Gabungan
pendorongan
marin

CODOG
CODAG
CODLAG
CODAD
COSAG
COGOG
COGAG
COGAS
CONAS

Gabungan diesel dan gas (CODAG) adalah sejenis sistem pendorongan untuk kapal yang memerlukan halaju maksimum yang lebih tinggi daripada halaju krusnya, terutamanya bagi kapal perang moden seperti frigat atau korvet.

Prinsip sebuah sistem CODAG dengan kotak giar diesel dua kelajuan

Sistem ini diterajui oleh Jerman dengan pemasangan pada frigat kelas-Köln. Sebuah sistem CODAG terdiri daripada enjin diesel untuk tujuan krus dan turbin gas yang boleh ditukar untuk meningkatkan kelajuan. Dalam kebanyakan kes, perbezaan kuasa yang dihasilkan daripada enjin diesel sahaja berbanding dengan gabungan enjin diesel dan turbin adalah terlalu besar untuk bebaling "pitch" boleh ubah untuk menghadkan pusingannya; oleh itu enjin diesel tidak boleh beroperasi tanpa menukar nisbah giar pada trasmisinya. Oleh itu, kotak giar halaju berbilang khas adalah diperlukan. Ia berbeza dengan sistem gabungan diesel atau gas (CODOG), yang mana menggabungkan enjin diesel dengan kotak giar ringkas dan nisbah tetap kepada aci, dan memisahkan enjin diesel apabila turbin mula dihidupkan.

Sebagai contoh, frigat kelas-Fridtjof Nansen baharu dengan sistem pendorongan yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Norway, nisbah giar untuk enjin diesel diubah daripada 1:7.7 (enjin:bebaling) untuk enjin diesel sahaja kepada 1:5.3 semasa dalam mod diesel-dan-turbin. Beberapa kapal mempunai tiga nisbah giar yang berbeza untuk enjin diesel — pertama untuk sebuah enjin diesel, kedua untuk dua enjin diesel dan ketiga apabila turbin gas digunakan.

Sistem pendorongan ini memerlukan luas kawasan yang lebih kecil berbanding hanya menggunakan janakuasa enjin diesel sahaja pada output kuasa yang sama, disebabkan enjin-enjin lebih kecil boleh digunakan; turbin gas dan kotak giar pula tidak memerlukan luas kawasan yang lebih besar. Pada masa sama, ia masih mengekalkan kecekapan bahan api yang tinggi dengan menggunakan enjin diesel pada halaju krus, membolehkan jarak lebih jauh dan kos bahan api lebih rendah berbanding hanya menggunakan turbin gas sahaja. Dari segi lain, sebuah sistem giar yang lebih kompleks , berat dan sukar diperlukan.

Secara tipikal, halaju krus bagi kapal perang CODAG yang menggunakan janakuasa diesel adalah 20 kn (37 km/j; 23 mph) dan halaju maksmimum apabila bertukar ke turbin gas adalah 30 kn (56 km/j; 35 mph).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting