Gangguan seksual di Malaysia

Di Malaysia, gangguan seksual, seperti yang ditakrifkan oleh Akta Kerja 1955 Diarkibkan 2020-11-11 di Wayback Machine, adalah "apa-apa tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, gerak-geri atau secara fizikal, yang ditujukan terhadap seseorang yang adalah menjelik atau menghina atau adalah suatu ancaman kepada kesejahteraannya, berbangkit dari dan dalam menjalankan pekerjaannya ”. Akta ini tidak membezakan antara lelaki dan wanita, atau majikan dan pekerja. Oleh itu, gangguan seksual boleh dilakukan oleh wanita terhadap lelaki, atau pekerja terhadap majikan.

Kes gangguan seksual di tempat kerja atau salah laku majikan terhadap pekerja telah direkod seawal tahun 1939 di Tanah Melayu di bawah pemerintahan kolonial Inggeris, sebelum pembentukan Malaysia. [1] Pada tahun 1941, Kesatuan India Klang menganjurkan beberapa tindakan mogok kerja dan sebagai sebahagian daripada tuntutan mereka, mengecam pelecehan seksual terhadap pekerja wanita oleh orang Eropah dan 'orang Eropah Hitam' dan menuntut penghentian tingkah laku tersebut. [2] Pada tahun 1950, 106 wanita dan lelaki penoreh getah dari Estet Panavan Karupiah di Perak melakukan mogok menentang penganiayaan seksual. [1]

Prevalens gangguan seksual sunting

Walaupun gangguan seksual dialami oleh lelaki dan wanita, wanita lebih kerap menjadi mangsa, terutama dalam masyarakat dan tempat di mana "patriarki sangat tertanam sebagai nilai budaya, dan lelaki tidak melihat gangguan seksual sebagai satu kesalahan". [4] Ini selaras dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2013 hingga 2017, di mana daripada 1,218 kes kes gangguan seksual yang dilaporkan, 79 peratus melibatkan mangsa wanita manakala 21 peratus melibatkan mangsa lelaki. [3]

Pada tahun 1987, Bahagian Wanita di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membuat kajian pertama mengenai gangguan seksual di negara ini. Ia melaporkan bahawa antara 11 hingga 90 peratus responden wanita mengalami gangguan seksual di tempat kerja. [1] Namun, kajian ini mempunyai dua kelemahan utama, [5] dan hasil kajian tersebut dilihat sebagai "tidak meyakinkan dan tidak begitu berguna". [6]

Amat sedikit statistik rasmi yang dapat dirujuk mengenai gangguan seksual di Malaysia. [7] Bagi memahami situasi gangguan seksual dengan lebih jelas, tinjauan YouGov Omnibus telah dilancarkan pada tahun 2019. Tinjauan tersebut melibatkan 1,002 orang rakyat Malaysia, dan lebih satu pertiga atau 36 peratus wanita Malaysia mengalami gangguan seksual, berbanding satu dari enam (17 peratus) lelaki. Hanya separuh (53 peratus) daripada mangsa gangguan seksual telah melaporkan atau mengadu kepada seseorang tentang pengalaman mereka. [8] Bentuk gangguan seksual yang paling kerap dialami oleh wanita Malaysia adalah serangan seksual (59%), diikuti oleh komen lisan yang bersifat seksual (48%), tunjuk kemaluan (29%) dan gambar atau videografi seksual yang tidak diingini (20%). [7]

Gangguan seksual di tempat kerja sunting

Gangguan seksual di tempat kerja adalah satu masalah besar di Malaysia. [9] Prevalens gangguan seksual di Malaysia telah dikaji dalam pelbagai konteks; dalam perkhidmatan awam, [10][11][12] pelbagai tempat kerja awam dan swasta seperti hospital, [13] hotel, [14] perniagaan kecil dan sederhana, [15] serta pelbagai institusi pendidikan tinggi, [16] sama ada universiti awam [17][18] dan swasta. [19] Terdapat juga sub-kumpulan dalam populasi umum Malaysia yang lebih terdedah kepada gangguan seksual, seperti remaja, [20] pelarian, [21] pekerja perkeranian, [22] kakitangan di sektor perkhidmatan (hotel), pengamal sukan, [23][24] pekerja ladang wanita, [25] LGBT [26] dan pekerja asing. [27]

