Freeway, Dreaming & Broke

Freeway, Dreaming & Broke merupakan album studio sulung oleh kumpulan rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt. Ia dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 oleh I Seek Music Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah lagu instrumental dan merupakan album pertama dan terakhir kumpulan ini bersama I Seek Music sebelum menandatangani kontrak bersama Laguna Records (kini Laguna Music) pada 2004.

Freeway, Dreaming & Broke
Album studio oleh Seven Collar T-Shirt
Dikeluarkan pada1 Oktober 2002[1]
Dirakam pada1999–2002
GenreHard rock, rock progresif
Masa45:42
BahasaInggeris
SyarikatI Seek Music, EMI
PenerbitGreg Henderson
Kronologi Seven Collar T-Shirt
Freeway, Dreaming & Broke
(2002)
Drones
(2004)
Single daripada album Freeway, Dreaming & Broke
  1. "Glory & Meaning"
    Dikeluarkan pada: 2002
  2. "Breathe"
    Dikeluarkan pada: 2002
  3. "Happy Chicken King"
    Dikeluarkan pada: 2003

Latar belakangSunting

Selepas muncul dengan EP Smiling Simulator dan lagu "Thank Quake" yang dimuatkan dalam album kompilasi Family Day (2000), Seven Collar T-Shirt didekati oleh I Seek Music yang baru ditubuhkan. Bekerja dengan Greg Henderson yang berkhidmat sebagai penerbit, kumpulan ini merakamkan Freeway, Dreaming & Broke.

Album ini dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 dengan tiga lagu dikeluarkan sebagai single, "Glory & Meaning", "Breathe" dan "Happy Chicken King". Ia merupakan album terakhir Seven Collar T-Shirt bersama I Seek Music sebelum menyertai Laguna Records dan yang terakhir dirakamkan oleh pemain dramnya, Mokhtarizal sebelum meninggalkan kumpulan itu untuk menguruskan syarikat rakamannya.

Senarai runutSunting

Semua lagu ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt. 

No. Tajuk Masa
1. "What Went Wrong?"   3:50
2. "Glory & Meaning"   5:00
3. "Happy Chicken King"   4:14
4. "Holiday"   4:18
5. "Breathe"   4:07
6. "Speechless"   4:12
7. "Ice-Tea Tragedy"   1:42
8. "A Musical Guide To 70's PS#@!"   4:31
9. "Allison Font"   6:17
10. "New"   6:42

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 Disember 2002 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[2]
I Seek Music, EMI Music Malaysia

RujukanSunting

  1. ^ a b "Freeway, Dreaming & Broke". iTunes Store (MY). Apple. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  2. ^ "Freeway, Dreaming & Broke - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.