Fullmetal Alchemist
Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師 , Hagane no Renkinjutsushi, "Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan.
Fullmetal Alchemist | |
Genre | Fantasi, Pengembaraan, Drama, Aksi, Shōnen, Komedi |
---|---|
Diciptakan oleh | Hiromu Arakawa |
Manga | |
Pengarang | Hiromu Arakawa |
Penerbit | Gangan Comics VIZ Media Chuang Yi (Cina dan Inggeris) Tong Li Jade Dynasty Kurokawa Planet Manga Norma Editorial Japonica Polonica Fantastica Siam Inter Comic Daiwon CI Komik Remaja Sangatsu Manga Bonnier Carlsen Editora JBC |
Anime | |
Pengarah | Seiji Mizushima |
Studio | BONES |
Penyiaran Asal | MBS-TBS, Animax TVB Jade YTV Cartoon Network (Adult Swim) TV3, Animax (ASTRO) , ntv7 Channel U Animax Animax, Rede TV! Chilevisión Canal + MTV Italia GMA Network, Animax Champ, Anione Canal Buzz, Cuatro Subtv LNK |
Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2003 – 2 Oktober 2004 |
Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.
Sinopsis
suntingLatar alam
suntingFullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara Eropah bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang maju dalam penerajuan bukan sahaja teknologi tinggi malah juga bidang alkimia[1]. Jurusan alkimia yang dipelopori dalam bidang ini menyentuh kebolehan sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation)—berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alkimia Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris.
Jalan cerita
suntingEdward dan Alphonse Elric cuba belajar menggunakan alkimia daripasda seorang guru untuk menghidupkan semula ibu mereka, Trisha, yang meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Namun, percubaan itu gagal - malah kuasa yang terhasil "mengambil" kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse, namun Edward berjaya menyelamatkan Alphonse dengan mengorbankan lengan kanannya. Dalam asalan bahasa Jepun, istilah "Fullmetal" merujuk kepada seorang yang degil. Dalam siri istilah itu sering disalah anggap oleh watak kecil kepada anggota badan gantian Edward atau baju zirah Al.
Seorang pegawai kerajaan Amestris bernama Roy Mustang tiba ketika kejadian penukaran manusia yang gagal tersebut sebagai balasan kepada surat-surat yang pernah dihantar adik-beradik tersebut bagi tujuan memperoleh maklumat mengenai bapa mereka (dengan berharap agar mereka memujuk bapa mereka pulang ke rumah). Setelah memerhati kepakaran alkimia mereka, Mustang bercadang agar kedua-dua adik-beradik tersebut boleh mencapai impian mereka dengan menjadi Alchemist Negara dan berkhidmat untuknya. Setelah digalakkan dengan cadangan Mustang, Edward bersetuju menyahutnya, lalu dibolehkan menggunakan sumber-sumber yang disediakan untuk Alchemist Negara untuk menemui cara memulihkan kehilangannya serta adiknya. Adik-beradik tersebut kemudian mengetahui perihal "Batu Falsafah" lalu mula mencarinya sebagai cara memulihkan badan mereka. Dalam perjalanan tersebut mereka menemui rahsia-rahsia Batu Falsafah yang tidak ingin diketahui mereka, serta mencari orang lain yang turut mencarinya, melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan batu tersebut.
Barisan watak
sunting- Edward Elric dan Alphonse Elric, dua adik-beradik kelahiran kampung Resembool di negara Amestris, bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat yang hilang ketika mereka masih kecil. Berikutan kejadian dahsyat menimpa mereka, Alphonse terselamat dengan dimasukkan rohnya ke dalam baju zirah manakala Edward memakai tangan dan kaki palsu canggih.
- Roy Mustang - seorang pegawai yang mempunyai kuasa alkimia sendiri sehingga bergelar Ahli Alkimia Negara. Perkenalan mereka berbeza-beza di mana manga asal, menunjukkan Mustang ditugaskan mencari Alchemist Negara yang baru hasil peletakkan jawatan besar-besaran berikutan malapetaka besar di Ishbal namun tersempak adik-beradik Elric berikutan suatu ralat maklumat.
