Gabriel Armando de Abreu (lahir 26 November 1990) dikenali sebagai Gabriel Paulista atau Gabriel merupakan seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain untuk kelab La Liga, Valencia di posisi pertahanan tengah.

Gabriel Paulista
Maklumat peribadi
Nama penuh Gabriel Armando de Abreu
Tarikh lahir (1990-11-26) 26 November 1990 (umur 33)
Tempat lahir São Paulo, Brazil
Ketinggian 1.87 m (6 ka ​1 58 in)
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Valencia
Nombor 5
Kerjaya remaja
2009 Taboão da Serra
2009–2010 Vitória
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Vitória 77 (1)
2013–2015 Villarreal 37 (0)
2015–2017 Arsenal 46 (1)
2017– Valencia 84 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Mac 2020

Karier kelab sunting

Vitoria sunting

Dilahirkan di São Paulo, Gabriel menyertai pasukan belia Esporte Clube Vitória pada tahun 2009 dari Clube Atlético Taboão da Serra.[1] Dia membuat penampilan senior pertama pada 7 Mac 2010, ketika kemenangan 3–1 ke atas Camaçari dalam Campeonato Baiano.[2] Dia membuat penampilan sulung dalam Série A pada 15 Mei, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Vilson ketika seri 1–1 dengan Flamengo.[3]

Pada bulan Ogos 2010, Gabriel beraksi dalam kedua-dua perlawanan akhir 2010 Copa do Brasil menentang Santos, bermain di posisi pertahanan kanan.

Pada 6 September 2012, Gabriel menandatangani kontrak lanjutan bersama Vitória sehingga tahun 2016.[4] Dia dinamakan sebagai pertahanan tengah terbaik 2013 Campeonato Baiano.[5]

Villarreal sunting

Pada 15 Ogos 2013, Gabriel berpindah ke kelab La Liga Villarreal, menandatangani perjanjian lima tahun bersama kelab itu.[6] Dia membuat penampilan sulungnya pada 10 November, bermain ketika seri 1–1 dengan Atlético Madrid.[7]

Gabriel beraksi dalam 18 perlawanan liga semasa musim 2013-14. Dia membuat penampilan sulung dalam Liga Europa UEFA pada 21 Ogos 2014, ketika menang 3–0 ke atas FC Astana.[8]

Arsenal sunting

Pada 26 Januari 2015, Gabriel dianugerahkan permit kerja oleh kerajaan UK dan dijangka menyertai Arsenal dengan yuran sekitar £11.3 juta.[9] Dia menyertai kelab itu dua hari kemudian.[10] Pengurus Arsène Wenger mengatakan walaupun pemain itu cergas, Gabriel mungkin akan melakukan kesilapan dalam perlawanan pertamanya kerana tidak boleh berbahasa Inggeris.[11]

Gabriel membuat penampilan sulungnya untuk Arsenal pada 15 Februari ketika kemenangan 2–0 ke atas Middlesbrough dalam pusingan kelima Piala FA.[12] Dia membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris enam hari kemudian, masuk menggantikan Alexis Sánchez pada minit terakhir ketika kemenangan 2–1 ke atas Crystal Palace.[13]

Gabriel bermain dalam kesebelasan utama untuk Arsenal ketika kemenangan 2–0 ke atas Everton pada 1 Mac.

Karier antarabangsa sunting

Pada 20 Mac 2015, Gabriel dipanggil ke Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil buat pertam kali, menggantikan David Luiz yang cedera untuk perlawanan persahabatan menentang Perancis dan Chile.[14] Walau bagaimanapun, dia tidak dipilih untuk beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Vitória
Arsenal

Individu sunting

Statistik karier sunting

Sehingga 18 April 2015[15]
Kelab Musim Divisyen Liga Piala Piala Liga Benua Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Vitória 2010 Série A 11 0 2 0 8 0 1 0 22 0
2011 Série B 17 0 0 0 0 0 10 0 27 0
2012 35 0 5 0 0 0 17 4 57 4
2013 Série A 14 1 3 0 0 0 18 2 35 3
Jumlah 77 1 10 0 8 0 46 6 141 7
Villarreal 2013–14 La Liga 18 0 3 0 0 0 0 0 21 0
2014–15 19 0 2 0 8 0 0 0 29 0
Jumlah 37 0 5 0 8 0 0 0 50 0
Arsenal 2014–15 Liga Perdana Inggeris 6 0 2 0 0 0 0 0 0 0 8 0
Jumlah karier 119 1 17 0 0 0 16 0 46 6 199 7

Rujukan sunting

  1. ^ Dispensado pelo Santos, zagueiro vira xerife na Espanha e alvo da cobiça de Barça e Arsenal (Released by Santos, stopper becomes a sheriff in Spain and is a target for Barça and Arsenal); ESPN Brasil, 15 January 2015 (Portugis)
  2. ^ Vitória 3 x 1 Camaçari: Campeonato Baiano 2012 (Vitória 3–1 Camaçari: 2012 Campeonato Baiano); Futebol Bahiano, 14 February 2012 (Portugis)
  3. ^ No 'Alagadão', Fla cede o empate ao Vitória no fim da partida: 1 a 1 (In 'Alagadão', Fla gives draw to Vitória in the end: 1–1); Globo Esporte, 15 May 2010 (Portugis)
  4. ^ Vitória renova contrato de Gabriel Paulista por mais dois anos (Vitória renews Gabriel Paulista's contract for two further years); Globo Esporte, 6 September 2012 (Portugis)
  5. ^ Vitória domina lista dos melhores do Baianão 2013 (Vitória dominates list of the bests of Baianão 2013); Globo Esporte, 21 May 2013 (Portugis)
  6. ^ El Villarreal CF ficha al central Gabriel Paulista (Villarreal CF signs stopper Gabriel Paulista); Villarreal's official website, 15 August 2013 (Sepanyol)
  7. ^ El Atlético saca provecho de su manual de supervivencia (Atlético takes advantage of their survival guide); Marca, 10 November 2013 (Sepanyol)
  8. ^ El periscopio amarillo vislumbra Europa (The yellow periscope sees Europe); Marca, 21 August 2014 (Sepanyol)
  9. ^ Gabriel Paulista granted work permit ahead of £11.3m Arsenal move; The Guardian, 26 January 2015
  10. ^ "Arsenal sign Gabriel from Villarreal". Arsenal's official website. 28 January 2015. Dicapai pada 28 January 2015.
  11. ^ "Arsene Wenger says Gabriel's lack of English could cost goals". BBC Sport. 30 January 2015. Dicapai pada 30 January 2015.
  12. ^ Jennings, Patrick (15 February 2015). "Arsenal 2-0 Middlesbrough". BBC Sport. Dicapai pada 15 February 2015.
  13. ^ Emons, Michael (21 February 2015). "Crystal Palace 1-2 Arsenal". BBC Sport. Dicapai pada 2 March 2015.
  14. ^ Whaling, James (20 March 2015). "Arsenal defender Gabriel Paulista called up to Brazil squad to replace David Luiz". Daily Mirror.
  15. ^ Biodata Gabriel Paulista di Soccerway

Pautan luar sunting