V. Ganabatirau

(Dilencongkan dari Ganabatirau Veraman)

Yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman (Tamil: கணபதிராவ் வேராமன், rumi: Kaṇapatirāv Vērāmaṉ) ialah ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Amirudin Shari sejak Mei 2013 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) Selangor bagi Kota Kemuning sejak Mei 2018 dan Kota Alam Shah dari Mei 2013 hingga Mei 2018. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti komponen parti pemerintah negeri tetapi pembangkang persekutuan PH. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP sejak Mac 2022 dan juga Naib Pengerusi DAP Negeri Selangor..[1]

Yang Berhormat Tuan

Ganabatirau a/l Veraman
EXCO Pembangunan Sosioekonomi, Kebajikan Masyarakat, Pemberdayaan Pekerja dan Hal Ehwal Selain Islam Selangor
Memegang jawatan
2018
Menteri BesarAmirudin Shari
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Klang, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehCharles Anthony Santiago
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Kota Kemuning
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehKonstituensi baharu
Kawasan pilihan rayaN50 Kota Kemuning, Selangor
Butiran peribadi
Lahir (1973-06-06) 6 Jun 1973 (umur 51)
Teluk Intan, Perak, Malaysia
Parti politik PH-DAP
PekerjaanExco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Socio Ekonomi, dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang

Kerjaya

sunting

Beliau juga bekas tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia. Beliau menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Begeri Malaysia (ISA) setelah terlibat dalam perhimpunan tanpa permit yang dianjurkan oleh Hindraf di depan kuil Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 November 2007. Beliau merupakan peguam bagi ahli-ahli Hindraf yang ditangkap oleh polis Malaysia. Hindraf memperjuangkan nasib kaum India yang daif dan miskin di ladang-ladang di Malaysia. Beliau dibebaskan pada hari Ahad, 5 April 2009 selepas oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 13 tahanan ISA yang lain turut dibebaskan.[2]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Selangor[3][4]
Tahun kawasan pilihan raya Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2013 Kota Alam Shah Ganabatirau Veraman (DAP) 18,971 76.37% Maglin Dennis D'Cruz (PPP) 5,602 22.55% 25,227 13,369 85.60%
Loo Hok Chai (BEBAS) 186 0.75%
Pannerselvam G. Letchumanan (BEBAS) 82 0.33%
2018 Kota Kemuning Ganabatirau Veraman (DAP) 28,617 70.63% Burhan Adnan (PAS) 6,978 17.22% 43,369 21,639 92.71%
Tiew Hock Huat (Gerakan) 4,601 11.36%
Abdul Razak Ismail (PSM) 226 0.56%
Rajasekaran Soundarapandy (BEBAS) 93 0.23%
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2022 Klang Ganabatirau Veraman (DAP) % Loo Cheng Wee (WARISAN) % %

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://dewan.selangor.gov.my/adun/profile/77
  2. ^ "13 tahanan ISA dibebaskan esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-05. Dicapai pada 2009-04-05.
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.