Gamal Abdel Nasser

Presiden daripada Mesir dan Persekutuan Republik Arab

Kolonel Gamal Abdel Nasser (15 Januari 1918—28 September 1970) merupakan Presiden kedua Mesir, dan boleh dianggap salah seorang daripada pemimpin terpenting dalam sejarah dunia Arab.

Gamal Abdel Nasser
جمال عبد الناصر
Presiden Mesir ke-2
Dalam jawatan
23 Jun 1956 – 28 September 1970
Didahului olehMuhammad Naguib
Digantikan olehAnwar Sadat
Perdana Menteri Mesir
Dalam jawatan
18 April 1954 – 29 September 1962
Didahului olehMuhammad Naguib
Digantikan olehAnwar Sadat
Butiran peribadi
Lahir15 Januari 1918
MesirBeni Mur, provinsi Asyut, Iskandariah
Meninggal dunia28 September 1970(1970-09-28) (umur 52)
Kaherah
Parti politikPersatuan Arab Sosialis
PasanganTahia Kazem

Sejarah awal sunting

Gamal Abdel Nasser dilahirkan di Iskandariah di sebuah pekan terpencil. Bapanya seorang pekerja pejabat pos. Nasser merupakan seorang pemuda yang meminati bidang politik dan telah terlibat dalam aktiviti ini sejak di sekolah menengah lagi. Sewaktu berusia 11 tahun beliau terbabit dalam demonstrasi politiknya yang pertama dan telah ditahan di penjara selama beberapa hari. Pembabitannya dalam politik telah berterusan sehinggalah Mac 1937 apabila beliau berjaya masuk ke Akademi Tentera Mesir. Di sana beliau mula menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap bidang ketenteraan.

Pembabitan dalam politik sunting

Selepas menjalankan tugasnya sebagai anggota tentera di Sudan beliau telah dilantik sebagai seorang pensyarah di Akademi Tentera Di-Raja Mesir pada 1942. Beliau telah menggunakan kedudukannya untuk menubuhkan satu kumpulan yang dikenali sebagai Pegawai Bebas (Free Officers) satu gerakan nasionalis Mesir dan di antara ahlinya termasuklah Anwar Sadat, Abd-al Hakim Amer dan Zakaria Mohiedin.

Pada 1949 beliau bersama ahli kumpulannya telah turut serta dalam Perang Arab-Israel di Palestin. Di sana kumpulannya telah terperangkap dalam kawasan yang dikenali sebagai "Poket Faluja" dan beliau nyaris maut akibat kecederaan di dadanya. Peperangan ini telah meningkatkan kebencian mereka terhadap golongan monarki kerana ketidakcekapan mereka serta kehidupan mereka yang mewah. Apabila perdamaian tercapai, Gamal Abdel Nasser dibenarkan kembali ke Mesir. Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser mengetuai rampasan kuasa ketenteraan dan berjaya menggulingkan raja pada ketika itu iaitu Raja Farouk I.

Selepas Raja Farouk I digulingkan, Nasser telah menaikkan Major Jeneral Muhammad Naguib sebagai Presiden dan Perdana Menteri Mesir yang pertama, manakala beliau pula menjadi timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri. Mohamed Naquib merupakan seorang wira perang dunia II dan disegani oleh rakyat jelata. Namun demikian, ahli kumpulannya mula bimbang dengan Naguib yang sangat konservatif dan terlampau autoritarian. Oleh itu pada awal 1954, atas alasan berpakat dengan parti ekstremis Ikhwan Muslimin, Presiden Naguib telah disingkirkan jawatan dan ditahan. Pada 25 Februari 1954 Gamal Abdel Nasser menjadi Yang Terutama Mesir. Dua tahun kemudian, beliau menjadi calon tunggal dalam pilihan raya presiden dan dilantik menjadi presiden Mesir kedua.

Nasser sebagai Presiden Mesir sunting

Walaupun beliau tidak berpengalaman sebagai seorang perdana menteri, pengalamannya sebagai seorang anggota tentera telah berjaya menempa namanya sebagai seorang tokoh Arab yang terkemuka di dunia. Kejayaannya yang pertama adalah apabila beliau berjaya berunding dengan tentera British untuk berundur daripada Zon Terusan Suez. Selepas itu pada Julai 1956, beliau telah memiliknegarakan terusan Suez yang mengakibatkan krisis di mana Mesir terpaksa berhadapan dengan pihak Perancis, British dan Israel yang mempunyai kepentingan terhadap terusan itu. Krisis ini berakhir dengan keputusan dunia antarabangsa yang menyebelahi Mesir. Kejayaan demi kejayaan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme Arab sehingga Syria memohon untuk bersatu dengan negara Mesir. Hasilnya pada Februari 1958, Republik Arab Bersatu telah diwujudkan dengan Nasser sebagai Presiden dan Perdana Menterinya. Kesatuan ini telah wujud sehinnga 1961 apabila Syria berpisah daripada kesatuan tersebut.

Sewaktu pemerintahannya, Mesir telah menyaksikan pembangunan yang pesat. Antara lain termasuklah projek infrastruktur besar-besaran seperti projek Empangan Aswan dengan bantuan pemerintah Kesatuan Soviet. Beliau juga memperbaiki sistem pendidikan serta perubatan di Mesir. Selain itu beliau terkenal dengan dasar keadilan sosialnya terutamanya dalam pengagihan tanah.

Salah satu dasar luar negeranya adalah untuk tidak mengiktiraf kedaulatan negara Israel. Akibat ketegangan Syria-Israel pada awal 1967 beliau terpaksa bercampurtangan disebabkan perjanjian pertahanan dengan Syria. Ini telah mencetuskan Peperangan Enam Hari dengan Israel yang berakhir dengan kekalahan Mesir. Akibat peperangan ini Israel telah menambahkan wilayahnya sebanyak tiga kali ganda dan menduduki beberapa wilayah di Mesir seperti Semenajung Sinai. Kekalahan ini merupakan tamparan yang hebat kepada Nasser sehinggakan beliau ingin menarik diri sebagai Presiden. Namun rakyat Mesir telah membantah. Gamal Abdel Nasser sekali lagi mengetuai rakyat Mesir dalam Peperangan Berlanjutan 1969-1970.

Kematian sunting

Gamal Abdel Nasser meninggal dunia akibat sakit jantung selepas dua minggu peperangan tamat pada 28 September 1970. Beliau juga dilaporkan meninggal dunia sehari selepas pertemuan mengejut Liga Arab pada 27 September 1970 bersama-sama dengan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin yang Ketiga, Yasser Arafat dan Raja Arab Saudi, Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Jawatan Presiden disandang ganti oleh Anwar Sadat.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Muhammad Naguib
Presiden Mesir
23 Jun 1956–28 September 1970
Diikuti oleh:
Anwar Sadat
Didahului oleh
Josip Broz Tito
Setiausaha Agung NAM
1964–1970
Diikuti oleh:
Kenneth Kaunda