Frederick Sanger, OM, CH, CBE, FRS, FAA /ˈsæŋər/ (13 Ogos 1918 – 19 November 2013) ialah seorang ahli biokimia British yang telah mendapat Hadiah Nobel dalam Kimia sebanyak dua kali (hanya beliau dan John Bardeen dalam Fizik telah melakukan sedemikian dalam kategori yang sama).[1] Beliau merupakan orang keempat mendapat dua Hadiah Nobel. Pada 1958, beliau mendapat Hadiah Nobel "bagi kerjanya terhadap struktur protein, terutamanya terhadap insulin". Pada 1980 pula, Walter Gilbert dan Sanger berkongsi separuh hadiah "bagi sumbangan berkenaan penentuan asas jujukan asid nukleik". Separuh lagi diberikan kepada Paul Berg "bagi kajian fundamental biokimia asid nukleik, khususnya terhadap teknologi DNA rekombinan".

Frederick Sanger
Kelahiran(1918-08-13)13 Ogos 1918
Rendcomb, Gloucestershire, England
Meninggal dunia19 November 2013(2013-11-19) (umur 95)
Cambridge, England
WarganegaraBritish
Pusat pendidikanUniversiti Cambridge
Terkenal keranaJujukan peptida insulin, kaedah dideoksi penjujukan DNA
AnugerahHadiah Nobel dalam Kimia (1958)
Pingat Copley (1977)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1980)
Kerjaya saintifik
BidangAhli biokimia
InstitusiUniversiti Cambridge
Laboratory of Molecular Biology
TesisThe metabolism of the amino acid lysine in the animal body (1943)
Penasihat kedoktoranAlbert Neuberger
Pelajar kedoktoranRodney Robert Porter
Liz Blackburn

Sanger meninggal dunia dalam tidur di Hospital Addenbrooke di Cambridge pada 19 November 2013.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Nobel Prize Facts nobelprize.org
  2. ^ The Telegraph: Frederick Sanger, OM (dicapai 25 November 2013)

Pautan luar sunting