Gangguan seksual dalam talian sunting

Menurut tinjauan pada tahun 2017 yang dilakukan oleh PeopleACT, gangguan seksual dalam talian adalah jenis gangguan siber kedua tertinggi yang dialami oleh orang ramai di Malaysia. Dari 522 responden, 89 menyatakan bahawa mereka telah diganggu secara seksual dalam talian. Wanita mengalami gangguan seksual dalam talian dua kali ganda (20.9 peratus) berbanding lelaki (9.8 peratus). [28]

Pada tahun 2020, dengan penggunaan internet yang meningkat sebagai kesan sampingan dari pandemik COVID-19, All Women's Action Society Malaysia (AWAM) melaporkan banyak kejadian gangguan seksual dalam talian yang dilaporkan kepada mereka sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan. Kes gangguan seksual merangkumi 18.5 peratus panggilan melalui talian bantuan AWAM, dan dari kategori tersebut, gangguan seksual dalam talian menyumbang 41.7 peratus daripada kes ini. Oleh kerana semakin ramai orang menggunakan media dan komunikasi dalam talian akibat dari penjarakan sosial, ramai yang mengambil kesempatan ketanpanamaan dalam talian dan meluahkankan rasa tidak puas hati mereka melalui jenaka, komen dan dalam beberapa kes, gangguan seksual terhadap orang lain.[29]

Evolusi peruntukan undang-undang sunting

1985-1996: Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sunting

Aktivisme di sebalik isu gangguan seksual di Malaysia dilihat sebagai hasil gabungan usaha individu dan kolaborasi antara kesatuan sekerja wanita, NGO serta gabungan organisasi wanita di Malaysia. [30] Sejak tahun 1985, peningkatan kesedaran mengenai gangguan seksual dilakukan oleh Kumpulan Tindakan Bersama Menentang Keganasan Terhadap Wanita ( Bahasa Inggeris: Joint Action Group against Violence Against Women, JAG-VAW) melalui ceramah dan seminar kepada orang ramai, dan ini diperluas ke sekolah oleh AWAM dan Majlis Nasional Pertubuhan Wanita (NCWO). [31] Pada tahun 1988 Seksyen Wanita MTUC melancarkan kempen khusus untuk membanteras gangguan seksual di tempat kerja sebagai tindak balas kepada sejumlah aduan dari anggotanya. Pada tahun 1990-an, MTUC dan AWAM bergabung dalam kempen kesedaran yang menyasarkan semua lapisan masyarakat. Jelas terdapat keperluan membangkitkan kesedaran orang ramai kerana topik gangguan seksual dilihat sebagai tabu dan mangsa sering enggan untuk tampil ke hadapan. [30] Di samping itu, tampak wujudnya titik buta tentang gangguan seksual daripada pemimpin industri di Malaysia. Menurut Asian Executives Poll yang dijalankan oleh Far Eastern Economic Review pada bulan Julai 1996, dalam tinjauan yang melibatkan 10 negara di rantau ini, hampir 60 peratus eksekutif kanan Malaysia menjawab bahawa gangguan seksual bukanlah satu masalah di negara ini. [32]

Satu kes penting pada tahun 1996 mengubah nada wacana awam, ketika Mahkamah Perusahaan memberi award pertama yang berkaitan dengan gangguan seksual. Award Mahkamah Perusahaan No. 606 tahun 1996: Jennico Associates vs Lilian de Costa mendapat publisiti media yang besar ketika itu. Seorang pengarah operasi sebuah hotel meninggalkan pekerjaannya dan mendakwa pemecatan konstruktif berdasarkan kelakuan ketua pegawai eksekutif iaitu pegawai atasannya, telah dua kali mencium dan cuba menggodanya. Dia mendakwa apabila beliau tidak membalas gangguan tersebut, pegawai itu terus mengganggunya dengan mencari kesalahan di dalam pekerjaannya. Mahkamah Perusahaan mendapati bahawa; walaupun pekerja itu meletakkan jawatan, dia sebenarnya terpaksa melakukannya kerana tingkah laku majikannya, walaupun keputusan ini kemudian dibatalkan [33] oleh Mahkamah Tinggi. [34]

