Gadong

sebuah kampung di Negeri Sembilan.Gadong terletak di Daerah Rembau

Gadong adalah sebuah kampung di Negeri Sembilan.Gadong terletak di Daerah Rembau.

Kedudukan Kampung Gadong juga berdekatan dengan Kampung lain di sekitarnya seperti Kampung Jawa, Kampung Perah, Kampung Kota Lama, Kampung Ulu Gadong, Kampung Batang Nyamor, Kampung Chengkau Ulu, Kampung Bongek dan lain-lain.

Kampung ini tidaklah begitu di kenali umum namun selepas Khairy Jamaluddin yang berasal dari Kampung Gadong terjun ke dalam bidang politik Malaysia mungkin sedikit sebanyak telah menaikkan nama kampung ini.

Kawasan riadah yang berhampiran dengan Kampung Gadong ialah Gunung Datok yang terletak di kampung Batang Nyamor dan pernah ada Ulu Pari pada suatu ketika dulu yang biasanya menjadi kawasan tumpuan pelajar sekolah melakukan kem motivasi atau rekreasi Rakan Muda. Namun segalanya berubah selepas Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula menjadikan Ulu Pari sebagai kawasan latihan pelatih PLKN dari seluruh pelosok Malaysia.

Tidak lupa, jika anda seorang yang meminati sejarah dan semangat KEMELAYUAN, bolehlah meluangkan masa melawat makam Dato Bungkal iaitu ibu kepada Undang Luak Rembau yang pertama, Dato Sri Rama yang terletak di kampung Kota Lama. Ayah kepada Dato Sri Rama ialah Dato Lela Balang. Beliau merupakan salah seorang dari dua pembesar yang berasal dari tanah Minangkabau yang telah membuka Rembau bersama orang tempatan iaitu orang Asli dari waris Jakun iaitu keturunan Dato Batin Sekudai. Dan dari sinilah bermulanya Rembau, terwujudnya salah sebuah dari negeri-negeri yang sembilan.

Jika anda berkesempatan mencuci mata di kawasan Kampong Gadong ini, pastikan anda rajinkan diri untuk menjelajah segala ceruk-rantau kampung ini sambil menikmati keindahan seni-bina klasik sebilangan rumah-rumah kampung di sini yang masih lagi tersergam indah.

Kawasan kampung ini boleh di katakan menghimpunkan kebanyakkan waris dari Suku Tanah Datar yang juga membawa ke keluasan sehingga ke kampung Chengkau Ulu.

Pekan/Bandar berhampiran yang mungkin di kenali ramai di sini ialah Tampin. Namun kini pensempadanan semula negeri-negeri telah membahagikan hak milik bandar Tampin kepada dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Di harapkan pada waris-waris adat Perpatih tidak berpecah-belah di sebabkan sempadan yang telah di tetapkan semula ini. Negeri Sembilan tetap teguh dengan adatnya.

''MUSUHNYA HABIS BINASA....''

Dan Melayu adalah kebanggaan kita bersama.


http://www.mdr.gov.my/ms/pelawat/info-rembau

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan

Pekan Berhampiran sunting