Friendster
Friendster Logo
Friendster Logo
Fail:New Friendster Homepage.jpg
Halaman utama Friendster
JenisSwasta
Diasaskan2002
Ibu pejabatSydney, Australia
Perancang utama
  • Richard B. Kimber, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Andy Spillane, Naib Presiden Kanan, Produk & Teknologi
  • Nimesh Shah, Ketua Pegawai Kewangan
  • David Jones, Naib Presiden, Pengurusan Keluaran Global
  • Ian Stewart, Ketua Asia
  • Aaron Barnes, Naib Presiden, Jualan Global & Pembangunan Perniagaan
  • Ben Dunn, Naib Presiden, Filipina dan Ketua Pengalaman Jenama Global
  • Karin Visnick, Naib Presiden, Operasi Perniagaan
Laman webwww.friendster.com
Kedudukan Alexa139 (3 Disember 2009) [1]
Jenis laman webPerkhidmatan rangkaian sosial
PengiklananIklan sepanduk, iklan konteks, penajaan
Pendaftaranpilihan
Tersedia dalamInggeris, Filipina, Melayu, Vietnam, Thai, Indonesia, Cina (Tradisional dan Ringkas), Korea, Jepun, Sepanyol
Dilancarkan22 Mac 2002
Status terkinitidak aktif

Sejarah sunting

Friendster diasaskan oleh seorang pengaturcara komputer bernama Jonathan Abrams di Mountain View, California pada tahun 2002, sebelum munculnya MySpace, Facebook, LinkedIn dan lain-lain.[2]

Friendster diasaskan untuk menyediakan suasana yang lebih selamat dan berkesan untuk bergaul dengan rakan-rakan baru, dengan melayari profil pengguna dan berhubung sesama rakan-rakan dan sebagainya, membolehkan ahli-ahlinya meluaskan rangkaian rakan-rakan dengan lebih cepat di alam maya berbanding sceara bersemuka di alam sebenar.[3]

Friendster.com dilancarkan pada Mac 2003 lalu digunakan oleh tiga juta pengguna dalam masa tiga bulan pertamanya.[3] Kejayaan Friendster turut dibincangkan oleh bahan-bahan penerbitan seperti Time, Esquire, Vanity Fair, Entertainment Weekly, US Weekly dan Spin, manakala pengasasnya turut terpapar pada kulit majalah dan muncul dalam rancangan bual bicara larut malam.[3]

Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2005, Friendster kehilangan taringnya di Amerika Syarikat berikutan bangkitnya MySpace dan Facebook. Namun begitu, pada masa yang sama, Friendster semakin popular di kalangan remaja di Singapura, Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Kini, Friendster dianggotai oleh lebih 115 juta pengguna berdaftar dan masih meningkat jumlahnya, terutamanya di Asia.[4][5][2]

Pada Ogos 2008, Friendster mengambil khidmat Richard Kimber, seorang bekas eksekutif Google, sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.[6][7][8] Kimber yang pernah menyandang jawatan pengarah pengurusan serantau Asia Selatan di Google, kini menumpukan perhatiannya pada pelarisan Friendster di Asia.[9]

Pada 9 Disember 2009, dilaporkan bahawa Friendster telah dibeli oleh MOL, sebuah syarikat Malaysia.[10]

Tahun 2022-2023 menyaksikan beberapa kali pengeaktifan semula laman web Friendster. Pada tahun 2022, sebuah laman web yang menyerupai Friendster dengan pautan friendster.click telah mendorong ramai pengguna untuk mendaftar. Ini menyebabkan agensi keselamatan siber Filipina mengeluarkan kenyataan bahawa laman web tersebut adalah palsu dan digunakan untuk aktiviti phishing. [11][12]

Perkhidmatan sunting

Pada tahun 2007, Friendster menyediakan Fan Profiles, Friendster Developer Program (platform terbuka) dan melancarkan Friendster.com dalam sembilan bahasa tambahan. Pada tahun 2008, Friendster terus melancarkan tapak webnya dalam bahasa-bahasa baru serta melancarkan Friendster Mobile yang menyediakan peringatan teks SMS.[13][8][14][15]

Fan Profiles: Fan Profiles merangkumi lebih 40 jenis "entiti" yang berbeza[16] – termasuk artis, selebriti, peragawan, pemuzik dan pertubuhan. Entiti-entiti sedemikian boleh membuka "Fan Profile" yang membolehkan mereka mempromosikan diri serta memperoleh ramai peminat di Friendster. Fan Profiles juga boleh dicapai oleh bukan ahli Friendster melalui enjin gelintar seperti Google, Yahoo!, dan Bing.[17] Pengguna Friendster boleh menjadi peminat kepada entiti kegemaran mereka untuk mengikuti perkembangan terbarunya. Terdapat lebih 40 juta hubungan pada Fan Profiles di Friendster.[18][17]

Friendster Mobile dan Friendster Text Alerts: Friendster Mobile (m.friendster.com) adalah percuma untuk penggunanya dari mana-mana peranti mudah alih yang berfungsi Internet di seluruh dunia dalam beberapa bahasa, iaitu Inggeris, Indonesia, Melayu, Korea, Cina Tradisional dan Ringkas. Pengguna Friendster di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina boleh melanggani dan menerima peringatan SMS di peranti mudah alih untuk aktiviti rangkaian dan kemaskini rakan.[19]

Bahasa: Selain bahasa Inggeris, Friendster juga ditawarkan dalam bahasa-bahasa Filipina, Thai, Melayu, Vietnam, Indonesia, Cina (tulisan Tradisional dan Ringkas), Jepun, Korea, dan Sepanyol.[18] Pada mulanya, Friendster hanya tersedia dalam bahasa Inggeris, sehingga disusuli sepuluh bahasa baru dari September 2007 hingga Januari 2009, yang terbarunya ialah bahasa Filipina.[20] Para penggunanya boleh memasukkan kandungan dalam mana-mana bahasa sekalipun.