Liputan media dan kempen oleh pelbagai kumpulan wanita menekankan bahawa wanita di tempat kerja memerlukan lebih banyak perlindungan daripada yang diberikan kepada mereka, dan ini mendorong Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk bertindak. [34] Satu kejayaan dicapai ketika KSM mengumumkan niatnya untuk menyiapkan dan mengeluarkan kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. AWAM dan Seksyen Wanita MTUC dijemput untuk menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab untuk menyusun Kod tersebut. [30]

1999: Garis panduan untuk majikan sunting

Pada bulan Ogos 1999, KSM melancarkan Kod Amalan untuk Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja. [35] Tujuannya adalah untuk memberikan panduan kepada majikan mengenai pembentukan mekanisme dalaman di peringkat syarikat untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Menurut kod amalan tersebut, gangguan seksual ditakrifkan sebagai:

“Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal:

  1. yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; atau
  2. yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya."

Kod amalan telah menyenaraikan kategori tingkah laku di samping contoh untuk setiap kategori:[36]

Contoh tingkah laku yang dipandang sebagai gangguan seksual
Jenis gangguan Contoh tingkah laku yang tidak diingini
Lisan Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual
Isyarat / bukan lisan Pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan
Visual Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah
Psikologi Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan
Fizikal Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual

2000 hingga sekarang: Sambutan mengecewakan terhadap kod amalan sunting

Walaupun kod amalan ini merupakan langkah konkrit pertama untuk menghadapi masalah gangguan seksual, kod tersebut hanya wujud sebagai garis panduan dan tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang. Pada awal tahun 2005, Jabatan Tenaga Kerja menganggarkan bahawa dari 400,000 tempat kerja yang berdaftar, hanya 624 syarikat telah mewujudkan mekanisme dalaman untuk menangani gangguan seksual di tempat kerja. [34] Menjelang tahun 2010, kurang dari 0.1% syarikat berdaftar dan aktif telah menggunakan kod amalan ini. [37] Hasil daripada respons yang tidak memberansangkan, JAG-VAW,[38] mengesyorkan agar Undang-Undang Parlimen diwujudkan dengan tujuan menjadikan gangguan seksual sebagai suatu kesalahan di sisi undang-undang. Pada tahun 2001 mereka menyusun dan mengemukakan kepada KSM Rang Undang-Undang yang bertajuk RUU Gangguan Seksual 2001.[34]

