Gangguan Keruntuhan Koloni (CCD)

Gangguan keruntuhan koloni (colony collapse disorderCCD) ialah fenomena yang berlaku apabila majoriti lebah pekerja di koloni hilang atau sesat dan meninggalkan seekor ratu, banyak makanan dan hanya seberapa lebah pengasuh untuk menyuap lebah yang belum matang. Walaupun kehilangan sedemikian pernah berlaku dalam sejarah pemeliharaan lebah, dan dikenali dengan pelbagai nama (penyakit menghilang, kerosotan musim bunga, penyakit bulan Mei, kejatuhan musim luruh, dan penyakit pengurangan musim luruh),[1] sindrom ini dinama semula sebagai colony collapse diorder pada tahun 2006[2] bersempena dengan peningkatan besar dalam kehilangan lebah Eropah (Apis mellifera) di Amerika Utara.[3] Pemelihara lebah di Eropah menjumpai fenomena serupa di Belgium, Perancis, Belanda, Greece, Itali, Portugal, dan Sepanyol,[4] Switzerland dan Jerman, walaupun pada tahap yang lebih rendah,[5] dan Dewan Undangan Ireland Utara menerima laporan penurunan sebanyak lebih daripada 50%.[6]

Lebah madu di pintu masuk sarang: Satu sedang mendarat dan satu lagi mengipas sarang.

Gangguan keruntuhan koloni menyebabkan kerugian ekonomi yang besar kerana pelbagai jenis tanaman pertanian di seluruh dunia didebungakan oleh lebah madu Eropah. Menurut Jabatan Perlindungan Pertanian dan Pengguna oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, nilai tanaman global dengan pendebungaan lebah madu dianggarkan hampir $200 bilion pada tahun 2005.[7] Kekurangan lebah di AS telah meningkatkan kos kepada petani yang menyewa lebah untuk perkhidmatan pendebungaan sebanyak 20%.[8]

Dalam enam tahun menjelang 2013, lebih daripada 10 juta sarang lebah telah mati, akibat CCD, hampir dua kali ganda kadar kerugian biasa. Untuk memahami perspektif ini, menurut data PMP PBB, stok sarang lebah dunia meningkat dari ~50 juta pada tahun 1961 kepada ~83 juta pada tahun 2014, iaitu kira-kira 1.3% peningkaatan tahunan purata. Purata pertumbuhan tahunan telah meningkat kepada 1.9% sejak tahun 2009.

Beberapa penyebab CCD telah dicadangkan, tetapi tiada satu cadangan mendapat penerimaan meluas di kalangan komuniti saintifik. Sebab-sebab yang dicadangkan termasuklah: jangkitan dengan hama Varroa dan Acarapis; malnutrisi; pelbagai patogen; faktor genetik; imunodefisiensi; kemusnahan habitat; amalan pemeliharaan lebah yang berubah; atau apa-apa gabungan faktor-faktor.[9] Banyak spekulasi telah menyalahkan sejenis keluarga racun perosak yang digelar neonicotinoid kerana menyebabkan CCD.

Sejarah sunting

 
Lebah madu pada bunga Camassia.

Hanya beberapa kejadian yang menyerupai CCD telah didokumenkan seawal tahun 1869[10][11] dan simptom ini telah, dalam beberapa dekad yang lalu, diberi banyak nama yang berbeza (penyakit menghilang, pengurangan musim semi, penyakit bulan Mei, kejatuhan musim luruh, dan penyakit berkurangan). Paling baru-baru ini, fenomena yang sama pada musim sejuk tahun 2004/2005 berlaku, dan dikaitkan kepada hama varroa, namun ini tidak pernah disahkan. Penyebab kemunculan sindrom ini tidak pernah ditentukan. Apabila sindrom ini diiktiraf tidak datang dengan musim, dan ia mungkin bukanlah "penyakit" dalam fahaman biasa—bahawa mungkin penyebab tertentu tidak hadir—sindrom ini dinamakan semula.

Rujukan sunting

  1. ^ Oldroyd, Benjamin P. (2007). "What's Killing American Honey Bees?". PLoS Biology. 5 (6): e168. doi:10.1371/journal.pbio.0050168. PMC 1892840. PMID 17564497.
  2. ^ Dennis vanEngelsdorp; Diana Cox-Foster; Maryann Frazier; Nancy Ostiguy; Jerry Hayes (5 January 2006). "Colony Collapse Disorder Preliminary Report" (PDF). Mid-Atlantic Apiculture Research and Extension Consortium (MAAREC) – CCD Working Group. m/s. 22. Dicapai pada 2007-04-24.
  3. ^ "Honey Bee Die-Off Alarms Beekeepers, Crop Growers and Researchers". Pennsylvania State University College of Agricultural Sciences. 29 January 2007.
  4. ^ Dupont, Gaëlle (29 August 2007). "Les abeilles malades de l'homme". Le Monde (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2018-03-23.
  5. ^ Petra Steinberger (12 March 2007). "Das spurlose Sterben" (dalam bahasa German). sueddeutsche.de. Dicapai pada 2010-12-31.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  6. ^ "Minutes of Northern Ireland Assembly". Theyworkforyou.com. 8 June 2009. Dicapai pada 2010-06-22.
  7. ^ Spotlight: Protecting the pollinators Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . Fao.org. Retrieved on 2014-04-12.
  8. ^ Wines, Michael (28 March 2013). "Mystery Malady Kills More Bees, Heightening Worry on Farms". New York Times. Dicapai pada 31 March 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  9. ^ "Multiple causes for colony collapse – report". 3 News NZ. 3 May 2013.
  10. ^ Robyn M. Underwood; Dennis van Engelsdorp. "Colony Collapse Disorder: Have We Seen This Before?". The Pennsylvania State University, Department of Entomology. Dicapai pada 2010-05-02.
  11. ^ Benjamin Lester (7 March 2007). "Mystery of the dying bees". Cosmos Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)