Frigat pelbagai peranan FREMM

FREMM ("Frigat pelbagai peranan Eropah"; Perancis: Frégate européenne multi-mission; Itali: Fregata europea multi-missione) adalah sebuah kelas frigat pelbagai guna yang telah direka oleh firma DCNS/Armaris dan Fincantieri untuk kegunaan Tentera Laut Perancis dan Tentera Laut Itali. Kapal sulung dari kelas ini, Aquitaine, telah ditauliahkan pada bulan November 2012 oleh Tentera Laut Perancis. Di Perancis, kelas ini dikenali sebagai kelas-Aquitaine, sementara di Itali ia dikenali sebagai kelas-Bergamini. Itali telah memesan enam buah kapal versi kegunaan am dan empat buah versi untuk peperangan anti kapal selam; dua buah kapal terakhir untuk Tentera Laut Itali akan memiliki keupayaan peperangan anti udara, peluru berpandu anti balistik dan serangan permukaan. Perancis pula memesan enam buah versi anti kapal selam, dan dua buah versi pertahanan udara.

Carlo Bergamini (F590), kapal FREMM pertama milik Itali
Ringkasan kelas
Nama: FREMM
Pembina: Perancis dan Itali
Pengguna:
Didahului oleh:
Kos:
  • €670 juta/unit[1](FY 2014)(Perancis)
  • €598 juta/unit[2](FY 2016)(Itali)
  • €470 juta/unit[2] (Maghribi)
Dibina: 2007-
Ditauliahkan: 2012-
Dirancang: 20 (Itali 10, Perancis 8, Maghribi 1, Mesir 1)
Dibatalkan: 9 dari 17 buah pada asalnya untuk Tentera Laut Perancis
Aktif: 12 (Itali 6, Perancis 4, Maghribi 1, Mesir 1)
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran:
  • Perancis: 6,000 tan[3]
  • Itali: 6,700 tan[4] (sesaran ringan 5,500 tan)
Panjang:
  • Perancis: 142 m (466 ka) LOA
  • Itali: 144.6 m (474 ka) LOA
  • Itali: 132.5 m (435 ka) LPP [5]
Lunas:
  • Perancis: 20 m (66 ka)
  • Itali: 19.7 m (65 ka)
Draught:
  • Perancis: 5 m (16 ka)
  • Itali: 8.7 m (29 ka)
Draft: Itali: 5.1 m (17 ka)
Jana kuasa:
Halaju:
  • Perancis: maks +27 knot (50 km/j; 31 mph); halaju krus maks. 15.6 knot (28.9 km/j; 18.0 mph)
  • Itali: maks +30 knot (56 km/j; 35 mph); halaju krus maks. +17 knot (31 km/j; 20 mph) [6]
Jarak:
  • Perancis: 6,000 nmi (11,000 km; 6,900 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)
  • Itali: 6,800 nmi (12,600 km; 7,800 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Anak kapal:
  • Perancis: 145
  • Itali: versi 199 GP / versi 201 ASW
Krew: Itali: versi 131 GP/ versi 133 ASW ; tambahan 14 krew untuk sebuah helikopter di atas kapal atau tambahan 23 krew untuk dua buah helikopter
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
  • Perancis: satu hangar
  • Itali: dua hangar

Latar belakang sunting

Tiga versi asal FREMM telah diutarakan iaitu; versi peperangan anti kapal selam (ASW), versi kegunaan am (GP) dan versi serangan darat (AVT) untuk mengantikan kelas-kelas frigat yang sedia ada dalam perkhidmatan tentera laut Perancis and Itali. Sejumlah 27 buah FREMM akan dibina - 17 buah untuk Perancis dan 10 buah untuk Itali - dengan tujuan lain adalah pasaran eksport. Bagaimanapun pemotongan belanjawan telah merubah keperluan apabila jumlahnya berkurang dengan ketara bagi Perancis, sementara Itali tidak berubah. Versi serangan darat (AVT) akhirnya dibatalkan.

