Gah 1 merupakan sebuah majlis anugerah pengiktirafan lagu-lagu terbaik yang sebelum ini lebih dikenali Hits 1. Sudah melewati enam musim yang lalu, pertandingan akhir berprestij yang dinilai oleh juri-juri profesional ini pernah menyaksikan kemunculan artis terkenal Azwan Ali, E’one, Nabila Huda, Beego, Danny X-Factor, Annahita Bakavoli dan Dia Fadila sebagai pengacara anugerah lagu berprestij RTM ini. Musim ketujuh kali ini diadakan pada 30 Mei 2010 bertempat di taman tema air terkenal, Sunway Lagoon. Juara keseluruhan musim kali ini adalah milik penyanyi Alyah menerusi lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang".[1]
- Lagu Terbaik Gah 1 (Juara): "Tak Mungkin Kerna Sayang" (Alyah) - RM40,000
- Lagu Terbaik Tempat Kedua: "Cinta Adam dan Hawa" (Ernie Zakri) - RM30,000
- Lagu Paling Popular Pilihan SMS: "Khatimah Cinta" (6ixth Sense) - RM20,000
- Persembahan Terbaik: "Tak Mungkin Kerna Sayang" (Alyah) - RM10,000
- Misha Omar mewakilkan Ernie Zakri sebagai penyanyi gantian untuk menyampaikan lagu "Cinta Adam Dan Hawa". Walaupun hadir sebagai penyanyi gantian, persembahan Ernie tidak mengecewakan apabila lagu tersebut berjaya menduduki tempat kedua pada malam anugerah tersebut.
- Adam AF mewakilkan Kumpulan Evoke bagi menggantikan tempatnya untuk menyanyikan lagu "Menggegar Dunia" bersama Stacy.
- ^ Au Yeong How (31 Mei 2010). [1] mStar. Dicapai pada 31 Mei 2010.