GamePro merupakan sebuah syarikat media permainan video Amerika Syarikat dan penerbitan online dan kandungan bercetak untuk industri permainan video, perkakasan permainan video dan perisian permainan video yang dihasilkan untuk konsol permainan video (contohnya, PlayStation 3, Xbox 360, Wii), sebuah komputer, dan/atau peranti bergerak (contohnya, PSP-PlayStation Portable, Nintendo DS, iPhone). Majalah GamePro serta GamePro.com adalah di bawah GamePro Media. Syarikatnya merupakan anak syarikat kepada International Data Group (IDG), sebuah syarikat penyelidikan, media teknologi dan acara-acara.

GamePro
Majalah GamePro, isu keluaran Mei 2010
Naib Presiden, KandunganJulian Rignall
KategoriKewartawanan permainan video
KekerapanBulanan
Isu pertamaMajalah: April 1989; Laman sesawang: 1998
Isu terakhirMajalah: Musim sejuk 2011; Laman sesawang: 2011
SyarikatIDG
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diOakland, California
BahasaBahasa Inggeris
Laman web(Inggeris) GamePro.com
ISSN1042-8658

Pertama kalinya diterbitkan pada 1989, majalah GamePro menyumbang kepada artikel, berita, previu serta ulasan tentang permainan video, perkakasan permainan video dan industri permainan video. Majalahnya diterbitkan secara bulanan daripada ibu pejabatnya di San Francisco, California. Isu bulan Februari 2010 memperkenalkan sebuah susun atur yang direka semula berserta sebuah arahan editorial baru yang bertumpu kepada orang awam dan budaya permainan video.[1]

GamePro menamatkan penerbitan mereka dan menjadi sebahagian daripada laman sesawang PC World pada 5 Disember, 2011.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "GamePro Media Mereka Semula Cetakan dan Edisi Online Kepada Respon Peminat". Dicapai pada 11 Februari 2010.
  2. ^ "GamePro is Closed".[pautan mati]

Pautan luar

sunting

Laman-laman web Antarabangsa GamePro Media

sunting