Satu lagi kekurangan kod amalan tersebut adalah ia tidak membuka jalan untuk mangsa mengambil tindakan lanjut terhadap pesalah. Malangnya agak lazim untuk mangsa gangguan seksual kehilangan pekerjaan setelah membuat aduan. [39] Sekiranya mangsa diberhentikan kerja akibat daripada aduan gangguan seksual mereka, mereka hanya berhak membuat perwakilan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Industri 1967 untuk kes pemecatan yang tidak adil. [40]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c SUHAKAM (2010). Suhakam's Report on the Status of Women's Rights in Malaysia (PDF) (Laporan). Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Dicapai pada 2 November 2020.
  2. ^ Stenson, Michael (2019). "Class, Race & Colonialism in Peninsular Malaysia : A Political History of Malaysian Indians". SIRD & Pusat Sejarah Rakyat: 63–68. Dicapai pada 3 November 2020.
  3. ^ a b "Is Malaysia serious about sexual harassment?". The Asean Post. 9 August 2019. Dicapai pada 1 November 2020.
  4. ^ Jason Ong (24 August 2018). "Timely for Malaysia to have a Sexual Harassment Act". Malaysiakini. Dicapai pada 24 October 2020.
  5. ^ Borang soal selidik telah diedarkan kepada kakitangan wanita yang terdiri daripada kerani berpangkat rendah dan jurutaip yang bekerja di institusi separa kerajaan. Kaji selidik itu tidak mengambil kira protokol hierarki di tempat-tempat tersebut di mana setiap borang kaji selidik yang dikembalikan harus diluluskan oleh ketua jabatan atau bahagian, dan akhirnya hanya 40 peratus responden yang mengembalikan borang dari 1,000 salinan yang diedar. Satu lagi kelemahan adalah apabila borang soal selidik tidak menyenaraikan jenis-jenis gangguan seksual. Oleh itu, responden yang tidak yakin sama ada pengalaman mereka adalah gangguan seksual tidak dapat menjawab dengan sewajarnya.
  6. ^ Ramlan, Kristina (1996). "According to the Far Eastern Economic Review, July 4, 1996, Singaporean and Malaysian Executives state that sexual harassment is not a problem in their country. Is this true?" (PDF). Women in Action. 3: 4. Dicapai pada 5 March 2021.
  7. ^ a b "Over a third of Malaysian women have experienced sexual harassment". YouGov. 6 August 2019. Dicapai pada 6 November 2020.
  8. ^ "Over a third Malaysian women face sexual harassment". New Straits Times. 6 August 2019. Dicapai pada 1 November 2020.
  9. ^ Kaur, S. (2012). "The Necessity For A Sexual Harassment Act In Malaysia". IIUM Law Journal. 17 (2). doi:10.31436/iiumlj.v17i2.39. Dicapai pada 27 October 2020.
  10. ^ Yousof, J.M.; Siegel, G.B. (1994). "Factors that impede and facilitate management careers of women in the Malaysian civil service". Public Administration and Development. 14 (4): 395–404. doi:10.1002/pad.4230140405. Dicapai pada 27 October 2020.
  11. ^ Ali, A.; Jangga, R.; Bakar, S.Z.S.A; Basir, N.; Mohamad, S. (2017). "Level Of Awareness Among Johor Civil Servants Towards Sexual Harassment In The Workplace" (PDF). International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled. 2 (June): 44–51. Dicapai pada 27 October 2020.
  12. ^ Ahmad, N.A. (2006). Sexual Harassment and Coping Strategies among Malay Female Administrative and Diplomatic Officers (PDF) (PhD). Universiti Putra Malaysia. Dicapai pada 27 October 2020.
  13. ^ Suhaila, O.; Rampal, K.G. (2012). "Prevalence of sexual harassment and its associated factors among registered nurses working in government hospitals in Melaka State, Malaysia" (PDF). Med J Malaysia. 67 (5): 506–17. PMID 23770869. Dicapai pada 27 October 2020.
  14. ^ Ali, S.; Zakaria, Z.; Mohd Zahari, A.; Salleh, S. (2015). "The Effects of Sexual Harassment in Workplace: Experience of Employees in Hospitality Industry in Terengganu, Malaysia". Mediterranean Journal of Social Sciences. 6 (4): 689. doi:10.5901/mjss.2015.v6n4s2p689. Dicapai pada 23 October 2020.
  15. ^ Laxman, L.; Md Som, H.; Mohammed, PM; Heng, L.H. (2003). "A Study on Sexual Harassment in Small & Medium Enterprises of Malaysia" (PDF). Malaysia: ILO. Dicapai pada 27 October 2020.
  16. ^ Mohamed, A. A.; Baig, F. B. S.; Trakic, A.; Mallow, M. S.; Surajudeen, A.T. (2015). "Sexual harassment in Malaysian educational institutions: Causes and solutions" (PDF). International e-Journal of Advances in Social Sciences. 1 (1): 17–26. Dicapai pada 27 October 2020.
  17. ^ Endut, N.; Oon, S.W.; Teng, L.W.; Azmi, Z.; Ali, S.H.; Hashim, R. (2011). "Understanding and Experiences of Sexual Harassment amongst University Students: A Case Study of Undergraduates in Universiti Sains Malaysia" (PDF). International Proceedings of Economics Development and Research. 20: 7–11. Dicapai pada 27 October 2020.