Watak
suntingAdik-beradik Elric dan kenalan rapat mereka
sunting- Edward Elric: Protagonis utama ini merupakan Fullmetal Alchemist yang masyhur, meskipun Al kadang-kadang disalah rujuk oleh orang lain sebagai Edward gara-gara badan berperisainya. Edward mempunyai lengan dan kaki gantian buatan automail, bersaiz pendek, dan sering naik angin apabila terdengar komen mengenai ketinggiannya. Dia amat dikenali sebagai Alchemist Negara termuda.
- Alphonse Elric: Alphonse, atau "Al", protagonis kedua cereka ini; dia adalah adik lelaki Edward. Sepanjang siri ini rohnya terkurung dalam sebuah baju zirah menyebabkan watak-watak lain dalam siri ini tersilap tafsir Al sebagai "Fullmetal" Alchemist. Selain itu, Alphonse lebih tenang berbanding abangnya.
- Winry (atau Winly) Rockbell: Winry merupakan pakar mesin yang juga merupakan rakan adik-beradik Elric sejak zaman kanak-kanak. Dia, bersama neneknya Pinako, membina automail Edward, dan juga turut membantu menyelenggara automail sekiranya rosak. Ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor yang tidak berat sebelah ketika pemberontakan Ishbal, namun mereka terkorban dalam peristiwa tersebut. Dalam versi anime, mereka dibunuh oleh Mejar ketika itu, Roy Mustang, manakala dalam versi manga mereka dibunuh oleh Scar.
- Izumi Curtis: Alchemist berkuasa yang menjadi guru kepada adik-beradik Elric setelah kematian ibu adik-beradik tersebut. Tatu Flamel (ular mengelilingi salib) yang merah pada dadanya sama bentuknya dengan lambang yang dilihat pada kot Edward dan bahu kiri baju perisai Al. Sepertilah Ed, dia boleh menjalankan alkimia tanpa bulatan penukaran.
Tentera Amestris
sunting- Kolonel Roy Mustang: Dikenali sebagai Flame Alchemist, sarung tangannya diperbuat daripada bahan khas, iaitu kain nyalaan, yang membolehkannya menghasilkan petikan api dengan memetik jarinya. Kemudian dia menggunakan alkimia untuk mengubah ketumpatan oksigen dalam udara dengan bantuan bulatan penukaran pada sarung tangannya, maka terhasilnya letupan yang dikawal. Dia merupakan pegawai atasan terus kepada Edward dalam tentera, namun Mustang mempunyai niat dan tujuan tersendiri. Dia bercita-cita menjadi Führer, ketua tentera.
- Leftenan Riza Hawkeye: Ahli anggota tentera, dan pembantu yang taat dan tangkas kepada pegawai atasannya, Roy Mustang. Dia terutamanya amat mahir menggunakan senjata api. Sementara dia tenang, dia kadang-kala menggunakan kemahiran menembaknya dalam situasi yang tidak diperlukan.
- Leftenan Kolonel Maes Hughes: Seorang ahli Bahagian Penyiasatan dan seorang rakan karib Kolonel Mustang dan adik-beradik Elric. Dia berimpikan untuk membantu Mustang mencapai gelaran Führer dengan berpakat rapat dengan Mustang. Hughes amat mencintai isterinya, Gracia, dan amat ghairah menyayangi anaknya Elysia. Namun pada pertengahan cerita (anime), dia dibunuh dengan kejam oleh Homunculi. Episod yang memaparkan peristiwa ini merupakan episod yang paling menyanyat hati dalam siri ini.
- Mejar Alex Luis Armstrong: Juga dikenali sebagai Strong Arm Alchemist, dia lahir daripada keluarga elit ahli kimia kuno dan telah menguasai segala teknik keluarganya lalu menerima gelaran kimia kuno kerana kebolehannya menggunakan lengan sendiri untuk melakukan tindakan kimia kuno. Sungguhpun berupa serius dan berbadan sasa, Alex ialah seorang yang sensitif danmudah menangis akibat tersinggung, maka adalah sukar untuknya untuk dinaikkan pangkat kerana itu.
- King Bradley: Dikenali sebagai Führer, dia merupakan diktator tentera negara Amestris yang memgang jawatan politik rasmi Presiden (King ialah nama sendirinya). Walaupun kelihatan kurang serius dan sedikit ganjil kelakuannya, dia mempunyai akal bagaikan jerat keluli, dan melindungi Amestris ialah keutamaanya setiap masa. Dia juga dikenali sebagai pemedang yang luar biasa kemahirannya.