Versi FREMM ketiga iaitu peperangan anti udara telah dicadangkan oleh DCNS dalam satu jawapan bagi sebuah frigat pertahanan udara baru, sebuah versi yang dikenali sebagai FREDA ("FREgates de Défense Aériennes", "Frigat pertahanan udara"). Keperluan baru Perancis ini timbul ekoran perolehan kapal frigat kelas Horizon ketiga dan keempat telah dibatalkan selepas dua buah kapal pertama telah berkos €1,350 juta sebuah, tetapi keputusan ini masih menjadikan Tentera Laut Perancis memerlukan pengantian bagi frigat pertahanan udara iaitu kelas-Cassard yang telah usang.[8]

Setakat tahun 2009, rekabentuk FREDA memaparkan sebuah versi yang lebih berkuasa dengan pemasangan radar jujukan imbasan pasif elektronik Herakles dan 32 sel SYLVER A50 bagi mengantikan 16 sel A43 dan 16 sel A70. SYLVER A50 akan membolehkan FREDA untuk melepaskan peluru berpandu Aster 30 sejauh 120 kilometer (75 bt); sonar jujukan tunda tidak akan dipasang.[9]

Di Euronaval 2012 DCNS mempamerkan satu konsep baharu yang dikenali sebagai FREMM-ER untuk memenuhi keperluan FREDA, sekali lagi berasaskan rekabentuk FREMM, tetapi secara spesifik menumpukan pada misi pertahanan peluru berpandu balistik selain peperangan anti udara. FREMM-ER memiliki sebuah struktur super yang diubahsuai bagi mengantikan radara Héraklès dengan Thales Sea Fire 500 yang baru, dengan empat buah plat kekal menyamai radar AN/SPY-1 yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.[10] Bagaimanapun, tidak seperti Héraklès dan SPY-1 (kedua-duanya menggunakan teknologi jujukan imbasan pasif elektronik), Sea Fire 500 menggunakan antena jujukan imbasan aftif elektrobik.[11]

Perancis sunting

Perancis pada awalnya ingin mendapatkan 17 buah kapal FREMM untuk mengantikan kelas-D'Estienne d'Orves dan sembilan buah frigat peperangan anti kapal selam, Tourville dan kelas Georges Leygues. Pada bulan November 2005, Perancis mengumumkan sebuah kontrak bernilai €3.5 bilion untuk membina lapan buah kapal, dengan pilihan untuk membina sembilan buah lagi bernilai €2.95 bilion yang akan dipecahkan kepada dua kumpulan (berjumlah 17 buah).

Berikutan dengan pembatalan kapal ketiga dan keempat bagi frigat kelas Horizon pada tahun 2005 atas alasan belanjawan, keperluan untuk memperoleh versi pertahanan udara bagi kelas FREMM (dikenali sebagai FREDA) dibuat – di mana DCNS membuat beberapa cadangan.[12] Jangkaan bahawa dua buah kapal terakhir daripada 17 buah FREMM yang dirancang akan dibina berdasarkan spesifikasi FREDA; bagaimanapun menjelang 2008, rancangan telah disemak semula menjadi hanya 11 buah FREMM (9 buah versi ASW dan 2 buah versi FREDA)[8] pada nilai €8.75 bilion (FY13, ~AS$12 bilion).[1] 11 buah kapal ini akan bernilai €670 juta (~AS$760 juta) sebuah pada tahun kewangan 2014, atau €860 juta (~AS$980 juta) termasuk kos pembangunan.[1]

