Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ݢابوڠن رعيت سابه, disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS[7], ialah sebuah parti gabungan politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia. Parti gabungan ini telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang juga merupakan pengasas Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin pada 12 September 2020 bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020[8][9]. Parti gabungan GRS telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022[10] oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan penggunaan logo GRS telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[11] Parti Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada PBS, BERSATU Sabah, SAPP, STAR, dan USNO.[12][13]
Gabungan Rakyat Sabah ݢابوڠن رعيت سابه | |
---|---|
![]() | |
Nama Bahasa Inggeris | Sabah People's Coalition |
Singkatan | GRS |
Pengerusi | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor |
Setiausaha agung | Datuk Seri Panglima Masidi Manjun |
Timbalan Pengerusi | Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia |
Pengasas | Tan Sri Dato' (Dr) Haji
Muhyiddin Haji Muhammad Yassin (2020 - 2021) (sebagai pakatan pilihan raya) Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2022) (sebagai gabungan politik yang berdaftar dengan JPPM) |
Ditubuhkan | 12 September 2020[1] |
Didaftarkan | 26 Februari 2022[2] |
Disahkan | 11 Mac 2022[3] |
Pecahan | Barisan Nasional (BN)[4] Perikatan Nasional (PN) Bersatu Cawangan Semenanjung Malaysia (Pusat) |
Didahului oleh | Gabungan Bersatu Sabah (GBS)[5] Barisan Nasional (BN)[6] |
Ibu pejabat | Lot 57 G7 Lorong Plaza Permai 2 Alamesra 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia |
Ideologi | Regionalisme Sabah Perjanjian 20 Perkara Sabah Menjaga hak bumiputera tempatan di Sabah |
Warna | Biru Tua |
Slogan | "Sayangi Sabah" (PRN 2020) "Sabah Maju Jaya" (sejak 2020) |
Dewan Negara | 6 / 70
|
Dewan Rakyat (Kerusi Sabah and Labuan) | 9 / 26
|
Dewan Undangan Negeri Sabah | 30 / 79
|
Simbol pilihan raya | |
![]() | |
Bendera parti | |
![]() |
Gabungan yang pada awalnya menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah ini telah memenangi majoriti kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 September 2020 dan membentuk kerajaan di Sabah
Parti GRS menjadi parti gabungan tempatan kedua yang berdaftar memerintah Sabah selepas Gabungan Pasok-PBS pada 1985.[14]
SejarahSunting
Kebangkitan perikatan politik terbesar di SabahSunting
Gabungan ini telah diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020. Perikatan politik ini telah dipersetujui sebahagian besar kepemimpinan politik di Sabah atas sebab dasar "gabungan tempatan" yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dan Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili pada 12 September 2020.
Pada awalnya (sebelum didaftarkan), gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya diantara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada Parti PBRS, MCA, UMNO; Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti STAR, SAPP, BERSATU; dan sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS)[8][9].
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan raya negeri Sabah 2020 dan berjaya mengukuhkan kedudukan berorganisasi dalam membentuk sebuah pakatan tempatan Sabah.