  18. ^ Nong, S.N.A.S; Bidin, A.; Mohamad, A.; Harun, N.; Pauzai, N.A. (2013). "Sexual Harrassment [sic] Amongst Undergraduate Students At A Public University In The East Coast Of Peninsular Malaysia, Malaysia" (PDF). International Journal of Education and Research. 1 (7). Dicapai pada 27 October 2020.
  19. ^ Yadav, H.; Jegasothy, R.; Ramakrishnappa, S.; Mohanraj, J.; Senan, P. (2019). "Unethical behavior and professionalism among medical students in a private medical university in Malaysia". BMC Medical Education. 19 (1): 218. doi:10.1186/s12909-019-1662-3. PMC 6582586. PMID 31215454. Dicapai pada 27 October 2020.
  20. ^ Choo, W.Y.; Dunne, M.P.; Marret, M.J.; Fleming, M.; Wong, Y.L. (2011). "Victimization experiences of adolescents in Malaysia". Journal of Adolescent Health. 49 (6): 627–634. doi:10.1016/j.jadohealth.2011.04.020. PMID 22098774. Dicapai pada 27 October 2020.
  21. ^ Buscher, D.; Heller, L. (2010). "Desperate lives: urban refugee women in Malaysia and Egypt" (PDF). Forced Migration Review. 34 (20). Dicapai pada 27 October 2020.
  22. ^ Rahim, R.A. (2005). Sexual harassment of women clerical workers in the workplace (PDF) (PhD). Universiti Putra Malaysia. Dicapai pada 27 October 2020.
  23. ^ Fathynah, S.S. Syarifah; Syahirah, S.S. Sharifah; Faizal, L. Mohamad (2017). "Prevalence of Sexual Harassment in Sports: Malaysian Athletes Experience" (PDF). Proceedings of the ISER 53rd Conference, London, UK: 10–14. Dicapai pada 27 October 2020.
  24. ^ SS, S.F.; SS, S.S. (2015). "The occurrence of sexual harassment among sports practitioners in Bukit Jalil, Kuala Lumpur". Procedia - Social and Behavioral Sciences. 211: 917–923. doi:10.1016/j.sbspro.2015.11.121. Dicapai pada 30 October 2020.
  25. ^ "Rape, abuse in palm oil fields supplying beauty brands like L'Oréal, Unilever, Avon". South China Morning Post. 19 November 2020. Dicapai pada 27 November 2020.
  26. ^ Mallow, M.S.; Peng, Y.S (2019). "LGBT And The Issue Of Sexual Harassment In Malaysia". Perdana: International Journal of Academic Research. 6 (2): 82–91. Dicapai pada 27 October 2020.
  27. ^ Arief, H. H. (2017). "Sexual Harassment: Legal Protection Againts Workers in Malaysia". Al-Adl: Jurnal Hukum. 9 (1): 135–142. Dicapai pada 27 October 2020.
  28. ^ "Issues Paper on Cyber-Harassment, Cyber Violence and Other Harmful Cyber Behaviour" (PDF). loyarburok.com/. Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR). Dicapai pada 18 November 2020.
  29. ^ "More online sexual harassment during movement control order". aliran.com/. ALIRAN. 6 June 2020. Dicapai pada 17 November 2020.
  30. ^ a b c Crinis, V. (2008). "Malaysia: Women, labour activism and unions". ERA (2010): 50–65. doi:10.4324/9780203938225.ch4. Dicapai pada 5 March 2021.
  31. ^ Yeoh, Betty (23 July 2018). "Will We Finally See A Shift On Sexual Harassment Issues In Malaysia?". Leaderonomics. Dicapai pada 5 March 2021.
  32. ^ Wirth, Linda (2001). Breaking through the glass ceiling: Women in Management. Geneva: ILO. ISBN 92-2-110845-7.
  33. ^ "Ex-hotel executive loses court appeal". The Star. 12 April 2003. Dicapai pada 3 April 2021.
  34. ^ a b c d Aminuddin, M (2009). "Employment relations in Malaysia: Past, present and future" (PDF). New Zealand Journal of Asian Studies. 11 (1): 304–317. Dicapai pada 6 March 2021.
  35. ^ MOHR Malaysia (1999). Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace (PDF) (Laporan). Ministry of Human Resources (Malaysia). Dicapai pada 4 November 2020.
  36. ^ "Kod Amalan untuk Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja" (PDF). Women's Centre for Change. Kementerian Sumber dan Manusia. Dicapai pada 29 April 2021.
  37. ^ Phang, Jasmine (15 April 2019). "Laying (quite) bare the legalities of sexual harassment". Centre for Public Policy Studies. Dicapai pada 18 November 2020.
  38. ^ Gabungan ini terdiri dari Women’s Crisis Centre, Penang, the Women’s Development Centre, the Women’s Aid Organization, All Women’s Action Society, Sisters in Islam, Seksyen Wanita MTUC, Persatuan Sahabat Wanita, Selangor dan Women’s Candidacy Initiative.
  39. ^ Samad, S. (2013). "Sexual Harassment at Workplace: An Analysis of the Selected Dismissal Cases in Malaysian Companies" (PDF). Australian Journal of Basic and Applied Sciences. 7 (13): 164–171. Dicapai pada 27 October 2020.
  40. ^ Ong, Joanne (26 January 2005). "Sexual Harassment in the Workplace". Donovan and Ho. Dicapai pada 27 October 2020.

Pautan luar sunting