Front de libération du Québec

Front de libération du Québec (FLQ; "Barisan Pembebasan Quebec"; Sebutan bahasa Perancis: [fʁɔ̃ də libeʁasjɔ̃ dy kebɛk]) adalah merupakan kumpulan pemisah dan pengganas separa tentera yang berideologi Marxis-Leninis di Quebec. Organisasi militia ini ditubuhkan pada tahun 1960-an dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan wilayah Quebec dari Persekutuan Kanada.

Bendera barisan FLQ

Organisasi pengganas ini giat melakukan serangan-serangan antara tahun 1963 sehingga 1970[1][2]. FLQ telah melakukan serangan berjumlah lebih daripada 160 serangan dan mengalahkan sebanyak 8 orang mangsa.[2][3] Antara serangan yang paling dikenali ii ialah pengeboman Bursa Saham Montreal pada tahun 1969, serta Krisis Oktober pada tahun berikutnya di mana dua orang penjawat awam diculik oleh FLQ.

Anggota dan penyokong FLQ diajari tentang ideologi komunisme dan memberontak melawan penjajahan Anglo-Saxon yang hendak memaksakan bahasa dan kebudayaan Inggeris pada mereka,[4] membinasakan pemerintah Quebec yang lama, kemerdekaan Quebec dari persekutuan Kanada kemudian menubuhkan komuniti baharu berbahasa Perancis yang mana pada komuniti ini akan mengawasi kesejahteraan pekerja-pekerja Quebec. Organisasi pengganas ini bahkan mendapat sokongan dari mana-mana pelajar tinggi, guru dan cendekiawan yang berideologi kiri sehingga 1970, mereka menggalakkan pelbagai tunjuk perasaan sebagai sokongan kepada FLQ saat Krisis Oktober. Selepas penculikan James Cross dan Pierre Laporte, hampir 1,000 pelajar tinggi Universiti de Montréal menandatangani petisyen yang menyokong misi FLQ. Sokongan dari masyarakat awam hampir pupus ketika organisasi ini mengisytiharkan penghukuman mati di hadapan awam kepada Laporte, Menteri Buruh Quebec kemudian menghinakan jasad dan keluarganya.

Selepas hilangnya sokongan daripada masyarakat, Sûreté du Québec (polis Quebec) dan Service de police de la Ville de Montréal (polis bandar Montreal, mempunyai singkatan SPVM) berjaya merazia persembunyiaan anggota FLQ dan menangkapi penyokong besar organisasi. Beberapa dari anggota separa militer ini memohon kepada pemerintah Kanada agar membolehkan mereka mendapat perlindungan Cuba dengan perjanjian FLQ harus melepaskan orang tebusan yang terakhir. Diplomat British berkebangsaan Ireland, Cross dilepaskan di Pulau Notre Dame dan pemerintah pun menepati kata-kata mereka.[5][6]

Kewujudan Parti Québécois, organisasi yang tidak menggalakkan keganasan dan menyarankan jalan damai bagi misi pergerakan kedaulatan, juga menarik sokongan dari bekas penyokong FLQ.[7]

Penglibatan KGB sunting

Menurut buku tulisan Christopher Andrew dan Vasili Mitrokhin yang merujuk kepada Arkib Mitrokhin, Unit Pengintip Elit Kesatuan Soviet, KGB menaja aktiviti pengganas FLQ.[8]

KGB faham bahawa aktiviti FLQ cepat atau lambat pasti akan tersiar berasal daripada negara mereka sebab kesamaan ideologi. Langkah selanjutnya bagi KGB menyamarkan aktiviti pengintipan mereka ialah dengan penipuan dokumen yang mensyaki bahawa FLQ sebenarnya bahagian daripada operasi false-flag CIA. Fotostat dokumen tipuan "dokumen CIA" itu "dilimpahkan" kepada media tempatan Montreal Star pada September 1971. KGB sungguh berjaya menipu Kanada, bahkan perdana menteri selepasnya mempercayai bahawa CIA mencuba mengakarkan pengaruhnya di Kanada. Cerita itu masih dipercayai sepanjang dasawarsa 1990an, bahkan oleh cendekiawan dan karyawan popular.[8]

Bibliografi sunting

  • Morf, Gustave. Le Terrorisme québécois. Montréal: Éditions de l'Homme, 1970. 219, [3] p.
  • Skelton, Oscar D. The Canadian Dominion. Toronto, Glasgow: Yale University Press
  • Tetley, William. The October Crisis, 1970 : An Insider's View (2006) McGill-Queen's University Press ISBN 0-7735-3118-1
  • Demers, Robert. "Memories of October 70 (2010)".
  • Jenish D'Arcy, The Making of the October Crisis, Canada's Long Nightmare of Terrorism at the Hands of the FLQ. Doubleday Canada, 2018.

Rujukan sunting

  1. ^ "www.canadiansoldiers.com". www.canadiansoldiers.com. Dicapai pada 2 April 2018.
  2. ^ a b Reich, Walter. Origins of Terrorism. 1998, page 88
  3. ^ Torrance, Judy. Public Violence in Canada. 1988, page 37
  4. ^ Torrance, Judy. Public Violence in Canada. 1988, page 35
  5. ^ Kelly, Stephen R. (1995). "The FLQ, A Canadian Insurgency" (PDF). National Defense University, National War College: 17. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-04-30. Dicapai pada 2018-11-04 – melalui Defense Technical Information Center.
  6. ^ "The 1970 October Crisis: Unanswered questions remain 45 years later". Montreal Gazette (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-06. Dicapai pada 18 September 2018.
  7. ^ Gurr, Ted Robert & Ross, Jeffrey Ian. "Why Terrorism Subsides: A Comparative Study of Canada and the United States". Comparative Politics. Jld. 21, No. 4. (Julai 1989), m/s. 405-426
  8. ^ a b Andrew, Christopher, Vasili Mitrokhin (2000). The Sword and the Shield: The Mitrokhin Archive and the Secret History of the KGB. Basic Books. ISBN 0-465-00312-5. p. 378