Fumarol (Latin fumus, asap) ialah lubang pada kerak bumi (atau benda langit lain) yang mengeluarkan wap dan gas seperti karbon dioksida, belerang dioksida, asid klorida, dan hidrogen sulfida. Fumarol sering ditemui di sekitar gunung berapi. Fumarol yang mengeluarkan gas sulfur disebut solfatara (berasal dari perkataan solfo dari bahasa Itali, sulfur [melalui dialek Sicily]).[1]

Fumarol di sebelah timur tasik Kawah Ijen (1927-1929)
Sebuah fumarol di Námafjall, Iceland
Pengambilan sampel gas pada fumarol di Gunung Baker, Washington, Amerika Syarikat

Fumarol terdapat di sepanjang retakan kecil mahupun rekahan yang panjang, dalam medan atau klaster yang kacau bilau, dan di permukaan aliran lava serta endapan aliran piroklastik yang tebal.[2] Lapangan fumarol merupakan suatu wilayah mata air panas dan semburan gas di mana magma atau batuan beku yang panas di kedalaman atau air tanah.[3] Dari perspektif air tanah, fumarol boleh dihuraikan sebagai mata air panas yang menjadikan air mendidih sebelum air mencapai permukaan tanah.

Fumarol di kawah Halema`uma`u

Fumarol mampu bertahan selama beberapa dekad atau abad jika berada di atas sumber panas yang berterusan, atau hilang dalam berminggu-minggu atau berbulan-bulan jika berada di puncak sebuah endapan vulkanik yang masih baru dan cepat menyejuk,[2] Sebagai contoh, aktiviti fumarol di Lembah Ten Thousand Smokes (Sepuluh Ribu Asap) terbentuk pada tahun 1912 ketika terjadi letusan Novarupta di Alaska. Pada awalnya, ribuan fumarol terbentuk di abu yang menyejuk akibat letusan, tetapi seiring waktu sebahagian besar dari mereka telah menghilang.

Dianggarkan empat ribu fumarol berada di sekitar wilayah Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat. Selain itu, terdapat pula rangkaian fumarol di Lembah Kehancuran di Taman Negara Morne Trois Pitons di Dominica.

Fumarol mengeluarkan wap belerang yang membentuk endapan permukaan mineral yang kaya belerang; tempat-tempat di mana endapan ini telah digali, iaitu:

Di Marikh sunting

Pembentukan tanah yang disebut Dataran Rumah di Kawah Gusev, Marikh, yang dijelajahi dan diteliti oleh Mars Exploration Rover (MER) Spirit, disyaki merupakan sisa-sisa dari fumarol purba yang telah lama musnah dari dataran itu.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Solfatara". Merriam-Webster.com Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Merriam-Webster. Dicapai pada 30 Julai 2020.
  2. ^ a b Templat:USGS
  3. ^ Neuendorf, Klaus K. E. (2005). Jackson, Julia A.; Mehl, James P.; Neuendorf, Klaus K. E. (penyunting). Glossary of Geology (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 257. ISBN 9780922152766. Dicapai pada 30 Julai 2020. Fumarole field[:] A group of cool fumaroles (Bahasa Indonesia: Lapangan fumarol[:] Sekelompok fumarol dingin).
  4. ^ "Purico Complex". Global Volcanism Program, National Museum of Natural History, Smithsonian Institution (dalam bahasa Inggeris). Institusi Smithsonian. 2013. Dicapai pada 30 Julai 2020.
  5. ^ Morris, R. V.; Ming, D. W.; Gellert, R.; Yen, A. S.; Clark, B. C.; Graff, T. G.; Arvidson, R. E.; Squyres, S. W.; Athena; CRISM Science Teams (Mac 2008). "The Hydrothermal System at Home Plate in Gusev Crater, Mars: Formation of High Silica Material by Acid-Sulfate Alteration of Basalt" (dalam bahasa Inggeris). Persidanga Sains Bulan dan Planet ke-39, (Lunar and Planetary Science XXXIX), 10-14 Mac 2008 di League City, Texas. Sumbangan LPI No. 1391.: 2208. Dicapai pada 30 Julai 2020. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar sunting