Gang Starz (musim 1)

Gang Starz merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian secara berkumpulan yang terbaik dari negara-negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama kali ini. Disiarkan sebanyak 19 episod bermula pada 11 Februari 2007, pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.

Gang Starz
Musim 1
Dihoskan olehFaizal Tahir
Putri Andreanna
JuriArab
Vernon Kerdit
Maple Loo
Bil. peserta14
JuaraIndonesia The Lima
Tempat finalStadium Melawati, Shah Alam
Negara asal Malaysia
 Indonesia
 Singapura
Bil. episod19
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran11 Februari –
17 Jun 2007
Kronologi musim
Seterusnya →
Musim 2

Format rancangan sunting

Gang Starz adalah merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian berkumpulan yang disertai oleh tiga buah negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama, dan diikuti dua lagi negara iaitu Filipina dan Thailand pada musim kedua. Program ini memberikan ganjaran wang tunai sebanyak USD 100,000 (RM350,000) kepada juaranya.

Persembahan sunting

Kesemua kumpulan ini akan bertanding setiap minggu dihadapan barisan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan dikomen oleh barisan juri tersebut.

Format undian & permarkahan sunting

Pertandingan ini menggunakan sistem permarkahan daripada juri iaitu sebanyak 50%, manakala 50% lagi adalah hasil undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap kali konsert mingguan berlangsung. Kumpulan yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.

Senarai peserta sunting

Kumpulan Negara Asal

Ringkasan konsert sunting

Hadiah sunting

Juara
  • Wang tunai AS$ 100,000.00 (RM350,000.00)
  • Trofi Gangstarz

Rujukan sunting