Friendster melancarkan segala sokongan bahasa dalam satu domain tunggal, iaitu www.friendster.com. Friendster ialah rangkaian sosial Internet sedunia pertama yang menyokong bahasa-bahasa Asia dan lain-lain dalam satu domain tunggal, agar para penggunanya di seluruh dunia mampu berhubung sesama mereka.[21]

Lebih 70% pengguna Internet sedunia boleh menggunakan Friendster.[22]

Friendster Developer Program: Friendster merupakan tapak web terbuka sejak Ogos 2006 ketika mula-mula membenarkan widget dan kandungan seumpamanya dibenamkan dalam laman profil penggunanya.[23] Lebih kurang 39% pengguna Friendster membenamkan widget dalam profil mereka.[23]

Friendster membenarkan pembangun perisian mengakses API yang menggunakan kandungan dan data dalam rangkaian Friendster untuk mendirikan dan mengaturkan aplikasi tersuai di dalam dan luar Friendster. Program pembangunan ini merupakan platform terbuk (bukan hak milik) dengan model pendapatan terbuka.[23][24]

Friendster merupakan tapak sosial pertama yang menyokong kedua-dua platform OpenSocial dan Facebook.[24]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan alex tidak disediakan
  2. ^ a b Betsy Schiffman, 9 Mei 2008. "In Praise of Friendster", Wired. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  3. ^ a b c Gary Rivlin, 15 Oktober 2006. "Wallflower at the Web Party." New York Times. Diterima pada 4 Disember 2008.
  4. ^ Press Release, 21 Oktober 2008. "Friendster is the #1 Social Network for Adults and Youth in Malaysia", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  5. ^ Press Release, 21 Oktober 2008. "Friendster is the #1 Social Network for Adults and Youth in Singapore", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  6. ^ Press Release, 18 Ogos 2008. "Friendster Deploys OpenSocial Support for Benefit of 75 Million Users, Developers and Industry Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  7. ^ Press Release, August 5, 2008. "Friendster Announces New CEO And $20 Million in Funding Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  8. ^ a b Heather Havenstein, 28 Oktober 2008. "Friendster Opens Platform to Developers Diarkibkan 2010-03-16 di Wayback Machine", PC World. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  9. ^ Jessica Vascellaro, August 5, 2008. "New Friendster CEO Has Asia Focus", The Wall Street Journal. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  10. ^ [1]
  11. ^ "Beware of possible 'Friendster' Phishing Site | NCERT". www.ncert.gov.ph. Dicapai pada 2023-12-28.
  12. ^ "Friendster is not back: DICT warns registration site used for phishing". cnn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-28.
  13. ^ Ling Woo Liu, 29 Januari 2008. "Friendster Moves to Asia", TIME. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  14. ^ Press Release, 26 Jun 2008. "Friendster Announces Mobile Text Alerts Diarkibkan 2009-07-05 di Wayback Machine", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  15. ^ Julie Sloane, September 24, 2007. "Friendster Debuts Chinese Site," Epicenter from Wired. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  16. ^ "Friendster Fan Profiles Page". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-04. Dicapai pada 2009-12-14.
  17. ^ a b Caroline McCarthy, 27 September 2007. "Friendster, in a bid for popularity, introduces 'Fan Profiles'." CNET News. Diterima pada 4 Disember 2008.
  18. ^ a b Friendster at a Glance document
  19. ^ Press Release, June 26, 2008. "Friendster Announces Mobile Text Alerts Diarkibkan 2009-07-05 di Wayback Machine", Press Release. Diterima pada 27 Oktober 2008.
  20. ^ Press Release, 27 Januari 2009. "Friendster Now Available in Tagalog." News Blaze. Diterima pada 4 Februari 2009.
  21. ^ Press Release, 15 Mei 2008. "Friendster, Largest Social Network in Asia, Now in Vietnamese Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine." Press Release. Diterima pada 4 Disember 2008.
  22. ^ Press Release, June 18, 2008. "Friendster Now Available In Malay Diarkibkan 2010-02-18 di Wayback Machine." Press Release. Diterima pada 4 Disember 2008.
  23. ^ a b c Catherine Holahan, 22 Mei 2007. "Sharing the Widget Wealth." BusinessWeek. Diterima pada 4 Disember 2008.
  24. ^ a b Lawrence Coburn, 3 November 2008. "Widget Summit: Hi5 vs. Friendster." Sexy Widget. Diterima pada 4 Disember 2008.

Pautan luar sunting