Watak jahat utama
sunting- Scar: Salah seorang berbangsa Ishbal yang masih hidup. Nama sebenarnya tidak diketahui langsung, tetapi dia dikenali dengan gelaran "lelaki berparut" kerana parut berbentuk huruf X pada dahinya. Parut ini telah dibuat oleh Crimson Alchemist, seorang Alchemist Negara sewaktu peperangan di Ishval. Lengan kanannya yang ditatukan dengan bulatan penukaran yang jarang ditemui, dipercayai hasil kajian oleh abangnya tentang Alkimia dan Alkehestry dan dikurniakan kepadanya oleh abangnya sebelum meninggal dunia. Scar percaya dirinya merupakan alatan Tuhan, dan membunuh State Alchemist menggunakan kemahiran alkimianya, kerana dia percaya bahawa alkimia ialah satu penentangan kepada alam semulajadi. Tetapi di dalam manga Scar kelihatan mula bekerjasama dengan Ed dan Al malah membantu Ed, Al, dan Hoheinhem untuk menghapuskan Ayah. Walaupun Scar kelihatan gagah dan bengis tetapi dia mempunyai sifat yang suka akan benda-benda yang comel seperti kucing, sifatnya sama dengan Alphonse. Scar juga membawa bersama seorang budak perempuan bernama May Chang dan seekor panda yang kecil di bahunya untuk ke central (Permulaan Scar mula menyukai benda-benda yang comel apabila melihat panda kecil yang dibawa oleh May). May datang dari Xing mengikuti Scar dan Yoki ke Central bersama dengan.
- Homunculus: Sekumpulan makhluk berbentuk manusia yang lahir akkibat penukaran manusia. Di dalam manga, Homunculus dicipta oleh Ayah sendiri dan tidak lahir melalui penukaran manusia. Nama dan perwatakan ketujuh-tujuh Homunculus berikut berdasarkan tujuh maha dosa.
- Gluttony (Lahap): Homunculus berbadan sasa yang memakan apa-apa sahaja yang dia boleh dapat, termasuk manusia dan benda yang tidak bernyawa. Dia rapat dengan Lust bagaikan seorang anak kepada induknya.
- Envy (Iri hati): Homunculus yang bersifat suka menyindir, sadis dan dingin ini mempunyai kebolehan mengubah rupanya. Dia benci terhadap manusia yang dipandangnya sebagai berkeadaan menyedihkan dan lemah. Envy sebenarnya berjantina lelaki tetapi wajahnya seakan-akan tidak tentu jantinanya.
- Greed (Ketamakan): Homunculus ini mampu melindungi dirinya daripada bahaya dengan menyusun semula ikatan antara atom-atom karbon dalam badannya dan menukar kulitnya menjadi sejenis bahan berasaskan karbon, lalu menjadikan dirinya berwajah iblis berkulit hitam ketika menggunakan kuasanya. Greed juga berwatakkan seorang yang licik, digemari wanita dan angkuh dengan dirinya. Greed muncul semula sebagai Ling Yao. Ling Yao menerima Greed untuk berada di dalam badannya selepas Greed yang asal telah dilebur oleh Ayah apabila Greed tidak mahu bekerja dengan Ayah. Ketika di dalam badan Ling Yao Greed tidak mempunyai memori asalnya. Memorinya kembali selepas dia membunuh Bido iaitu sejenis Chimera cicak yang merupakan salah satu rakan Greed di Devil Nest. Greed kembali untuk membalas dendam terhadap Wrath (King Bradley) dan Ayah.
- Wrath (Kemarahan): Homunculus merupakan hasil daripada penukaran manusia oleh Izumi, guru Edward dan Al. Dia memakai tangan dan kaki Edward lalu membolehkannya menggunakan Alkimia. Di dalam manga, Wrath sebenarnya adalah Fuhrer King Bradley. Di dalam anime siri kedua penampilan pertama King Bradley muncul sebagai Wrath ketika beliau menentang Greed.
