Gan Peck Cheng
Gan Peck Cheng (Cina ringkas: 颜碧贞; Cina tradisional: 顏碧貞; pinyin: Yán Bìzhēn, merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau juga adalah Timbalan Speaker di dalam Dewan Negeri Johor.[1] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau menang bertanding di kawasan N23 Penggaram, negeri Johor.
YB Gan Peck Cheng 颜碧贞 PSI (Johor) | |
---|---|
Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor | |
Memegang jawatan 28 Jun 2020 | |
Speaker | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Penggaram | |
Memegang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 10,051 (2013) 17,205 (2018) |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() ![]() |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi |
Kehidupan peribadiSunting
Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat.
KerjayaSunting
Sebelum beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau bekerja sebagai guru tadika.
PolitikSunting
Beliau telah bertanding sejak dari Pilihan raya umum Malaysia 1990 di kerusi parlimen P-133 Pontian sehingga sekarang. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon baru dari BN-MCA. Dr King Ban Siang dengan majoriti sebanyak 10,051 majoriti undian dan diberikan mandat untuk mentadbir bagi penggal kedua berturut-turut di kerusi yang sama melalui Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau menerima saingan yang cukup kuat melibatkan pertandingan tiga penjuru. Keputusannya, beliau berjaya memperoleh undi sebanyak 26,825 (63.79%) manakala lawannya, Kang Beng Kuan (MCA) 9,620 (22.88%) dan Misran Samian (PAS) 5,185 (12.33%). Majoriti sebanyak 17,205. Melalui statistik keputusan PRU-14, beliau memperoleh bilangan majoriti tertinggi di dalam Dewan Negeri Johor dan dilantik sebagai Timbalan Speaker selepas Pakatan Harapan diberikan mandat penuh untuk membentuk kerajaan di negeri Johor.
Keputusan Pilihan rayaSunting
Tahun | Nama | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Gan Peck Cheng (DAP) | 6,137 | 22% | Chua Soi Lek (MCA) | 20,174 | 72% | 27,905 | 14,037 | 73.97% | ||
1999 | Gan Peck Cheng (DAP) | 7,349 | 25% | Chua Soi Lek (MCA) | 20,809 | 70% | 29,552 | 13,460 | 74.95% | ||
2004 | Gan Peck Cheng (DAP) | 6,247 | 26% | Koh Chee Chai (MCA) | 16,845 | 69% | 24,598 | 10,598 | 74.68% | ||
2008 | Gan Peck Cheng (DAP) | 12,186 | 45% | Koh Chee Chai (MCA) | 12,761 | 47% | 26,252 | 575 | 76.05% | ||
2013 | Gan Peck Cheng (DAP) | 24,277 | 61.60% | King Ban Siang (MCA) | 14,226 | 36.10% | 39,408 | 10,051 | 87.30% | ||
2018 | Gan Peck Cheng (DAP) | 26,825 | 63.79% | Kang Beng Kuan (MCA) | 9,620 | 22.88% | 42,050 | 17,205 | 84.52% | ||
Misran Samian (PAS) | 5,185 | 12.33% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Datuk Seri Ong Ka Ting (MCA) | 24,362 | 62% | Gan Peck Cheng (DAP) | 14,978 | 38% | 41,637 | 9,384 | 75.06% |
AnugerahSunting
RujukanSunting
- ^ BORHAN AHMAD (28 October 2015). "DAP pilih Gan Peck Cheng ketua pembangkang Johor yang baru". Malaysia Dateline]. Dicapai pada 18 May 2016. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.