Galaksi tak nalar merupakan sejenis galaksi yang tidak mempunyai bentuk yang tetap, tidak seperti galaksi pilin atau elips.[1] Bentuk galaksi tak nalar adalah luar biasa, di mana ia tidak berada dalam mana-mana pengelasan biasa jujukan Hubble dan ia tidak menunjukkan sebarang kesan seperti bonjolan nukleus atau struktur lengan berpilin.[2] Secara kolektifnya, galaksi ini merangkumi satu perempat daripada keseluruhan galaksi. Kebanyakan galaksi tak nalar pada asalnya merupakan galaksi pilin atau elips tetapi berubah bentuk disebabkan oleh tarikan graviti. Galaksi ini juga mungkin mengandungi jumlah gas dan debu yang banyak.[3]

GaleriSunting

  Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Butz, Stephen D. (2002). Science of Earth Systems. Cengage Learning. p. 107. ISBN 978-0-7668-3391-3.
  2. ^ Morgan, W. W. & Mayall, N. U. (1957). "A Spectral Classification of Galaxies." Publications of the Astronomical Society of the Pacific. 69 (409): 291–303.
  3. ^ "Faulkes Telescope Educational Guide - Galaxies - Irregulars" (dalam bahasa Inggeris). 

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.