Memorandum persefahaman menghadapi pilihan raya negeriSunting
Pada 9 Januari 2021, satu memorandum persefahaman antara semua parti yang bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh para pemimpin parti. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguatkan lagi ikatan antara parti bagi mengukuhkan gabungan tersebut yang telah memenangi pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu. Gabungan ini tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku dalam gabungan di Semenanjung Malaysia dan menolak sebarang campur tangan dari luar Sabah.[15][16]
Jawatan | Nama | Parti | Catatan |
---|---|---|---|
Pengerusi | Hajiji Noor | BERSATU | Ketua BERSATU Negeri Sabah |
Timbalan Pengerusi I | Bung Moktar Radin | UMNO | Pengerusi UMNO Sabah |
Timbalan Pengerusi II | Maximus Johnity Ongkili | PBS | Presiden PBS |
Timbalan Pengerusi III | Jeffrey Kitingan | STAR | Presiden STAR |
Setiausaha | Mohamed Razali Mohamed Razi | BERSATU | Ketua BERSATU Bahagian Sepanggar |
Penolong Setiausaha | Ardino Diris | STAR | Penolong Setiausaha Agung STAR |
Bendahari | Salleh Said Keruak | UMNO | Timbalan Pengerusi UMNO Sabah |
Ketua Penerangan | Joniston Bangkuai | PBS | Setiausaha Agung PBS |
Ahli Jawatankuasa | Masidi Manjun | BERSATU | Timbalan Ketua BERSATU Sabah |
Mohd Arifin Mohd Arif | BERSATU | Bendahari BERSATU Sabah | |
Yakubah Khan | UMNO | Timbalan Ketua UMNO Sabah | |
Jafry Ariffin | UMNO | Setiausaha UMNO Sabah | |
Radin Malleh | PBS | Timbalan Presiden PBS | |
Jahid Jahim | PBS | Timbalan Presiden PBS | |
Ellron Alfred Angin | STAR | Timbalan Presiden STAR | |
Guan Dee Koh Hoi | STAR | Setiausaha Agung STAR | |
Arthur Joseph Kurup | PBRS | Timbalan Presiden PBRS | |
Vincent Lee | PBRS | Naib Presiden PBRS | |
Yong Teck Lee | SAPP | Presiden SAPP | |
Edward Dagul | SAPP | Timbalan Presiden SAPP | |
Lee Wan Tung @ Lu Yen Tung | MCA | Ketua MCA Sabah | |
Pamela Yong | MCA | Ketua Wanita MCA Sabah | |
Peer Mohammad Kadir | MIC | Ketua MIC Sabah | |
Chandra Segar | MIC | Setiausaha MIC Sabah | |
Mohd Aminuddin Aling | PAS | Pesuruhjaya PAS Sabah | |
Abdul Hisham Othman | PAS | Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah | |
Setiausaha Eksekutif | Abdul Kassim Razali @ Jali | BERSATU | Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah |
Cadangan pendaftaran sebagai parti politik rasmiSunting
Pada 24 November 2021, Datuk Salleh Said Keruak yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyatakan untuk mendaftar & merasmikan gabungan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.[17]
Pada 25 November 2021, kebanyakan pemimpin GRS bersetuju dengan kenyataan Datuk Salleh Said Keruak untuk merasmikan & mendaftarkan gabungan ini sebagai "parti gabungan politik". Pemimpin yang bersetuju termasuk Datuk Jeffrey Kitingan (STAR), Datuk Masidi Manjun (BERSATU), Dr. Aliakbar Gulasan (PAS), Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Datuk Bung Mokhtar Radin (UMNO), dan presiden parti lain juga bersetuju.[18][19][20]
Pada 26 November 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahagian Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menyatakan bahawa semua kepemimpinan PBS bersetuju dan menginginkan gabungan ini bukan sahaja dirasmikan tetapi didaftarkan sebagai sebuah entiti gabungan parti politik di Sabah yang sah untuk elak pertembungan dan mengukuhkan pandangan politik penyokong-penyokong Gabungan Rakyat Sabah.[21][22]
Pendaftaran diluluskan - (11 Mac 2022)Sunting
JPPM telah meluluskan pendaftaran GRS sebagai sebuah gabungan rasmi parti politik di Sabah. GRS telah menerima sijil kelulusan daripada JPPM pada 11 Mac 2022 selepas mengemukakan permohonan beberapa minggu sebelumnya dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah[23]
Parti gabungan ini juga menjadi gabungan politik tempatan kedua di Sabah yang diluluskan secara rasmi oleh JPPM.[24]
Sebelum ini, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) pernah menghantar surat pendaftaran gabungan tersebut tetapi tidak diluluskan[25]. Gabungan Pasok-PBS merupakan gabungan pertama didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 namun dibubarkan selepas berlaku perpecahan di dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994 hasil dari lompatan sesetengah pemimpin Parti berkenaan.[26]
USNO jadi ahli terbaharu Parti Gabungan Rakyat SabahSunting
Pada 9 Mei 2022, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah berjaya diterima sebagai parti komponen baharu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[27]
SloganSunting
Sayangi SabahSunting
Slogan 'Sayangi Sabah' dipilih sebagai slogan pilihan raya 2020 kerana GRS mahu memberi khidmat terbaik kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira ideologi politik, kaum dan agama mereka[28].