Kertas Putih berkenaan Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan 2013 memberi komitmen Perancis untuk 15 buah frigat di barisan hadapan,[13] yang mana pada awalnya tersalah tafsir sebagai 2 buah kelas Horizon, 5 buah kelas La Fayette dan pengurangan armada FREMM kepada 8 buah kapal. Rancangan pertahanan 2014/2019 menyatakan satu sasaran dengan 11 buah FREMM;[14] rancangan terkini[bila?] adalah untuk memperoleh enam buah versi ASW untuk mengantikan frigat kelas-Georges Leygues menjelang tahun 2019, diikuti oleh dua buah versi pertahanan udara untuk mengantikan frigat kelas-Cassard yang usang dan satu keputusan akan dibuat pada tahun 2016 berkenaan versi bagi tiga buah kapal selebihnya.[1] Pada tahun 2014, Panglima Tentera Laut Perancis, Laksamana Bernard Rogel, mengesahkan bahawa 11 buah frigat FREMM telah dipesan[15] tetapi pada tahun 2015, pesanan telah dikurangkan kepada lapan buah bagi membolehkan pembelian lima buah frigat sederhana FTI bermula pada tahun 2023.[16] FTI akan mengantikan kelas kelas-La Fayette, yang mana akan dipasang dengan sebuah sonar sebagai langkah sementara.[16]

Itali sunting

Planning assumptions for the Italian Navy are 10 FREMM-IT (4 ASW variants and 6 GP variants) at a cost of 5.8 billion. FREMM-IT will replace the Maestrale and kelas-Lupo frigates in service with the Italian Navy.

As of 16 April 2015, the Italian government has approved funding for all ten FREMM-IT to be delivered to the Italian Navy (4 ASW variants and 6 GP variants).[17]
In the 2013 Italian budget, the Italian government laid-out the necessary financing for two more GP variants (FREMM-IT 7 & 8) and the contract was awarded in September 2013. On 15 April 2015, Italian Parliamentary confirmed the deal between OCCAR and Orizzonte Sistemi Navali Spa (Fincantieri and Finmeccanica, since 2017 Leonardo) to beginning built units 9 and 10, for Euro 764 millions.

FREMM-IT 9 & 10 would will have AAW & ATBM capabilities and will have A70 VLS for cruise & Aster Block 2 missiles, with new Leonardo Kronos Quad, C band, AESA, 3D radar (a DBR radar version).
The Leonardo Kronos Quad (EMPAR-MFRA's evolved version, destined for the 9th and 10th FREMM) will have four flat radar sensors, with three times the original range and full ATBM capabilities.
All 10 Italian FREMM-ITs have extended AAW capabilities, with SAAM-ESD CMS and Aster 30 (& Aster 15) missiles for extended area defence.
SAAM-ESD CMS use Leonardo MFRA, a 3D active radar (AESA), an evolved version of the Leonardo EMPAR PESA radar (previously embarked on Horizon-class destroyers and the aircraft carrier Cavour).
Since the 7th FREMM-IT, there will be updates, such as new conformal IFF antenna.
Since the 8th or 9th FREMM-IT, there will be updates to other systems:

  • the COC and bridge will be integrated
  • the cruise speed will be enhanced to 19/20 knots (with more powerful diesel engines)
  • would be fitted with ATAS VDS sonar and SLAT anti-torpedo system

Eksport sunting

 
Pengguna frigat FREMM.

Amerika Syarikat sunting

Maghribi sunting

Pada 24 Oktober 2007, satu pengumuman telah dibuat akan pesanan untuk sebuah FREMM bagi mengantikan korvet kelas-Descubierta yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Maghribi.[18] Kontrak telah ditandatangani pada 18 April 2008 dan pembinaannya telah dimulakan pada musim panas 2008 dengan penghantaran dijangka pada tahun 2012 atau 2013;[19] Mohammed VI telah dilancarkan pada bulan September 2011 dan diserahkan pada 30 Januari 2014.[2] Kapal milik Maghribi ini menyerupai versi anti kapal selam milik Perancis, tanpa tiub SYLVER A70 untuk SCALP Naval, dan berharga €470 juta.[2]