- Sloth (Kemalasan): Homunculus ini tercipta dari proses penukaran manusia oleh adik-beradik Elric dalam cubaan untuk menghidupkan ibu mereka, Trisha. Dia memiliki rupa yang serupa dengan ibu mereka dan sentiasa dihantui dengan memori silam Trisha. Dia percaya dengan membunuh adik-beradik Elric , segala memori silam itu dapat hilang. Pada akhir cerita, Edward membunuh Homunculi ini dengan menukar komposisi bahan dalam tubuh Sloth iaitu air kepada ethanol. Ini menyebabkan badan Sloth menyejat dengan cepat dan hilang. Rupa dan watak Sloth di dalam manga amat berbeza, kerana Sloth di dalam manga lebih besar berbanding Gluttony dan lebih bodoh berbanding Gluttony. Di dalam anime siri kedua dia dilihat membina terowong bawah tanah Bandar Central dalam episod 13. Di dalam manga Sloth sedang membina terowong bawah tanah atas permintaan Ayah, kerana Ayah mahu melakukan bulatan transmutasi yang besar terhadap seluruh penduduk Central yang dibina oleh Sloth. Objektif utama Sloth adalah menghabiskan kerjanya dengan cepat dan mahu berehat.
- Lust (Berahi): Homunculus yang berwajah jelita tetapi berhati lembut ini ialah Homunculi yang pertama untuk muncul dalam siri ini. Dia mempunyai kuasa mengembangkan jarinya menjadi tombak dalam sekelip mata sebagai senjata.
- Pride (Keangkuhan): Identiti sebenar Führer King Bradley, yang dicipta oleh Dante. Dia memerintah negara dan mengawal tenteranya bagi memenuhi kehendak Dante. Di dalam manga Pride hanyalah satu bayang-bayang yang tidak memiliki bentuk fizikal berlegar-legar di dalam terowong yang dibina oleh Sloth. Tetapi Pride telah memasuki ke dalam badan Selim Bradley iaitu anak kepada Fuhrer King Bradley. Pride (Selim Bradley) merupakan Homunculus yang paling kuat dan yang paling tua diantara Homunculus yang lain malah Pride juga telah memakan Gluttony untuk menambah tenaganya.
Watak sampingan
sunting- Paderi Cornello (atau Conero): Ahli kimia kuno bertaraf rendah yang juga seorang penipu yang menggunakan benda yang disangkanya sebagai Batu Philosopher (Batu Philosopher tidak lengkap yang diberi oleh Lust) untuk memperdaya warga Liore sehingga percaya bahawa dia diutus kepada mereka oleh Dewa Matahari Leto dengan kuasa memebangkitkan semula yang sudah meninggal. Walaupun dia menggunakan kimia kuno unutk memakmurkan kota gurun ini, niat sebenarnya ialah menukarkan rakyat kota itu menjadi seangkatan ghairah.
Adik-beradik Elric mendedahkan Cornello sebagai penipu, dan sejurus selepas itu Batu Philosopher yang tidak lengkap itu menjadi kurang stabil lalu pecah sambil menghancurkan lengan penipu itu menjadi gumpalan daging dan logam.
- Rosé: Penduduk kota Liore di rantau Timur yang jauh. Dia merupakan penganut setia ajaran Cornello kerana merasa bahawa paderi itu boleh menggunakan kuasanya untuk menghidupkan semula teman lelakinya, Kain. Sebaliknya, Cornello menghasilkan chimera berbentuk burung nuri yang boleh bercakap untuk meniru suara Kain. Setelah Rosé menyedari penipuan ini, Cornello menguncikannya dalam bilik bersama chimera itu, lalu menggunakan Batu Philosopher yang tidak lengkap itu untuk menyerangnya. Al menyelamatkannya, lalu menghinai Cornello bersama-sama dengan Ed.
- Shou Tucker: Dahulunya dikenali dengan gelaran Sewing Life Alchemist ketika menjadi Alchemist Negara, dia menempa nama setelah menghasilkan chimera yang boleh bercakap, itupun hanya boleh mengucap sepatah ayat: "Biarkan saya mati." (Dalam manga, "Saya mahu mati.") Chimera itu terus kebuluran sampai mati.
