Gangster (filem 2015)

filem Indonesia

Gangster adalah filem aksi dari Indonesia yang dirilis pada tahun 2015. Filem yang diarahkan oleh Fajar Nugros ini dibintangi oleh Yayan Ruhian, Hamish Daud, Dian Sastrowardoyo, Agus Kuncoro, Dede Yusuf dan ramai lagi.

Gangster
Poster Filem
PengarahFajar Nugros
PenulisJujur Prananto
DibintangiYayan Ruhian
Hamish Daud
Dian Sastrowardoyo
Agus Kuncoro
Dede Yusuf
Andrea Dian
Nina Kozok
Lukman Sardi
Kelly Tandiomo
Eriska Rein
Syarikat
penerbitan
Starvision Plus
Tarikh tayangan
27 Ogos 2015
Masa tayangan
96 Minit
NegaraIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Pelakon sunting

  1. Hamish Daud Sebagai Jamroni
  2. Eriska Rein Sebagai Sari
  3. Gunawan Maryanto Sebagai Tohari
  4. Nina Kozok Sebagai Retta
  5. Agus Kuncoro Sebagai Hastomo
  6. Dwi Sasono Sebagai Amsar
  7. Ganindra Bimo Sebagai Sueb
  8. Dominique Sando Sebagai Astuti
  9. Kelly Tandiono Sebagai Hanna
  10. Yayan Ruhian Sebagai Bang Jangkung
  11. Dian Sastrowardoyo Sebagai Kekasih Baru Bang Jangkung

Sinopsis sunting

Gangster mengisahkan tentang Jamroni (Hamish Daud) ialah seorang pencuri di kampung pasar sapi di desa lembang gunumg merapi di Jogjakarta. Menjadi pencuri adalah kenyataan hidup yang tidak dipilihnya. Sejak kecil lagi ia ingin menjaga Sari (Eriska Rein) dan suatu hari nanti ingin hidup bersamanya. Biarpun dilayan secara kasar oleh ibubapa Sari, tapi senyuman Sari selalu menjadi pembakar semangatnya. Kandang kambing menjadi tempatnya belajar silat. Mimpi Jamroni hilang ketika Sari dibawa oleh ibubapanya ke Jakarta.


Pada ketika ini kakak Kadir dirompak dan beruntunglah ketika itu ada Jamroni. Setelah itu Jamroni mendapat berita bahawa ayahnya Tohari sedang sakit teruk. Sebelum balik, Tohari menceritakan segalanya kepada Jamroni bahawa dia bukan anak kandungnya. Selain itu Jamroni juga diberi sepucuk surat daripada Sari yang disimpan oleh Tohari.


Babak dalam filem Gangster berlarutan akhirnya Jamroni memutuskan untuk pergi ke Jakarta untuk mencari Sari dan ibubapa kandungnya yang mungkin masih hidup. Di tengah perjalanannya ia harus menghadapi sekumpulan ormas dan harus bergantung pada kap kereta Retta (Nina Kozok) yang juga sedang melarikan diri. Perkenalan mereka yang tak diduga.


Sikap Jamroni yang berani tapi bodoh membuatkan Retta memerlukannya. Setiap kali Jamroni selalu berjaya menyelamatkan Retta dari perompak Kumpulan Ormas. Retta semakin ingin tahun dengan sosok Jamroni dan dia menjelaskan alasan yang kabur. Ayahnya Hastomo (Agus Kuncoro) telah melakukan perjanjian dengan Amsar (Dwi Sasuno) dan mahu menjodohkan adiknya dengan Retta.


Amsar beranggap Hastomo mempermainkannya dengan cara menundakan pertemuan Retta dengan adiknya. Amsar ketua ormas yang berpengaruh di jakarta, menyuruh anak buahnya untuk menangkap Retta dan Jamroni. Retta dan Jamroni semakin tersepit ketika Jamroni menghadapi seorang pembunuh berdarah dingin iaitu Sueb (Gonindra Bimo).


Akhirnya Retta memutuskan untuk balik dan memperkenalkan Jamroni sebagai calon suaminya setelah mengubah seorang pencuri kampung jadi Ronny, pemuda kacak ibukota. Hartomo yang risau dengan keadaan Astuti isterinya yang sakit, akhirnya mengizinkan Retta bertunang dengan Jamroni. Berita tersebyt sampai kepada Amsar. Ia menuduh Hastomo relah melanggar perjanjian antara mereka. Amsar menyuruh anak buahnya menyerbu rumah Hastomo. Hanna (Kelly Tandiono) anak buah kanan Amsar disuruh memanggil Bang Jangkung (Yayan Ruhian) seorang pembunuh yang dibayar Amsar yang paling hebat. Hanna bekas kekasih Bang Jangkung harus berhadapan dengan kekasih baru bang Jangkung (Dian Sastrowardoyo).


Di akhir filem ini, Jamroni mula sedar bahawa dia telah digunakan oleh Retta. Ia mula berfikir apakah dia betul-betul mencintai Retta dan melupakan Sari?. Puncaknya Jamroni mesti berlawan dengan Bang Jangkung.

Pautan Luar sunting