Sabah Maju JayaSunting
Slogan 'Sabah Maju Jaya' pula digunakan untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri bermula 2020[29]. Pada pertengahan Januari 2021, program "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" telah dilancarkan untuk tempoh 5 tahun bersesuaian dengan slogan 'Sabah Maju Jaya'.
KeanggotaanSunting
Parti komponenSunting
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)
- Parti Progresif Sabah (SAPP)
- Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
Parti kerjasama & sokonganSunting
- Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM)
- Parti Cinta Sabah (PCS)
Komposisi parti komponen dan kerjasamaSunting
- Selepas kelulusan pendaftaran Parti GRS, terdapat beberapa pihak yang ingin memberi kerjasama dan ingin menyertai parti itu.[30][31]
- USNO adalah parti politik tempatan pertama yang diluluskan secara rasmi oleh kepimpinan sedia ada Parti GRS untuk menyertai parti gabungan itu.[32]
Logo | Nama Parti | Ideologi | Ketua parti | Kerusi dipertandingkan |
Keputusan 2020 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undian (%) | Jumlah Kerusi | Komposisi | |||||||
Parti Gabungan Rakyat Sabah | |||||||||
BERSATU | BERSATU Sabah | Nasionalisme Pribumi-Sabah (Ideologi Pribumi) | Hajiji Noor | 21
(di bawah PN) |
11.81% | 11 / 73
|
17 / 79
| ||
PBS | Parti Bersatu Sabah | Penjagaan hak-hak orang asal Sabah | Maximus Johnity Ongkili | 22 | 6.83% | 7 / 73
|
7 / 79
| ||
SAPP | Parti Progresif Sabah | Tempatan Sabah | Yong Teck Lee | 2
(di bawah PN) |
0.43% | 0 / 73
|
1 / 79
| ||
STAR | Parti Solidariti Tanah Airku | Tempatan Sabah | Jeffrey Kitingan | 6
(di bawah PN) |
4.87% | 6 / 73
|
6 / 79
| ||
USNO | Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu[33] | Tempatan Sabah | Pandikar Amin Mulia | 47 | 0.47% | 0 / 73
|
0 / 79
| ||
Barisan Nasional | |||||||||
UMNO | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | Nasionalisme Ketuanan Melayu | Bung Mokhtar Radin | 33 | 16.73% | 16 / 73
|
16 / 79
| ||
Perikatan Nasional | |||||||||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islam | Mohd Aminuddin Aling | 0 / 73
|
1 / 79
| ||||
Rakan sekutu | |||||||||
KDM | Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat | Tempatan Sabah | Peter Anthony | 0 / 73
|
2 / 79
| ||||
IND | Ahli politik bebas | N/A | N/A | 41 | 4.98% | 2 / 73
|
2 / 79
|
KepimpinanSunting
Pengasas utamaSunting
Pengasas | Tahun | ||
---|---|---|---|
Muhyiddin Yassin | 2020-2021 (sebagai pakatan pilihan raya) | ||
Hajiji Noor | 2022 (sebagai gabungan berdaftar rasmi dengan JPPM) |
PengerusiSunting
Ketua gabungan (Pengerusi) |
Parti | Dalam jawatan | Lepas jawatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Hajiji Noor | BERSATU Sabah | 2020-2021 (Tidak rasmi) 2022 (Rasmi) |
Penyandang |
OrganisasiSunting
Berikut ialah organisasi GRS pada 2022.
