Gangsterock Kasi Sengat
Gangsterock Kasi Sengat merupakan sebuah filem aksi komedi muzikal Malaysia 2015 arahan sulung pelakon Soffi Jikan yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan penulis skrip. Filem ini ditayangkan pada 18 Julai 2015.[1]
Gangsterock Kasi Sengat | |
---|---|
Pengarah | Soffi Jikan |
Penerbit | Yusof Kelana Serina Redzuawan (eksekutif) |
Penulis | Soffi Jikan |
Dibintangi oleh | |
Syarikat penerbitan | YKS Filmmakers Sdn. Bhd. |
Mula ditayangkan | 18 Julai 2015 |
Tempoh tayangan | 93 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
PlotSunting
Shake (Soffi Jikan), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua Rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers. Shake mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo (Apek ) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah Rockers bersatu?
PelakonSunting
- Soffi Jikan sebagai Shake
- Saiful Apek sebagai Bromo
- Izara Aishah sebagai Maya
- Shafie Naswip sebagai Ringgo
- Sharifah Amani sebagai Nian
- Khir Rahman
- Aqasha sebagai Rude
- Harun Salim Bachik sebagai Zuan
- Fauziah Nawi sebagai Mak Shake
- Mr. Os sebagai Pemandu Teksi
- Wan Hanafi Su sebagai Ayah Rude
- Ellie Suriati sebagai Mak Shake (muda)
- Namron sebagai Dino
- Benjy sebagai Rahim
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Taukey Konsert
- Amyza Aznan
Penampilan khasSunting
PenerbitanSunting
Gangsterock Kasi Sengat diarahkan oleh Soffi Jikan di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Beliau turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Serina Redzuawan dan penulis lakon layar. Yusof Kelana bertindak sebagai penerbit.
Keluaran dan sambutanSunting
Gangsterock Kasi Sengat dikeluarkan pada 18 Julai 2015, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.