Friedrich Wilhelm III dari Prusia

(Dilencongkan daripada Frederick William III dari Prusia)

Frederick Wilhelm III (3 Ogos 1770 - 7 Jun 1840) ialah Raja Prusia dari tahun 1797 hingga 1840. Baginda memerintah Prusia pada detik sukar Perang Napoleon dan penghujung Empayar Suci Rom. Berikutan kekalahan Napoleon dalam konflik peperangan yang dicetusnya menentang beberapa kuasa Eropah lain dalam Perang Napoleon, baginda mewakili kerajaan Prusia dalam Kongres Vienna yang bertujuan menyelesaikan persoalan politik yang timbul dari perintah baru ini; malah memegang kekuasaan kawasan Prusia sebagai seorang raja sah. Baginda bertekad menyatukan gereja-gereja Protestan agar menyeragamkan hal agama dan liturgi, organisasi dan infrastruktur senibina dalam kalangan penganut mazhab gereja tersebut. Matlamat jangka panjang adalah untuk mengawal sepenuhnya kawalan diraja semua gereja Protestan di Kesatuan Prusia dari gereja.[1]

Frederick William III
Frederick William III
Raja Prusia
Pemerintahan16 November 1797 – 7 Jun 1840
Didahului olehFrederich Wilhelm II
Diikuti olehFrederick William IV
Pemilih Brandenburg
Pemerintahan16 November 1797 – 6 Ogos 1806
Didahului olehFrederich Wilhelm II
Keputeraan3 Ogos 1770
Potsdam, Prusia
Kemangkatan7 Jun 1840(1840-06-07) (umur 69)
Berlin, Prusia
PemakamanMakam di Istana Charlottenburg
PasanganLouise of Mecklenburg-Strelitz
Auguste von Harrach
AnakandaFrederick William IV, Raja Prusia
William I, Empayar Jerman
Charlotte, Empres Rusia
Princess Frederica
Prince Charles
Puteri Alexandrine
Putera Ferdinand
Puteri Louise
Prince Albert
KerabatHohenzollern
AyahandaFrederich Wilhelm II
BondaFrederika Louisa dari Hesse-Darmstadt
AgamaKalvinis (sehingga 1817)
Gereja Evangelikal Kesatuan Prusia (selepas 1817)
TandatanganTandatangan Frederick William III

Keputeraan

sunting

Frederich diputerakan di Potsdam pada 1770 kepada Frederich Wilhelm II dari Prusia dan Frederica Louisa dari Hesse-Darmstadt. Baginda sangat pemalu sehingga begitu merujuk dirinya sendiri dengan namanya tanpa sebarang gantian; baginda juga tidak begitu dihiraukan ayahandanya sehingga perkara tersebut menjejaskan perwatakan baginda yang sering merasakan kekurangan sepanjang hayatnya.[2]

Baginda dilatih sepertimana yang diharuskan ke atas setiap putera Prusia dalam bidang ketenteraan. Baginda dilantik sebagai leftenan pada tahun 1784, dinaikkan pangkat sebagai leftenan kolonel pada tahun 1786 dan akhirnya sebagai kolonel pada tahun 1790. Baginda turut terlibat dalam kempen peperangan kerajaannya menentang Perancis dalam Revolusi Perancis antara tahun-tahun 1792–1794.

Pada 24 Disember 1793, Frederich Wilhelm mengahwini Louise dari Mecklenburg-Strelitz. Perkahwinan mereka sangat bahagia terutamanya dengan kedudukan isterinya yang sangat disukai rakyat jelata,[3] malah kehidupan mereka dengan 10 putera-puteri mereka sangat sederhana.

Frederich Wilhelm naik takhta sebagai Raja Prusia pada 16 November 1797. Baginda turut menjadi putera pemerintah secara kesatuan persendirian dengan Kerajaan Neuchâtel (1797–1806, 1813–1840).

Pemerintahan

sunting

Kemangkatan

sunting

Frederick William III mangkat pada 7 Jun 1840 di Berlin akibat gering menghidap kanser larinks. Putera sulungnya, Frederick Wilhelm IV, menggantikannya. Frederick William III dimakamkan di Makam Schlosspark Charlottenburg, Berlin.[4]

Rujukan

sunting

Catatan

  1. ^ Encyclopaedia Britannica, The Editors of (30 July 2018). "Federick William III". Encyclopaedia Britannica. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Encyclopaedia Britannica, The Editors of (30 July 2018). "Federick William III". Encyclopaedia Britannica. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Kings2
  4. ^ Feldhahn, Ulrich (2011). Die preußischen Könige und Kaiser (German). Kunstverlag Josef Fink, Lindenberg. m/s. 17–20. ISBN 978-3-89870-615-5.

Bacaan lanjut

  • Clark, Christopher. "Confessional policy and the limits of state action: Frederick William III and the Prussian Church Union 1817–40." Historical Journal 39.#4 (1996) pp: 985-1004. in JSTOR

Dalam bahasa Jerman

  • Thomas Stamm-Kuhlmann: König in Preußens großer Zeit. Friedrich Wilhelm III., der Melancholiker auf dem Thron. Siedler, Berlin 1992.
  • Dagmar von Gersdorff: Königin Luise und Friedrich Wilhelm III. Eine Liebe in Preußen. Rowohlt, Reinbek 2001. ISBN 3-499-22615-4.
  • Claudia von Gélieu, Christian von Gélieu: Die Erzieherin von Königin Luise. Salomé de Gélieu. Regensburg 2007, ISBN 978-3-7917-2043-2.
  • Carsten Peter Thiede, Eckhard G. Franz: Jahre mit Luise von Mecklenburg-Strelitz. Archiv für hessische Geschichte und Altertumskunde Bd. 43. Darmstadt 1985.

Pautan luar

sunting
Friedrich Wilhelm III dari Prusia
Tarikh keputeraan: 3 Ogos 1770 Tarikh kemangkatan: 7 Jun 1840
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Frederick William II
Putera Neuchâtel
1797–1806
Diikuti oleh:
Louis Alexandre Berthier
Elektor Brandenburg
1797–1806
Diilhak oleh Prusia
Raja Prusia
1797–1840
Diikuti oleh:
Frederick William IV
Ciptaan baharu Grand Duke Posen
1815–1840
Didahului oleh
Louis Alexandre Berthier
Putera Neuchâtel
1813–1840

Templat:Rulers of Prussia Templat:Napoleonic Wars