- Pengerusi:
- Hajiji Noor (BERSATU)
- Timbalan Pengerusi:
- Maximus Johnity Ongkili (PBS)
- Jeffrey Gapari Kitingan (STAR)
- Yong Teck Lee (SAPP)
- Pandikar Amin Mulia (USNO)
- Setiausaha:
- Masidi Manjun (BERSATU)
- Bendahari:
- Ardino Diris (STAR)
- Ketua Penerangan:
- Joniston Bangkuai (PBS)
- Ahli Jawatankuasa:
- Rubin Balang (BERSATU)
- Ruddy Awah (BERSATU)
- Edward Dagul (SAPP)
- Setiausaha Eksekutif:
- Abdul Kassim Jali @ Razali (BERSATU)
PerwakilanSunting
Dewan Undangan Negeri SabahSunting
No. | Kawasan negeri | Nama | Gabungan (Parti) | |
---|---|---|---|---|
2020-2022 | 2022-kini | |||
Parti Gabungan Rakyat Sabah | ||||
N3 | Pitas | Dato' Sri Ruddy Awah | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N5 | Matunggong | Datuk Julita Mojungki | PBS | GRS (PBS) |
N6 | Bandau | Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N7 | Tandek | Hendrus Anding | PBS | GRS (PBS) |
N8 | Pintasan | Fairuz Renddan | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N12 | Sulaman | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N14 | Tamparuli | Datuk Jahid Jahim | PBS | GRS (PBS) |
N15 | Kiulu | Datuk Joniston Bangkuai | PBS | GRS (PBS) |
N28 | Kawang | Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N31 | Membakut | Datuk Mohd Arifin Mohd Arif | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N32 | Klias | Datuk Isnin Aliasnih | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N33 | Kuala Penyu | Datuk Limus Jury | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N34 | Lumadan | Ruslan Muharam | PBS | GRS (PBS) |
N36 | Kundasang | Datuk Dr Joachim Gunsalam | PBS | GRS (PBS) |
N37 | Karanaan | Datuk Seri Panglima Masidi Manjun | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N38 | Paginatan | Datuk Abidin Madingkir | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N39 | Tambunan | Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N40 | Bingkor | Datuk Robert Tawik @ Nordin | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N41 | Liawan | Datuk Annuar Ayub | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N43 | Kemabong | Datuk Rubin Balang | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N44 | Tulid | Flovia Ng | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N45 | Sook | Datuk Ellron Alfred Angin | PN (STAR) | GRS (STAR) |
N46 | Nabawan | Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N47 | Telupid | Jonnybone J Kurum | PBS | GRS (PBS) |
N49 | Labuk | Samad Jambri | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N68 | Apas | Datuk Nizam Abu Bakar Titingan | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) |
N73 | Sebatik | Hassan A Gani Pg Amir | WARISAN | GRS (BERSATU) |
Anggota Dilantik | Jaffari Waliam | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) | |
Anggota Dilantik | Datuk Amisah Yassin | PN (BERSATU) | GRS (BERSATU) | |
Anggota Dilantik | Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee | PN (SAPP) | GRS (SAPP) | |
Parti kerjasama & sokongan | ||||
Barisan Nasional | ||||
N2 | Bengkoka | Harun Durabi | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N9 | Tempasuk | Mohd Arsad Bistari | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N10 | Usukan | Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N13 | Pantai Dalit | Jasnih Daya | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N16 | Karambunai | Datuk Yakubah Khan | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N24 | Tanjung Keramat | Shahelmy Yahya | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N29 | Pantai Manis | Mohd Tamin @ Tamin Zainal | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N35 | Sidumin | Yusof Yacob | Bebas | BN (UMNO) |
