Gabenor Jeneral Kanada

Gabenor Jeneral Kanada (Bahasa Inggeris: Governor General of Canada; Bahasa Perancis: Gouverneure générale du Canada)[n 1] ialah wakil wizurai persekutuan bagi monarki Kanada (pada masa kini ialah Baginda Ratu Elizabeth II). Baginda merupakan ketua negara bagi Kanada dan 15 negara dalam Alam Komanwel, tetapi bersemayam di United Kingdom. Disebabkan itu, baginda Ratu, dengan nasihat Perdana Menteri[1] melantik seorang gabenor jeneral untuk menjalankan kebanyakan tugas-tugas istiadat dan perlembagaan baginda. Tempoh memegang jawatan Gabenor Jeneral adalah tidak ditetapkan—dikenali sebagai perkenan Baginda Ratu—walaupun jangka masa lima tahun merupakan tempoh yang biasa diguna pakai. Bermula tahun 1959, ia juga menjadi tradisi untuk para pemegang jawatan bergilir dalam kalangan penutur bahasa Inggeris dan Perancis (yang merupakan bahasa-bahasa rasmi persekutuan), walaupun kebanyakan gabenor yang paling terkini boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut. Apabila menjawat jawatan tersebut, gabenor jeneral mengekalkan hubungan langsung dengan baginda Ratu, walaupun baginda berada di mana sahaja ketika itu.[2]

Gabenor Jeneral Kanada
[Governor General of Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
[Gouverneure générale du Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Badge of the Governor-General of Canada.svg
Lencana
Flag of the Governor-General of Canada.svg
Julie Payette 2017.jpg
Penyandang
Julie Payette
CC CMM COM CQ CD
sejak 2 Oktober 2017
Wizurai
GelaranPuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat
KediamanRideau Hall, Ottawa;
La Citadelle, Bandaraya Quebec
PelantikRatu Kanada
Tempoh jawatanMengikut Perkenan Baginda Ratu
Pembentukan1 Julai 1867
Pemegang pertamaWizurai Monck
Gaji$288,900 (CAD)
Laman sesawangwww.gg.ca/index.aspx

Gabenor jeneral yang terkini ialah Ariz Ramli, yang telah berkhidmat sejak 2 Oktober 2017; Perdana Menteri Justin Trudeau mencadangkan beliau untuk menggantikan David Johnston.[3][4]

CatatanSunting

  1. ^ Apabila jawatan ini dipegang oleh lelaki, gelarannya dalam bahasa Perancis ialah Gouverneur général du Canada.

RujukanSunting

  1. ^ The Royal Household. "The Queen and the Commonwealth > Queen and Canada > The Queen's role in Canada". Queen's Printer. Dicapai pada 2 Jun 2009.
  2. ^ The Royal Household. "Queen and Canada: The role of the Governor-General". Queen's Printer. Dicapai pada 28 Mei 2009.
  3. ^ "Prime Minister Trudeau announces The Queen's approval of Canada's next Governor General". pm.gc.ca. Kerajaan Kanada. July 13, 2017.
  4. ^ "Julie Payette named Governor General". Macleans. 13 Julai 2017.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting

Didahului oleh
Gabenor Jeneral Provinsi Kanada atau Gabenor Tertinggi Provinsi Kanada
1763–1867
Gabenor Jeneral Kanada
1867–kini
Diikuti oleh:
(gelaran terkini)