Greece sunting

Pada 22 Januari 2009, Tentera Laut Greece telah mengumumkan satu pesanan untuk enam buah kapal FREMM untuk mengantikan frigat kelas-Elli.[20] Selepas krisis hutang kerajaan Greece, pesanan ini dikurangkan kepada dua hingga empat buah kapal yang dilengkapi dengan SCALP Naval. Perancis dipercayai telah menawarkan kepada Greece kos percuma untuk lima tahun pertama. Jerman membantah perjanjian ini pada bulan Oktober 2011[21] dan tiada perjanjian lanjut telah ditandatangani. Pada bulan Februari 2013, semasa lawatan rasmi Presiden Perancis, François Hollande, di Athens, berdasarkan laporan berita sebuah perjanjian yang mana termasuk penyewaan jangka panjang dua buah frigat FREMM (Normandie dan Provence berdasarkan laporan awal) kepada Tentera Laut Greece telah dicapai.[22]

Kanada sunting

Pada bulan April 2013, kerajaan Perancis telah mempamerkan kelas FREMM di Halifax dengan harapan untuk menjual kepada Tentera Laut Diraja Kanada bagi Projek Penempur Kelas Tunggal.[23] Menteri Pertahanan Kanada, Peter MacKay, memberi komen "Saya tidak pernah lihat… sebuah kapal yang mengagumkan seperti ini". DCNS dianggap sebagai salah satu pembida utama dalam program ini.[24]

Mesir sunting

Pada 16 Februari 2015, Tentera Laut Mesir telah memesan sebuah kapal FREMM yang akan memasuki perkhidmatan sebelum pembukaan Terusan Suez Baru, sebagai sebahagian daripada satu perjanjian yang lebih besar (termasuk 24 buah pesawat Rafale dan pembekalan peluru berpandu) bernilai AS$5.9 bilion (€5.2 billion).[25][26] Bagi memenuhi tarikh akhir yang diberikan oleh Mesir, Perancis telah menawarkan untuk menghantar Normandie, asalnya dibina untuk kegunaan Tentera Laut Perancis.[27] Peralatan penyesak SYLVER A70 VLS dan NETTUNO-4100 telah dikeluarkan di sebabkan sekatan eksport bagi peralatan yang sensitif. Jumlah krew dalam sekitar 126 kelasi berbanding 108 orang dalam Tentera Laut Perancis.[28] Antena SATCOM untuk satelit Syracuse buatan Perancis juga akan ditanggalkan. Mesir akan menggunakan satelit telekomunikasi ketenteraan mereka yang mana telah dibekalkan oleh Airbus Defence and Space dan Thales Alenia Space, mana digunakan pada kapal-kapal tentera laut mereka.[29] Bermula Mac 2015, DCNS telah melatih krew Mesir berkenaan teknologi di atas kapal ini dan DCNS bersama-sama rakan kongsinya akan menemani anak-anak kapal Tentera Laut Mesir selama 15 bulan. Pada 23 Jun 2015, pembina kapal laut Perancis DCNS telah menyerahkan frigat FREMM Tahya Misr ( dahulunya Normandie) kepada Tentera Laut Mesir. Satu istiadat penyerahkan Normandie, yang dinamakan semula sebagai Tahya Misr ("Panjang Umur Mesir") kepada Mesir di hadapan Jeneral Sedki Sobhy, Menteri Pertahanan Mesir, Jean-Yves Le Drian, Menteri Pertahanan Perancis, Laksamana Osama Rabie, Panglima Tentera Laut Mesir, Laksamana Bernard Rogel, Panglima Tentera Laut Perancis dan Hervé Guillou, Pengerusi & CEO DCNS[28][30][31]

Australia sunting

Pada 18 April 2016, Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengesahkan bahawa kelas FREMM buatan Itali merupakan salah satu daripada tiga buah frigat yang telah disenarai pendek untuk mengantikan kelas-Anzac yang berasaskan rekabentuk MEKO 200.[32]

Pada 1 September 2016, Fincantieri telah menandatangi satu kontrak dengan kerajaan Australia untuk menyertai Proses Penilaian Kompetitif, yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan, untuk membina sembilan buah Frigat Masa Depan yang akan dibina di Adelaide, Australia Selatan untuk Tentera Laut Diraja Australia di bawah program SEA 5000;[33] Ia adalah persetujuan untuk menyertai persaingan dan bukannya penganugerahan kontrak akhir.

