Fresh Kills Landfill

Fresh Kills Landfill ialah sebuah kambus tanah 2,200 ekar (890 hektar) yang terletak di daerah Staten Island, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat. Namanya berasal dari kedudukan kambus ini di sepanjang tebing kuala Fresh Kills di barat Staten Island.[1] Kambus tanah ini dibuka pada tahun 1947 sebagai kambus tanah sementara, tetapi lama-kelamaan menjadi kambus tanah utama Bandar Raya New York pada separuh kedua abad ke-20, sehingga pernah menjadi kambus tanah terbesar di dunia.[2]

Pada Oktober 2009, tapak ini mulai ditebus guna dalam usaha pembangunan berbilang fasa selama 30 tahun untuk digunakan semula sebagai Freshkills Park.

Sejarah sunting

Kambus tanah ini dibuka pada 1947 di atas sebuah kawasan pertanian luar bandar. Rancangan asal untuk kambus tanah sementara menginginkan Fresh Kills digunakan sebagai 20 tahun, kemudian dibangunkan sebagai kawasan serbag guna yang terdiri daripada kawasan perumahan, rekreasi dan industri.[3]

Di kemuncak operasinya, tapak ini menerima kandungan 20 baj setiap hari, setiap satunya mengangkut 650 tan sampah-sarap.[4] Pada tahun 2001, kambus tanah itu lebih tinggi 25 meter berbanding Patung Liberty.[4] Atas tekanan penduduk setempat dengan sokongan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), tapak kambus tanah itu ditutup pada 22 Mac 2001, tetapi dibuka semula buat sementara tidak lama kemudian.

Asalnya, tapak kambus tanah itu terletak di atas rawa garam. Subtanihnya terdiri daripada tanah liat, dengan pasir dan lanar sebagai lapisan atas tanih. Dalam lingkungan kambus tanah ini masih mengandungi bilangan hidupan liar yang banyak. Juga terdapat kawasan tanah lembap pasang surut, hutan, dan tanah lembap air tawar.[5]

1960-an sunting

Operasinya pada 1960-an dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu "Plant 1" (Loji 1), "Plant 2" (Loji 2), dan "Brookfield Avenue." Plant 1 terletak di sebuah tapak kilang lama di tepi selatan persimpangan Great Fresh Kills dan Little Fresh Kills. Ia boleh dimasuki melalui Muldoon Avenue. Plant 2 terletak sedikit ke hulu sungai di sebelah utara Fresh Kills di mana bercabangnya Richmond Creek. Ia boleh dimasuki dari Victory Blvd. Tapak Brookfield Avenue pula terletak di utara persimpangan Arthur Kill Road dan Brookfield Avenue.

Plant 1 merupakan ibu pejabat pentadbiran dan juga kemudahan pembaikpulihan utama. Plant 1 dan Plant 2 merupakan operasi pemunggahan marin. Kapal baj tiba dari daerah-daerah lain (terutamanya Manhattan dan Brooklyn). Sampah-sarap dipungut oleh sebuah kren pengorek yang bertimba kepah lalu disimpan dalam kenderaan pembuang yang bergelar "Athey wagon." Kemudian, dua wagon ditarik ke tapak pelupusan aktif oleh traktor (Caterpillar D7, D8, D9) lalu dikosongkan. Pengorek Plant 1 berkuasa elektrik manakala pengorek Plant 2 berkuasa wap. Pengorek-pengorek ini diiringi oleh kren-kren lain (yang biasanya terpasang di atas baj). Setiap hari biasanya dipunggahnya 12 baj (enam di setiap loji). Kambus tanah ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga tengah malam, enam hari seminggu. Syif tengah malam hingga 8 pagi pula untuk kerja penyelenggaraan.

Untuk meluaskan kawasan operasi Plant 2, sebatang jambatan tresel kayu dibina di seberang anak sungai Fresh Kills untuk membolehkan pelupusan sampah di timur Richmond Avenue. Apabila tapak pelupusan sebenar berpindah jauh dari jalan berturap, kerja pemunggahan oleh trak semakin sukar. Tapak Brookfield Avenue dibuka pada tahun 1966 dan terhad kepada penggunaan oleh trak.

Keadaan tempat pelupusan itu sentiasa berubah-ubah. Rancangan asal mengunjurkan jangka hayat 20 tahun untuk tapak pelupusan ini. Satu rancangan untuk jambatan West Shore Expressway merangkumi pintu pasang surut yang mungkin menyekat jalan laut ke Plant 2. Jambatan yang siap dibina pada tahun 1959 itu sebenarnya melancarkan lagi operasi. Jambatan itu sudah lama disiapkan sebelum seluruh lebuh raya dan digunakan oleh para pekerja untuk berlalu-lalang di antara kedua-dua loji. Kambus tanah ini juga berdepan dengan masalah haiwan pengacau, misalnya anjing liar yang membahayakan pekerja secara dan tikus yang membawa penyakit dan sukar dibasmi dengan racun. Bagaimanapun, masalah tikus diselesaikan dengan pembawaan masuk burung pemangsa seperti helang dan pungguk, sehingga tempat ini menjadi tumpuan utama pemerhati burung.

Pasca-9/11 sunting

Selepas serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001, Fresh Kills digunakan buat sementara waktu sebagai tapak pengasingan sekitar satu pertiga runtuhan dari Ground Zero. Lebih 1600 tinggalan manusia dikutip ketika ini. Sekitar dua juta tan bahan yang diambil dari Ground Zero dibawa ke kambus tanah untuk diasing-asingkan.[6] Ribuan orang detektif dan pakar bukti forensik bekerka selama lebih 1.7 jam di Fresh Kills untuk cuba mencari saki-baki mangsa yang terkorban dalam serangan. Kiraan akhir mendapati adanya 300 orang mangsa dikenal pasti daripada 4,257 keping tinggalan manusia. Sebuah tugu dibina untuk memperingati mereka yang tidak dapat dikenal pasti dalam semua runtuhan daripada tragedi itu.[7] Runtuhan yang selebihnya pula ditanam dalam sebahagian kambus tanah itu yang seluas 40-ekar (160,000 m2); kemungkinan besar bahawa runtuhan ini masih mengandungi pecahan mayat manusia.[8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Fresh Kills T-shirt, ca. 1992". Online Collections Database. Staten Island Historical Society.
  2. ^ "Fresh Kills Park Project Introduction". New York City Department of City Planning. 2007. Dicapai pada 2007-08-13.
  3. ^ [1][pautan mati kekal] 1951 Report
  4. ^ a b Lloyd, John (2006-10-05). QI: The Book of General Ignorance. Faber and Faber. ISBN 0571233686. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ "Staten Island Landfill: Fresh Kills". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-03. Dicapai pada 2010-04-27. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ "Items from World Trade Center Recovery Operation, Fresh Kills Landfill". Online Collections Database. Staten Island Historical Society.
  7. ^ "Recovery: The World Trade Center Recovery Operation at Fresh Kills" (PDF). The New York State Museum. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-16. Dicapai pada 2010-04-27. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Hartocollis, Anemona (24 Mac 2007). "Landfill Has 9/11 Remains, Medical Examiner Wrote". New York Times. Dicapai pada 26 November 2009.

Pautan luar sunting

Templat:Waste

Koordinat: 40°34′36″N 74°11′14″W / 40.57667°N 74.18733°W / 40.57667; -74.18733