Gallicolumba (Punai jantung berdarah) adalah satu genus bersaiz sederhana punai dalam keluarga Columbidae yang mencari makan di atas tanah dan hidup dalam hutan hutan di Filipina, Indonesia, dan kawasan Pasifik. Ia tiada kaitan dengan punai tanah Amerika (genus Columbina). Malahan, genus ini merupakan saudara dekat bagi punai tanah paruh tebal.

Gallicolumba
Australien2010 0547 LuzonBleedingHeart.jpg
Punai jantung berdarah Luzon, Gallicolumba luzonica
Pengelasan saintifik s
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Columbinae
Genus: Gallicolumba
Heck, 1849[1]
Diversiti
7 spesies hidup
Sinonim

Phlegoenas Reichenbach, 1852

Genus ini termasuk punai jantung berdarah yang diketahui berasal daripada Filipina. Ia dinamakan bersempena dengan tompokan berwarna merah terang di dadanya, yang mana kelihatan seolah-olah seperti satu kecederaan berdarah pada beberapa spesies dan memberi ingatan kepada pencinta alam sekitar akan bahaya tikaman pisau. Diet makanan bagi punai jenis ini terdiri daripada bijiran dan buah-buahan.

Sistematik dan kepupusanSunting

Gallicolumba mungkin dikelaskan sebagai sub-keluarga paling kecil, tetapi data-data yang ada mencadangkan bahawa mereka adalah warisan radiasi basal bagi Columbidae yang mana mempunyai banyak warisan kecil dan kadang kala pelik (seperti Goura dan Otidiphaps yang mana secara ekologinya mencapah ke arah Galliformes, dan mungkin didine (Raphinae) yang terkenal.

SpesiesSunting

Banyak punai tanah Pasifik telah dikeluarkan daripada genus Gallicolumba (yang mana bukan-monopiletik) dan disusun semula ke genus Alopecoenas:[2]

RujukanSunting

  1. ^ Johann Georg Heck: Bilder-Atlas zum Conversations-Lexikon. Verlag Leipzig, Brockhaus, 1849.
  2. ^ [1] Jønsson, Irestedt, Bowie, Christidis & Fjeldså (2011). Systematics and biogeography of Indo-Pacific ground-doves

Pautan luarSunting

  Kategori berkenaan Gallicolumba di Wikimedia Commons   Data berkenaan Gallicolumba di Wikispesies