216. ISBN 1-85828-636-0. Dicapai pada 2009-07-06.
  4. ^ The Freddie Aguilar Story
  5. ^ a b c d Lockard, Craig A. (1998). Dance of life: popular music and politics in Southeast Asia. University of Hawaii. m/s. 144. ISBN 0-8248-1918-7. Dicapai pada 2009-07-03. anak freddie.
  6. ^ Freddie: I wrote Anak to atone my sins Philstar (10 June 2017). Dicapai 4 Januari 2018.
  7. ^ a b c d e Tadiar, Neferti X. M. (2009). "Popular Laments". Cultural Studies. 23 (1): 1–26. doi:10.1080/09502380701702482.
  8. ^ Caruncho, Eric S., Eric S. Caruncho
  9. ^ Poblete, Johanna D. (August 7, 2009), "Songs of Freedom", Weekender, m/s. S4/1
  10. ^ a b c 'Bayan Ko' has a long history
  11. ^ a b c d Maceda, Teresita Gemenez (2007). "Problematizing the popular: the dynamics of Pinoy pop(ular) music and popular protest music". Inter-Asia Cultural Studies. 8 (3): 390–413. doi:10.1080/14649370701393766.
  12. ^ a b Dancing to the Tune of the Revolution: 5 songs of EDSA
  13. ^ GMA NEWS.TV, Iza Calzado bags Asian model award in Korea
  14. ^ Serato, Arniel (July 15, 2016). "Freddie Aguilar appointed as new NCCA commissioner by President Rodrigo Duterte" (dalam bahasa Filipino). Philippine Entertainment Portal. Dicapai pada July 15, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Freddie Aguilar at the peak of his career". GMA news. June 30, 1994. Dicapai pada July 15, 2016.
  16. ^ "At Duterte inauguration, Freddie Aguilar sings about 'tunay na pagbabago'". GMA News. June 30, 2016. Dicapai pada July 15, 2016.
  17. ^ Luigene Yanoria (22 Mei 2014). Maegan Aguilar: 'Ang tatay ko nagpapanggap na dakilang ama' . Yahoo Southeast Asia Newsroom. Dicapai pada 30 April 2020.
  18. ^ Allan Policarpio (2 November 2013). Ka Freddie considers converting to Islam to be able to marry young GF. Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 30 April 2020.
  19. ^ "Twittterverse slams Freddie Aguilar for relationship with 16-year-old girl". InterAksyon. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2013. Dicapai pada October 17, 2013.
  20. ^ "Freddie Aguilar ready to marry 16-year-old GF". ABS-CBN News. Dicapai pada 2013-10-17.
  21. ^ "Freddie Aguilar to Marry 16-Year-Old GF who Wants to Have a Baby | Philippine News". Philnews.ph. Dicapai pada 2013-10-17.
  22. ^ "60-year-old legendary singer Freddie Aguilar is helplessly in love with 16-year-old girlfriend". PEP.ph. Dicapai pada October 17, 2013.
  23. ^ Diola, Camille. "Now a Muslim, Freddie Aguilar marries 16-year-old | Entertainment, News, The Philippine Star". philstar.com. Dicapai pada 2013-11-23.
  24. ^ "Why Freddie, 16-year-old GF can marry as Muslims". ABS-CBN News. Dicapai pada 2013-11-23.
  25. ^ "Freddie Aguilar as Abdul Farid Wedding Photos with 16-Year-Old GF | Philippine News". Philnews.ph. August 9, 2013. Dicapai pada 2013-11-23.
  26. ^ "Teen explains why she married Freddie Aguilar". ABS-CBN News. Dicapai pada 2013-11-23.
  27. ^ Jalea, Mary Gleefer (January 4, 2018). "Singer Freddie Aguilar loses QC home, belongings to fire". The Manila Times. Dicapai pada January 4, 2018.
  28. ^ Enano, Jhesset (January 4, 2018). "Fire guts Freddie Aguilar's QC house". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada January 4, 2018.
  29. ^ https://www.discogs.com/Freddie-Aguilar-Anak-Double-Best-Of-Album/release/10775035
  30. ^ https://www.discogs.com/Freddie-Aguilar-Kenangan-Ayah/master/1344122
  31. ^ https://www.discogs.com/Freddie-Aguilar-Anak/release/10193094
  32. ^ https://www.discogs.com/Freddie-Aguilar-Freddie-Aguilar-Live-Global-Tour/release/13665580
  33. ^ Freddie Aguilar. (1 Februari 2023). Thank you so much ASIA'S ROYALTY AWARDS for honoring me with, Asia's Royal Awards for Most Iconic Singer and Composer of the Year🇵🇭Given this 30th of January 2023 at the Grandballroom, Okada Manila, Philippines🇵🇭 (Status Facebook). Dicapai pada 4 Mac 2023.

Pautan luar

sunting