Tucker merumahkan adik-beradik Elric yang sedang mengulang kaji bagi peperiksaan Alchemist Negara sehingga Ed mendapati bahawa Shou menggunakan isterinya untuk menghasilkan chimera. Ketika itu Tucker berasa banyak tertekan; Alchemist Negara diuji setiap tahun berdasarkan pencapaian dalam kajian atau kebolehan bertarung mereka. Kedudukan Tucker sebagai Alchemist Negara dan segala hak keistimewaan bersama jawatan itu bergantung kepada kejayaan kajiannya, kerana kebolehan kimia kunonya kurang berkesan dalam pertempuran langsung. Oleh sebab ditekan oleh penajanya Basque Grand, Shou mengambil jalan keluar dengan menukarkan anaknya sendiri, Nina, dan anjingnya, Alexander, bagi menghasilkan chimera baru. Tidak lama kemudian, adik-beradik Elric menyedari cara-cara Tucker menjayakan chimeranya: chimera yang dihasilkannya dua tahun dahlu ialah isterinya sendiri. Sewaktu mereka cuba menghalang Tucker, adalah sudah terlambat bagi mereka untuk mengelakkan Nina daripada hilang sifat kemanusiaannya. Shou menerangkan kepada Ed yang marah bahawa jika tidak melakukannya pun dia tetap akan kehilangan anaknya; baahwa sebagai seorang saintis, dia hanya mencuba seberapa yang terdaya. Dia juga mengingkatkan Ed bahawa Ed sendiri pernah mencuba penukaran manusia yang haram.
- Barry: Pembunuh bersiri yang muncul pada peringkat awal siri ini, merupakan seorang penjual daging di seksyen Gunzi di Kota Central. Dia digelar Si Pemotong setelah pernah mencincang isterinya sendiri menjadi kepingan. Kemudian, dengan menyamar sebagai wanita pembekal makanan (yang dikatakan sesetengah pihak sebagai berupa isterinya), Barry menculik ramai wanita lalu membunuh mereka dan mencampakkan mayat mereka di lorong kecil. Setelah terlihat salah satu daripada mayat mangsa-mangsa Barry, Ed terkenang cubaan memulihkan ibunya yang gagal itu. Setelah Barry menculik Winry, Ed menjejakinya lalu dirinya turut diculik. Sebelum diselamatkan oleh Hughes, Al, dan lain-lain, Ed hampir dibunuh dan juga hampir membunuh Barry. Akibat pengalaman ini, Ed menyedari betapa kecil dan lemah dirinya di dunia, dan betapa sedikitnya dia termampu untuk menyelamatkan semua orang yang pernah ditemunya. Tanpa diketahui orang awam, Barry tidak dihukum mati; sebaliknya, rohnya dikurungkan dalam sebuah sut perisai bermuka tengkorak (seperti mana badan Al) dan dia menjadi salah seorang pengawal Makmal ke-5 di bawah gelaran "#66." Hakikat bahawa dia tidak lagi berbentuk manusia tidak sama sekali mengecewakannya selama dia masih berpeluang membunuh orang.
- Doktor Tim Marcoh: dahulunya Crystal Alchemist ("Ahli Alkimia Hablur"), Marcoh pernah menjadi pengkaji utama dalam penghasilan Batu Philosopher. Oleh sebab dihantui oleh kenyataan baahwa kajiannya digunakan untuk tujuan membunuh ramai orang yang tidak bersalah dalam Perang Ishbal yang mana, dia melarikan diri daripada tentera dan membawa bahan kajiannya bersama untuk mengelakkannya daripada disalah guna bagi tujuan kemusnahan. Ketika berselindung dari tentera dan menjadi seorang tabib, dia menggunakan seketul Batu Merah yang digunakannya untuk menolong orang yang uzur. Setelah munculnya adik-beradik Elric di hadapannya, dia panik lalu cuba melarikan diri, sungguhpun Ed dan Al tidak bertujuan menangkapnya.