 
FREMM versi Perancis
 
FREMM Carabiniere milik Itali
 
FREMM Virginio Fasan milik Itali

Kapal-kapal dalam kelas sunting

No. pennant Pembina Versi Peranan Nama Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan asal
Kelas Aquitaine
  Tentera Laut Perancis
D650 DCNS, Lorient FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Aquitaine 2007 29 April 2010 23 November 2012[34] Brest
D652 FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Provence 2010 18 September 2013 12 Jun 2015 Brest
D653 FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Languedoc 2011 12 Julai 2014 16 Mac 2016 Toulon
D654 FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Auvergne 2012 2 September 2015 11 April 2017[35] Toulon
D655 FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Bretagne 2013 16 September 2016 2018 Brest
FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Normandie 2014 2019 Brest
FR‑AAW Peperangan anti udara Alsace 2016 2021 Toulon
FR‑AAW Peperangan anti udara Lorraine 2022 Toulon
  Tentera Laut Diraja Maghribi
701 DCNS, Lorient FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Mohammed VI 2008 14 September 2011 30 Januari 2014[2] Ksar es Seghir
  Tentera Laut Mesir
FFG-1001 DCNS, Lorient FR‑ASW Peperangan anti kapal selam Tahya Misr
(asalnya Normandie) [36]
2009 18 Oktober 2012 17 Mac 2016 [37] Alexandria [38]
Kelas Bergamini[39]
  Tentera Laut Itali
F590 Fincantieri, Muggiano IT‑GP Kegunaan am Carlo Bergamini 4 February 2008 16 Julai 2011[40] 29 Mei 2013[41] La Spezia
F591 IT‑ASW Peperangan anti kapal selam Virginio Fasan 12 Mei 2009 31 Mac 2012[42] 19 Disember 2013[43] La Spezia
F592 IT‑ASW Peperangan anti kapal selam Carlo Margottini 21 April 2010 29 Jun 2013[44] 27 Februari 2014[45] La Spezia
F593 IT‑ASW Peperangan anti kapal selam Carabiniere 6 April 2011 29 Mac 2014[46] 28 April 2015 [47] Taranto
F594 IT‑ASW Peperangan anti kapal selam Alpino 23 Februari 2012 13 Disember 2014[48] 30 September 2016[49] Taranto
F595 IT‑GP Kegunaan am Luigi Rizzo 5 Mac 2013 19 Disember 2015[50] 20 April 2017[51] La Spezia
F596 IT‑GP Kegunaan am Federico Martinengo 5 Jun 2014 [52] 4 Mac 2017[53] April 2018 Taranto
F597 IT‑GP Kegunaan am Antonio Marceglia 12 Julai 2015[54][55] Disember 2017 April 2019 Taranto
F598 IT‑GP Kegunaan am Spartaco Schergat Februaryi2017 [56] Mac 2019 April 2020 La Spezia
F599 IT‑GP Kegunaan am Emilio Bianchi Januari 2018 Mac 2020 April 2021 [57] Taranto

