Gambar rajah vokal

Gambar rajah vokal atau carta vokal ialah susun skematik bagi vokal. Bergantung pada bahasa tertentu yang dibincangkan, gambar rajah ini boleh menggunakan bentuk segi tiga atau segi empat. Kedudukan menegak pada gambar rajah ini menandakan kesempitan vokal, dengan vokal yang sempit di bahagian atas gambar rajah, dan kedudukan mendatar menandakan kebelakangan vokal, dengan vokal depan di bahagian kiri gambar rajah.[2] Vokal adalah unik dari segi ciri utamanya yang tidak mengandungi perbezaan dalam penyuaraan, cara, atau tempat (alat artikulasi). Vokal berbeza hanya dari segi kedudukan lidah apabila disuarakan. Lidah bergerak secara menegak dan mendatar di dalam rongga mulut. Vokal dihasilkan dengan sekurang-kurangnya sebahagian saluran suaranya terhalang.[3]

Sebuah carta vokal bagi bahasa Inggeris California selatan yang menunjukkan kedudukan vokal di dalam trapezium vokal AFA.[1]

Di dalam gambar rajah vokal, titik rujukan mudah disediakan untuk penentuan kedudukan lidah. Kedudukan di titik tertinggi bagi lengkung lidah dianggap sebagai titik artikulasi bagi vokal. Dimensi menegak bagi gambar rajah vokal dikenali sebagai tinggi vokal, yang menyertakan vokal tinggi, vokal pusat (tengah), dan vokal rendah. Dimensi mendatar bagi gambar rajah vokal menyertakan kedepanan lidah dan mengenal pasti kejauhan kedudukan lidah di dalam rongga mulut semasa penghasilan. Vokal juga dikategorikan mengikut ketegangan atau kekenduran lidah. Pepet [ə] berada di tengah-tengah carta dan kerap dirujuk sebagai vokal neutral. Di sini, saluran suara berada dalam keadaan neutralnya dan menghasilkan tiub hampir sempurna. Untuk vokal-vokal lain, perlu ada pergerakan saluran suara dan lidah dari kedudukan neutral, sama ada ke atas/bawah atau ke belakang/depan. Dimensi seterusnya bagi vokal ialah tegang/kendur; di sini boleh ada pembezaan dimensi tinggi/tengah/rendah dengan dimensi depan/pusat/belakang. Lain kata, semua vokal kecuali pepet.

Contohnya, [i] dan [ɪ] atau [o] dan [ɔ] sangat sukar dibezakan, tetapi dapat dikategorikan sebagai tegang atau kendur. [i] dan [o] merupakan vokal tegang. [ɪ] dan [ɔ] pula merupakan vokal kendur. Dimensi seterusnya bagi vokal ialah kebundaran. Kebundaran adalah penting dalam pembezaan vokal. Contohnya, untuk [u], bibir dibundarkan, tetapi untuk [i], bibir melebar. Vokal dapat dikategorikan sebagai bundar atau tidak bundar. [u], [ʊ], [o], dan [ɔ] merupakan vokal bundar manakala [i], [ɪ], [e], [ɛ], [æ], [ɑ], [ʌ], dan [ə] merupakan vokal tidak bundar.[4]

Sistem vokal bagi kebanyakan bahasa dapat diwakili oleh gambar rajah vokal. Biasanya, ada pola taburan serupa bagi tanda pada carta, suatu fenomena yang dikenali sebagai penyebaran vokal. Untuk kebanyakan bahasa, sistem vokal adalah bersifat segi tiga. Hanya 10% daripada semua bahasa, termasuk bahasa Inggeris, mempunyai gambar rajah vokal yang berbentuk segi empat. Gambar rajah sedemikian dipanggil segi empat vokal atau trapezium vokal.[2]

Lain vokal lain nadanya. Contohnya, vokal tinggi, seperti [i] dan [u], cenderung untuk memiliki frekuensi asas lebih tinggi berbanding dengan vokal rendah, seperti [a]. Vokal berbeza daripada satu sama lain mengikut bentuk akustiknya atau sifat spektrumnya. Sifat spektrum merupakan frekuensi asas bagi bunyi pertuturan dan forman-formannya.

Setiap vokal di dalam gambar rajah vokal mempunyai format pertama dan kedua yang unik, atau F1 dan F2. Frekuensi bagi forman pertama merujuk lebar rongga farinks dan kedudukan lidah pada paksi menegak, iaitu dari luas hingga sempit. Frekuensi bagi forman kedua pula merujuk panjang rongga mulut dan kedudukan lidah pada paksi mendatar. [i], [u], dan [a] kerap dirujuk sebagai vokal titik oleh sebab vokal-vokal ini mewakili frekuensi-frekuensi F1 dan F2 yang paling ekstrem. [a] mempunyai frekuensi F1 tinggi oleh sebab kesempitan farinks dan kedudukan rendah bagi lidah. Frekuensi F2 pula adalah tinggi untuk [i] oleh sebab rongga mulut menjadi pendek dan lidah berada di depan mulut. Frekuensi F2 adalah rendah dalam penghasilan [u] kerana mulut memanjang dan bibir pula membundar sementara farinks merendah.[5]

Carta vokal AFA mempunyai vokal kardinal dan dipaparkan dalam bentuk trapezium. Menurut takrif, tidak ada bunyi vokal yang dapat diplot di luar trapezium AFA kerana keempat-empat sudut mewakili titik ekstrem artikulasi.

Gambar rajah vokal bagi kebanyakan bahasa sebenar adalah tidak terlalu ekstrem. Contohnya, dalam bahasa Inggeris, vokal-vokal tingginya tidak setinggi sudut-sudut trapezium AFA dan vokal-vokal depannya pula tidak terlalu depan.[2][6]

Gambar rajah vokal AFA dengan bahan tambahan sunting

IPA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
 
 
 
Hampir sempit
 
 
Separuh sempit
 
 
 
Tengah
Separuh luas
 
 
 
Hampir luas
 
Luas
 
 
 

Vokal berpasangan ialah: tak bundar  bundar

Simbol vokal dengan diakritik yang ditambahkan tidak disertakan dalam carta vokal rasmi bagi Abjad Fonetik Antarabangsa. Istilah tengah tidak muncul dalam carta rasmi.

Rujukan sunting

  1. ^ Ladefoged, Peter (1999). "American English". Handbook of the International Phonetic Association. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 41–44. ISBN 0-521-63751-1.
  2. ^ a b c Paul Skandera and Peter Burleigh (2005). A Manual of English Phonetics and Phonology. Gunter Narr Verlag. m/s. 33–34. ISBN 3823361252.
  3. ^ Cancio, Mary Lou (2007). Functional Phonetics Workbook. San Diego, CA: Plural Publishing.
  4. ^ Russell, Kevin (27 November 2005). "Describing English vowels". Phonetics. University of Manitoba. Dicapai pada 18 April 2013.
  5. ^ Eva M. Fernández and Helen Smith Cairns (2011). Fundamentals of Psycholinguistics. Wiley-Blackwell. m/s. 158–159. ISBN 9781405191470.
  6. ^ Heinz J. Giegerich (1992). English Phonology: An Introduction. Cambridge University Press. m/s. 14–15. ISBN 0521336031.