Istilah
sunting- Alkimia/Ilmu Kimia Kuno - Dalam anime Fullmetal Alchemist, secara ringkasnya, merujuk kepada proses tiga langkah. Langkah-langkah ini merupakan analisa (bagi memahami struktur dan sifat-sifat sesuatu bahan yang akan diubah bentuknya), pemusnahan (untuk memecahkan bahan tersebut menjadi bahan asasnya), dan pembinaan semula (untuk membina semula bahan tersebut menjadi bentuk yang berbeza atau dengan sifat-sifat lain). Dalam manga, sumber kuasa alkimia dipercayai oleh kebanyakan alchemist sebagai pergerakan plat tektonik-namun begitu, Mei Chan, seorang alchemist dari negara jiran Xing meragui kenyataan ini; kepadanya, kuasa di sebalik alkimia Amestris seolah-olah melibatkan roh-roh orang yang sudah meninggal (sementara alkimia Xing melibatkan penggunaan kuasa hidupan Bumi). Bagaimanapun, dalam anime, tenaga untuk tindakbalas alkimia berasal daripada "sebelah Pintu yang lain", kononnya dari kematian yang terjadi di dunia di sebalik Pintu tersebut. Dalam kedua-dua bentuk siri ini, alkimia ini bukannya satu kaedah memanipulasi bentuk dengan tidak sengaja (asas alkimia dalam sejarah yang dipetik daripada falsafah Yunani): it is essentially modern chemistry without a reaction medium.
- Automail - Sejenis prostetik yang diperbuat daripada logam dan dihubungkan secara terus pada saraf-saraf badan. Automail yang bermutu bagus membolehkan selingkungan pergerakan dan kekuatan yang sebaik atau lebih baik daripada anggota badan asal yang digantinya. Sebilangan bentuk automail termasuk alatan balistik atau penambahan yang lain. Automail ini kelihatan sebagai sejenis teknologi sibernetik yang lebih maju berbanding kajian sibernetik dunia sebenar. Dalam anime dan manga, Edward lazimnya dilihat mengubah bentuk lengan automailnya melalui kimia kuno, seperti bentuk senjata berbilah. Oleh sebab pautannya secara langsung kepada saraf badan, memasang automail amatlah menyakitkan.
- Penukaran Sama Nilai - Hukum yang dianggap oleh para Alchemist dalam siri ini sebagai asas Alkimia, ataupun undang-undang asas dunia ini: bagi memperoleh sesuatu benda yang diingini, sesuatu benda lagi yang sama nilainya mesti dikorbankan. Salah satu tema siri ini ialah mengkaji implikasi prinsip ini sebagai satu falsafah, serta juga menyiasat sama ada Penukaran Sama Nilai ini merupakan hukum semulajadi, atau satu ideologi palsu semata-mata. Sebagai contoh, adik-beradik Elric kerap merujuk kepada kimia-kimia yang hadir dalam badan manusia dengan sangkaan bahawa pertukaran kimia yang semudah itu adalah segala yang diperlukan untuk mengembalikan nyawa seseorang.
- Ahli Alkimia Negara - Ahli alkimia yang berkhidmat dalam cawangan khas tentera di bawah perintah terus Führer. Alchemist Negara dipilih melalui satu siri peperiksaan, dan dipandang sebagai antara ahli alkimia yang paling berkuasa dan berbakat. Jawatan Ahli Alkimia Negara juga mempunyai kekuasaan dan pengaruh yang kuat, maka mereka secara automatik dinaikkan pangkat menjadi Mejar. Namun begitu, Ahli Alkimia Negara dibenci oleh rakyat jelata yang memandang mereka sebagai 'hamba tentera' - dengan erti kata lain, ahli alkimia ini memperdagangkan semangat mereka kepada tentera untuk mendapatkan hak-hak istimewa.
- Bulatan Penukaran - Bulatan ini berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas alkimia, dan diperlukan bagi mana-mana tindakan penukaran; namun, beberapa alchemist, seeprti Edward Elric, boleh melakukan penukaran tanpa bulatan ini. Bulatan ini melambangkan aliran tenaga yang tetap, dan corak-corak bulatan ini menentukan kesan-kesan penukaran. Bulatan ini boleh dilukis di atas benda yang hendak ditukar, disulam pada pakaian, atau ditatukan pada badan alchemist itu. Bulatan sedemikian boleh dilukis dengan mana-mana bahan yang meninggalkan jejak, seperti kapur ataupun darah.
- Batu Philosopher - Batu mistik yang dikatakan membolehkan pemiliknya untuk melanggar hukum Penukaran Sama Nilai dengan sepenuhnya. Namun begitu, sepertimana benda-benda lain dihasilkan, untuk menghasilkan Batu Philosoper sesuatu bahan mentah terpaksa dikorbankan: dalam kes ini, nyawa manusia.