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Projet de loi de finances pour 2015 : Défense : équipement des forces" (dalam bahasa French). Senate of France. 20 November 2014. Dicapai pada 2015-02-22.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d e Djama, Nasser (30 January 2014). "A Brest, le Maroc prend possession de sa frégate Fremm Mohammed VI". L'Usine Nouvelle (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 24 October 2014.
  3. ^ "Caractéristiques". FREMM Aquitaine (D 650) (dalam bahasa Perancis). Minstère de la Défense. 12 August 2013. Dicapai pada 24 October 2014.
  4. ^ "Fregate Europee Multi Missione - FREMM" (dalam bahasa Itali). Ministero Della Difesa. Dicapai pada 24 October 2014.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-30. Dicapai pada 2017-09-01.
  6. ^ http://difesa.forumfree.it/?act=Post&CODE=02&f=11154050&t=69803297&st=2160&p=607614522
  7. ^ http://www.leonardocompany.com/documents/63265270/65469778/Copia+di+KRONOS_Grand_Naval_LQ_mm07943_.pdf?download_file
  8. ^ a b "FREMM : 11 frégates multi-missions pour la flotte française". Mer et Marine (dalam bahasa Perancis). 26 October 2008.
  9. ^ "Frégates : Le point sur les futures FREDA". Mer et Marine (dalam bahasa Perancis). 12 October 2009.
  10. ^ "DCNS to unveil new FREMM Frigate variant, updated BRAVE supply ship design at Euronaval 2012". Belgium: Navy Recognition. 4 October 2012.
  11. ^ Nodwell, Bethan (2013). "Extending Navy Capabilities FREMM-ER". FrontLine Defence. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-25. Dicapai pada 24 October 2014.
  12. ^ "FREMM : Supprimer des frégates, un non sens économique et stratégique?". Mer et Marine (dalam bahasa Perancis). 19 September 2007.
  13. ^ "White Paper on Defense and National Security 2013" (PDF). Minstère de la Défense. 29 April 2013. m/s. 91. Dicapai pada 24 October 2014.
  14. ^ "Projet De Loi De programmation Militarie 2014/2019" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Minstère de la Défense. August 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-24. Dicapai pada 24 October 2014.
  15. ^ "Amiral Rogel : " Conserver un outil efficace et adapté aux menaces de demain "". Mer et Marine (dalam bahasa Perancis). 29 October 2014. Dicapai pada 30 April 2015. (langganan diperlukan)
  16. ^ a b "Update to French Military Planning Law Means New Capabilities for Lafayette Class Frigates". Navy Reocgnition. 2015-05-21.
  17. ^ https://www.fincantieri.com/en/products-and-services/naval-vessels/bergamini-class/
  18. ^ Accord conclu pour la vente d'une frégate française au Maroc | Mer et Marine Diarkibkan November 20, 2007, di Wayback Machine
  19. ^ La construction de la FREMM marocaine débute à Lorient | Mer et Marine Diarkibkan April 22, 2009, di Wayback Machine
  20. ^ "ΑΠΟΚΛΕΙΣΤΙΚΟ: O Ε. Μεϊμαράκης ανακοίνωσε πρόγραμμα εξοπλισμών" (dalam bahasa Greek). DefenceNet.gr. 23 January 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-19. Dicapai pada 24 October 2014.
  21. ^ "Germans Question Contract : France to Sell Frigates to Greece in Controversial Deal". Der Spiegel. 17 October 2011. Dicapai pada 24 October 2014.
  22. ^ "La Grèce va louer 2 frégates françaises". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). 19 February 2013. Dicapai pada 24 October 2014.
  23. ^ "French pitch new warships for next Canadian navy vessels". CBC News. 20 April 2013. Dicapai pada 24 October 2014.
  24. ^ Brewster, Murray (2016-10-26). "Frigate replacement program kicks off with design competition". CBC News.
  25. ^ Lert, Frédéric (16 February 2015). "Egypt officially signs for 24 Rafales, FREMM frigate, and missiles". IHS Jane's Defence Weekly. Dicapai pada 21 February 2015.
  26. ^ "Official French Navy Statement on the Sale of a FREMM Multi-Mission Frigate to Egypt". 13 February 2015.
  27. ^ "FREMM pour l'Egypte : Ça se précise…". 17 December 2014. Dicapai pada 18 January 2015.
  28. ^ a b "DCNS Transferred the FREMM Frigate Tahya Misr to the Egyptian Navy". 24 June 2015.
