Gang Starz (musim 2)
Gang Starz merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian secara berkumpulan yang terbaik dari negara-negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sejak musim pertama pada 2007, dan kemudian diikuti oleh negara Filipina dan Thailand pada musim kedua. Disiarkan sebanyak 18 episod bermula pada 24 April 2008, pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.
Gang Starz | |
---|---|
Musim 2 | |
Dihoskan oleh | Faizal Tahir Fara Fauzana |
Juri | Ajai Sheikh Haikel |
Bil. peserta | 12 |
Juara | ![]() |
Tempat final | Stadium Melawati, Shah Alam |
Negara asal | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bil. episod | 18 |
Keluaran | |
Rangkaian | TV3 |
Tarikh siaran | 27 April – 24 Ogos 2008 |
Kronologi musim |
Format rancangan sunting
Gang Starz adalah merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian berkumpulan yang disertai oleh tiga buah negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama, dan diikuti dua lagi negara iaitu Filipina dan Thailand pada musim kedua. Program ini memberikan ganjaran wang tunai sebanyak USD 100,000 (RM350,000) kepada juaranya.
Persembahan sunting
Kesemua kumpulan ini akan bertanding setiap minggu dihadapan barisan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan dikomen oleh barisan juri tersebut.
Format undian & permarkahan sunting
Pertandingan ini menggunakan sistem permarkahan daripada juri iaitu sebanyak 50%, manakala 50% lagi adalah hasil undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap kali konsert mingguan berlangsung. Kumpulan yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.
Senarai peserta sunting
Kumpulan | Negara Asal |
---|
Malaysia sunting
- Akasia
- One Nation Emcees
- South Trio
Indonesia sunting
- D'Raz
- 3 Voices
- D'Reborn
Singapura sunting
- Faith
- Brown Tone
Filipina sunting
- Paragon Child
- Step
- 3.5
Thailand sunting
- PZG
Ringkasan konsert sunting
Hadiah sunting
Juara:
- Wang tunai USD 100,000 (RM350,000)
- Trofi Gang Starz
- Kontrak rakaman