Gangguan bekalan elektrik Sarawak 2008

Gangguan bekalan elektrik di Sarawak berlaku di seluruh bahagian di Sarawak pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008 mulai jam 6.45 malam, selama 3 jam. Tetapi bandar Bintulu dan Limbang yang berdekatan dengan Brunei tidak pula putus bekalan elektrik. Bandar yang terjejas teruk ialah Kuching, Miri, Sibu, Sri Aman, Sarikei dan Bau.

Bekalan elektrik disalurkan melalui talian grid utama dari Empangan Batang Ai yang terletak di Lubok Antu. Empangan ini merupakan janakuasa hidroelektrik utama di Satrawak kerana Empangan Bakun masih belum siap. 2 juta penduduk terjejas.

Bekalan elektrik di Sarawak dikendalikan oleh Sarawak Electricity Supply Corporation Berhad (Sesco). Danice Ipa selaku Ketua Pegawai Operasi Sesco berkata bekalan elektrik terputus akibat voltan berlebihan pada talian antara Sibu dan Bintulu.

Penduduk bandar panik seketika dari jam 6.45 hingga 7.30 apabila bekalan elektrrik kembali pulih secara berperingkat-peringkat. Selama ini Sarawak tidak pernah mengalami gangguan bekalan elektrik seperti ini. Penduduk yang panik telah membeli lilin dan lampu suluh dalam kuantiti yang banyak.[1]

Bagaimanapun operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di Kuching tidak terjejas kerana mempunyai janakuasa elektrik simpan sendiri.

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.