Buka menu utama

Frederik Willem de Klerk (lahir pada 18 Mac, 1936) ialah seorang ahli poliitk dari Afrika Selatan. Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan yang teriakhir memerintah pada zaman apartheid dari September 1989 hingga Mei 1994 selain juga memimpin Parti Kebangsaan dari Februari 1989 hingga September 1997.

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

Awal hidupSunting

Frederik lahir pada 18 Mac1936 di kawasan luar bandar Mayfair di Johannesburg,[1] beliau anak kedua dalam sebuah keluarga penutur bahasa Afrikaans.[1] Keturunan nenek moyangnya yang sebahagiannya Huguenot (berdasarkan nama keluarganya yang bermaksud "paderi" dalam bahasa Perancis) dicatat tiba berhijrah ke selatan benua Afrika pada tahun 1866,[2] ibunya pula berketurunan orang Austria.[3][4]

Keluarganya memainkan peranan penting dalam masyarakat Afrikaner;[5] datuknya seorang paderi yang pernah terlibat dalam Perang Boer Pertama[2] serta pernah bertanding sebagai calon dalam Parti Kebangsaan sebanyak dua kali.[6] Bapa saudaranya, J. G. Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.[7] Ayahnya, Jan de Klerk, seorang senator serta setiausaha dalam cawangan Transvaal Parti Kebangsaan selama 15 tahun.[8] Dalam persekitaran inilah Frederik didedahkan kepada ehwal politik sejak kecil.[9]

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

Kerjaya politik awalSunting

De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli kabinet pada 1978. Pada 1982, dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah Transvaal. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan verligte ("bercahaya") dalam parti kerajaan pada tahun 1989. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan P.W. Botha sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit angin ahmar.

Sebagai PresidenSunting

Ke arah demokrasiSunting

Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas Kongres Kebangsaan Afrika dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya Aparteid dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan Nelson Mandela pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.

Pada April 1994, pilihan raya semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besar. De Klerk pula telah menyandang jawatan naib presiden selama dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.

Zaman pasca-apartheid dan persaraanSunting

Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di Afrika Selatan. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.

Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.

RujukanSunting

  1. ^ a b de Klerk 1991, m/s. 149.
  2. ^ a b "The Last Trek: A New Beginning". Washington Journal. C-SPAN. 11 June 1999. Dicapai 7 September 2018. Yes, I'm an African, born and bred. My forebears arrived in South Africa in 1688. My later forebears fought the first modern anti-colonial war on the continent of Africa, against Great Britain. I'm an African, through and through, and the fact that I'm white does not detract from my total commitment to my country and through my country, to our continent. 
  3. ^ Johannes (Jan) de Klerk | South African History Online Diarkibkan 13 August 2012 di Wayback Machine.
  4. ^ A. Kamsteeg, E. Van Dijk, F.W. de Klerk, man of the moment. 1990
  5. ^ de Klerk 1991, m/s. 81.
  6. ^ de Klerk 1991, m/s. 139.
  7. ^ de Klerk 1991, m/s. 140; Glad & Blanton 1997, m/s. 579.
  8. ^ de Klerk 1991, m/s. 139, 140.
  9. ^ de Klerk 1991, m/s. 140.

Pautan luarSunting

Didahalui oleh:
P.W. Botha
(Presiden Negara Afrika Selatan)
Presiden Negara Afrika Selatan ke-9 Digantikan oleh:
Nelson Mandela