  29. ^ "Un satellite Airbus-Thalès vendu à l'Egypte". 19 April 2016.
  30. ^ "DCNS Transfers the FREMM Tahya Misr to the Egyptian Navy" (dalam bahasa Inggeris). 24 June 2015.
  31. ^ "Egypt receives its first FREMM frigate" (dalam bahasa Inggeris). Janes.com. 25 June 2015. Dicapai pada 12 May 2016.
  32. ^ Anderson, Stephanie (18 April 2016). "Malcolm Turnbull says 12 offshore patrol vessels to be built in Adelaide". ABC News. ABC News (Australia). Dicapai pada 18 April 2016.
  33. ^ "Fincantieri Signs the Future Frigate Participant Services Contract". 2016-09-01.
  34. ^ "La Marine réceptionne la FREMM Aquitaine" (dalam bahasa Perancis). Minstère de la Défense. 27 November 2012. Dicapai pada 24 October 2014.
  35. ^ "DCNS delivers multi-mission frigate Auvergne, the fourth FREMM for the French Navy" (dalam bahasa eng). dcnsgroup.com. 11 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-12. Dicapai pada 11 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ "Egypt receives its first FREMM frigate" (dalam bahasa Inggeris). 23 June 2015.
  37. ^ "Egypt's Sisi attends navy manoeuvre, raises flag over new frigate". english.ahram.org.eg (dalam bahasa Inggeris). 17 March 2016.
  38. ^ "La FREMM Tahia Misr en route pour Alexandrie" (dalam bahasa french). 23 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ Gaiani, Gianandrea (26 November 2012). "Modifiche E Qualche Ritocco Per Le Fremm" (dalam bahasa Itali). Analisi Difesa. Dicapai pada 24 October 2014.
  40. ^ "The first multipurpose frigate launched: the "Carlo Bergamini"" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 16 July 2011.
  41. ^ "Italian FREMM FOC GP Carlo BERGAMINI Delivered To The Italian Navy" (Siaran akhbar). OCCAR. 29 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-16. Dicapai pada 2017-09-01.
  42. ^ "Second multipurpose frigate launched: Virginio Fasan" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 31 March 2012.
  43. ^ "Second Italian FREMM frigate 'Virginio Fasan' Delivered". Orizzonte Sistemi Navali. 19 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-24. Dicapai pada 24 October 2014.
  44. ^ "The first multipurpose frigate launched: the "Carlo Margottini"" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 29 June 2013.
  45. ^ "FREMM again" (Siaran akhbar). OCCAR. 27 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 2017-09-01.
  46. ^ "CARABINIERE: 4th Italian FREMM launched" (Siaran akhbar). OCCAR. 29 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 2017-09-01.
  47. ^ "FREMM "Carabiniere" delivered to the Italian Navy" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 28 April 2015.
  48. ^ "The fifth multipurpose frigate launched - the "Alpino"" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 13 December 2014.
  49. ^ "FREMM "Alpino" delivered to the Italian Navy" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 30 September 2016.
  50. ^ "The sixth multipurpose frigate "Luigi Rizzo" launched" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 19 December 2015.
  51. ^ "FREMM "Rizzo" delivered to the Italian Navy" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 20 April 2017.
  52. ^ "Fincantieri, Riva Trigoso: iniziati i lavori per la settima Fremm" (dalam bahasa Itali). The Medi Telegraph. 5 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-25. Dicapai pada 24 October 2014.
  53. ^ "The seventh multipurpose frigate "Federico Martinengo" launched" (Siaran akhbar). Trieste: Fincantieri. 4 March 2017.
  54. ^ "Laying down Ceremony for the 8th Italian FREMM" (Siaran akhbar). OCCAR. 12 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-30. Dicapai pada 2017-09-01.
  55. ^ "Riva Trigoso: Fincantieri, Iniziano Lavori 8ª Unità Programma FREMM" (dalam bahasa Itali). Agenzia Giornalistica Globalpress. 25 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 30 April 2015.
  56. ^ http://www.portaledifesa.it/forum/showthread.php?tid=377&pid=76815#pid76815
  57. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-07. Dicapai pada 2017-09-01.

Pautan luar sunting