- Batu Merah atau Batu Philosopher yang Tidak Lengkap—Batu Philosopher yang palsu atau tidak lengkap, yang kerap digelar "batu merah". Sungguhpun amat kurang kuasanya berbanding Batu yang lengkap, Batu Merah boleh bertindak sebagai alat penguat kuasa-kuasa seseorang alchemist. Sejenis bahan berkaitan (yang hanya muncul dalam anime) ialah "air merah" yang membahayakan kesihatan manusia tetapi berguna untuk membentuk Batu Merah.
- Chimera - Chimera ialah gabungan dua atau lebih spesis berlainan menjadi satu hidupan tunggal melalui ciptaan alkimia. Badan ini kemudiannya dimasukkan roh manusia lalu menjadikannya satu hidupan yang bertindak dan berfikir seperti manusia, tetapi mengekalkan segala kekuatan dan kelemahan badan hidupan-hidupan asalnya. Sepanjang siri anime, chimera dicipta dan digunakan dalam peperangan dan juga sebagai eksperimen. Makmal ke-5 dikenali sebagai tempat menghasilkan dan mengasahkan chimera, menggunakan tawanan atau banduan tentera dari sebuah penjara yang berdekatan. Chimera ditakuti kerana kebolehan ganjilnya serta sifat yang selalunya amat ganas; namun begitu sebilangan kecil chimera yang baik muncul dalam beberapa episod.
- Penukaran Manusia - Perbuatan haram yang mana seseorang cuba mereka semula seorang manusia yang sudah meninggal. Namun begitu, ini meragut sesuatu daripada orang yang melakukannya (contoh: anggota badannya) namun ini tidak betul-betul menghasilkan manusia; sebaliknya, ini membawa alchemist itu melalui Pintu, di mana dia memperoleh pengetahuan yang seimbang kepada apa yang telah dikorbankan dalam penukaran. Dalam anime, hasil akhir cubaan sedemikian merupakan seorang Homunculus.
Lagu-lagu Tema
sunting- Pembuka
- "Melissa" oleh Porno Graffitti (episod 2-13)
- "Ready Steady Go" oleh L'Arc~en~Ciel (episod 14-25)
- "Undo" oleh Cool Joke (episod 26-41)
- "Rewrite" oleh Asian Kung-fu Generation (episod 42-51)
- Episod 1 tidak mempunyai lagu pembukaan.
- Hanya Ready Steady Go dan Rewrite dimainkan di penyiaran Amerika Syarikat anime ini. Rewrite memenangi "Lagu tema Terbaik" bagi Fullmetal Alchemist pada Anugerah Anime Amerika pertama pada 24 Februari 2007.
- Penutup
- "Melissa" oleh Porno Graffitti (episod 1)
- "Kesenai Tsumi" ("dosa yang Tidak Boleh Dikikis") oleh Nana Kitade (episod 2-13)
- "Tobira no Mukō e" ("Ke Sebelah Pintu Yang Lain") oleh Yellow Generation (episod 14-24)
- "Motherland" oleh Crystal Kay (episod 26-41)
- "I Will" oleh Sowelu (episod 42-50)
Kata-kata hikmat pembukaan
sunting- Episode 2–36, 38–42: Alphonse Elric berkata:
Manusia tidak boleh mendapat sesuatu tanpa pengorbanan. Sesuatu benda yang sama nilai harus dikorbankan untuk mendapat benda yang baru. Itulah Prinsip Penukaran Sama Nilai dalam ilmu kimia kuno, dan begitulah peraturan yang kita percayai sejak kecil lagi…
Pautan luar
suntingLaman web rasmi
sunting- FUNimation Fullmetal Alchemist official website
- Adult Swim official Fullmetal Alchemist page
- YTV Fullmetal Alchemist page Diarkibkan 2007-04-13 di Wayback Machine
- GMA TV's Fullmetal Alchemist page
- Animax Latin America Fullmetal Alchemist page (Sepanyol)
Laman bukan eksklusif
sunting- Fullmetal Alchemist at AnimeNfo
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Fullmetal Alchemist at TV.com
- Fullmetal Alchemist Southern Island Licensed Merchandise website