N48 | Sugut | Datuk James Ratib | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N51 | Sungai Manila | Mokran Ingkat | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N52 | Sungai Sibuga | Mohamad Hamsan Awang Supian | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N58 | Lamag | Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N59 | Sukau | Datuk Jafry Ariffin | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N67 | Balung | Hamild @ Hamid Awang | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
N71 | Tanjung Batu | Andi Muhammad Surady Bandy | BN (UMNO) | BN (UMNO) |
Anggota Dilantik | Datuk Raime Unggi | BN (UMNO) | BN (UMNO) | |
Anggota Dilantik | Suhaimi Nasir | BN (UMNO) | BN (UMNO) | |
Parti Perikatan Nasional | ||||
Anggota Dilantik | Dr Aliakbar Gulasan | PN (PAS) | PN (PAS) | |
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat | ||||
N27 | Limbahau | Juil Nuatim | KDM | KDM |
N42 | Kemabong | Datuk Peter Anthony | KDM | KDM |
Parti Harapan Rakyat Sabah | ||||
N70 | Kukusan | Rina Jainal | WARISAN | PHRS |
Bebas | ||||
N57 | Kuamut | Masiung Banah | Bebas | Bebas |
N61 | Segama | Mohamaddin Ketapi | GRS (BERSATU) | Bebas |
Ibu pejabatSunting
Sijil kelulusanSunting
Sijil kelulusan rasmi daripada JPPM untuk Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Izwan Abdullah (12 September 2020). "Penubuhan Gabungan Rakyat Sabah". BHarian. Dicapai pada 25 September 2020.
- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/935697/gabungan-rakyat-sabah-didaftar-secara-rasmi-tanpa-umno-pas-bn
- ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ "Hajiji says BN not part of newly-registered Gabungan Rakyat Sabah". Malay Mail. Dicapai pada 20 March 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah and this coalition now known as Gabungan Rakyat Sabah Party or GRS PARTY, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ a b Izwan Abdullah (12 September 2020). "PM umum gabungan baharu Gabungan Rakyat Sabah". BHarian. Dicapai pada 25 September 2020.
- ^ a b Hairizal Kamalul Arifin (12 September 2020). "PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 25 September 2020.
- ^ Izwan Abdullah (Mac 18, 2022). "Gabungan Rakyat Sabah didaftar secara rasmi tanpa UMNO, PAS, BN". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ Harian, Sinar (9 Mei 2022). "USNO diterima sertai GRS". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ BERNAMA (9 Januari 2021). "GRS tandatangan MoU, tolak campur tangan luar". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ^ Suraidah Roslan (9 Januari 2021). "GRS Tandatangan MoU Perkukuh Kerjasama Politik". Borneo Today. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ^ "GRS should be registered as official political coalition - Salleh". MalaysiaKini. 24 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "GRS registration facing stumbling blocks, says Jeffrey". FreeMalaysiaToday (FMT). 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "GRS should be registered to avoid clashes between partners in elections, says Salleh Said". TheStar News. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "Pendaftaran GRS jamin kestabilan politik Sabah". Utusan Malaysia. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
- ^ "Isu Politik-GRS perlu didaftar sebagai entiti politik rasmi". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ BERNAMA (20 September 2020). "Hajiji: Walau kali pertama bertanding, rakyat Sabah kenal PN". Malaysiakini. Dicapai pada 22 Disember 2020.
- ^ Izawan Abdullah (29 Disember 2020). "Noorliza, wanita pertama dilantik menjadi Datuk Bandar Kota Kinabalu". HMetro. Dicapai pada 30 Disember 2020.
- ^ SINAR HARIAN (February 26, 2022). "Parti baharu ingin sertai GRS perlu sokongan rakan gabungan: Hajiji". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ SURAIDAH ROSLAN (28 May 2022). "GRS dilancar secara rasmi dan mempunyai pejabat HQ tersendiri". UtusanMalaysia. Dicapai pada 27 July 2022.