Gabriel Vasconcelos Ferreira

Gabriel Vasconcelos Ferreira (sebutan dalam bahasa Portugis: [ɡabɾiˈew vaʃkõˈsɛluʃ fɨˈʁɐjɾɐ]; lahir 27 September 1992) ataupun hanya dikenali sebagai Gabriel merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi penjaga gol untuk kelab Milan. Beliau meraih pingat perak bersama Brazil pada acara bola sepak dalam Sukan Olimpik 2012 di London.

Gabriel
Maklumat peribadi
Nama penuh Gabriel Vasconcelos Ferreira
Tarikh lahir (1992-09-27) 27 September 1992 (umur 31)
Tempat lahir Unaí, Brazil
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 1
Kerjaya remaja
2007–2010 Cruzeiro
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Cruzeiro 0 (0)
2012– Milan 7 (0)
2014–2015Carpi (pinjam) 39 (0)
2015–2016Napoli (pinjam) 0 (0)
2017Cagliari (pinjam) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2011 Brazil B20 15 (0)
2012 Brazil B23 4 (0)
2012– Brazil 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Mac 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Ogos 2012

Kerjaya kelab sunting

Cruzeiro sunting

Gabriel memulakan kariernya di pasukan belia Cruzeiro pada tahun 2007. Ketika musim 2010 dan 2011, beliau menjadi pemain gantian pasukan yang tidak banyak diperlukan sebelum beliau berpindah ke Milan.

Milan sunting

Pada permulaan musim 2012-13, Gabriel dibeli Milan untuk menggantikan Christian Abbiati dan Marco Amelia yang disisihkan. Selepas tidak membuat mana-mana kemunculan pertama untuk Milan, Gabriel akhirnya membuat debut pada 19 Oktober 2013 menentang Udinese selepas pengurus Massimiliano Allegri meletakkan Gabriel di tempat kesebelasan utama selepas Abbiati mengalami kecederaan. Perlawanan berkesudahan Milan menang tanpa bolos, 1–0 win. Beliau menamatkan musim keduanya di Milan dengan tujuh kemunculan.

Pada 1 September 2014, Gabriel sertai kelab Serie B, Carpi secara pinjaman semusim dari Milan. Beliau diletakkan sebagai penjaga gol pertama pasukan dan beliau telah beraksi 39 perlawanan dan membantu pasukannya untuk layak ke Serie A buat musim hadapan.

Untuk musim 2015-16, Gabriel melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Napoli secara pinjaman selama satu musim.

Kerjaya antarabangsa sunting

Bawah-20 sunting

Gabriel sebahagian daripada pasukan bawah-20 Brazil yang menjuarai Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2011 pada Februari 2011. Beliau tampil dalam lapan perlawanan buat Brazil.

Pada bulan Ogos tahun yang sama, beliau dipanggil oleh pengurus Ney Franco untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia bawah-20 FIFA. Beliau bermain tujuh perlawanan sehingga laluan Brazil ke perlawanan akhir dan menjulang trofi kejohanan selepas menewaskan Portugal, 3-2.

Bawah-23 sunting

Gabriel dipanggil oleh pasukan bawah-23 Brazil untuk mengambil bahagian dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik 2012 untuk menggantikan Rafael Cabral yang mengalami kecederaan dua hari sebelum kejohanan bermula. Selepas hanya duduk di bangku simpanan buat dua perlawanan, Gabriel akhirnya tampil di Sukan Olimpik pada perlawanan terakhir pusingan pertama menentang New Zealand yang menyaksikan Brazil menang 3–0. Beliau mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama pada tiga perlawanan seterusnya dan Brazil hanya meraih pingat perak selepas kecundang di tangan Mexico di perlawanan akhir yang berkesudahan Mexico menang 2-1.

Senior sunting

Tiga hari selepas beraksi di perlawanan akhir Olimpik, Gabriel membuat debut untuk pasukan senior Brazil pada 15 Ogos 2012 menentang Sweden dalam satu perlawanan persahabatan yang berkesudahan Brazil menang 3-0.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 15 Julai 2015
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Cruzeiro 2010 0 0 0 0 0 0 0 0
2011 0 0 0 0 0 0 0 0
2012 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0
  Milan 2012-13 0 0 0 0 0 0 0 0
2013-14 7 0 0 0 0 0 7 0
Jumlah 7 0 0 0 0 0 7 0
  Carpi (pinjaman) 2014-15 39 0 0 0 0 0 39 0
  Napoli (pinjaman) 2015-16 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 46 0 0 0 0 0 46 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Cruzeiro
Carpi

Antarabangsa sunting

Brazil

Pautan luar sunting