Gantz (Jepun: ガンツ, Hepburn: Gantsu) merupakan manga dan siri anime oleh Hiroya Oku. Gantz menceritakan kisah seorang remaja bernama Kei Kurono yang mati dilanggar kereta api dan dimasukkan ke dalam sebuah "permainan" di mana dia dan beberapa orang yang baru meninggal dunia dipaksa mencari dan membunuh makhluk asing. Siri anime dan manga Gantz mempunyai pembahagian cerita yang berbeza. Namun begitu, jalan ceritanya dari awal hinggalah ke babak kuil agak sama dan perbezaannya tidaklah begitu ketara.

Gantz
Set DVD 1
GenreMisteri
Seram
Aksi
Drama
Portal Anime dan Manga

Siri anime Gantz yang telahpun habis ditayangkan terbahagi kepada dua bahagian; bahagian pertama yang digelar "The First Stage" berhenti di episod 13, dan 13 episod yang seterusnya digelar "The Second Stage", yang ditayangkan sejurus selepas tamatnya 13 episod pertama. Manga Gantz pula disiarkan di majalah Weekly Young Jump, sebuah majalah hiburan Jepun. Sehingga kini, siri manga Gantz masih diteruskan terbitannya.

Pada 24 November, 2009, telah diumumkan bahawa dua buah filem lakonan langsung siri Gantz sedang diusahakan. Kedua-dua filem ini akan dibintangi oleh Kazunari Ninomiya dan Ken'ichi Matsuyama, dan diarahkan oleh Shinsuke Sato. Filemnya dijangkakan keluar musim bunga dan sejuk tahun 2011.[1]

Plot sunting

Kisah Gantz bermula dengan kematian dua orang pelajar sekolah menengah (Kei Kurono dan Masaru Kato) apabila mereka dilanggar sebuah kereta api selepas menolong seorang pengemis yang terjatuh di atas trek kereta api itu. Apabila mereka menyedari akan kejadian tersebut, mereka telahpun terselamat dan "dihantar" ke sebuah kondominium di Tokyo, di mana mereka dikurung dan jalan keluar tidak kelihatan bersama beberapa orang yang baru meninggal dunia berkumpul di situ. Di suatu sudut di bilik tersebut terdapat sebuah bola hitam berbentuk sfera dikenali sebagai "Gantz" oleh mereka di bilik itu pada suatu masa nanti. Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagu akan dimainkan oleh bola hitam tersebut. Bola hitam itu akan terbuka di sebelah kiri dan kanannya; di dalam terdapat beberapa jenis senjata-senjata dan baju khas moden yang disimpan di dalam sebuah kotak untuk setiap orang yang berkumpul di dalam bilik misteri itu. Teks dan informasi pula akan dipaparkan di atas bola hitam Gantz, menunjukkan sasaran dan info-info yang berkait rapat tentang objektif misi malam itu; akhir sekali setiap daripada mereka yang berada di dalam bilik itu akan dihantar "keluar" untuk memulakan permainan Gantz dan menghabiskan misi mereka.

Banyak yang masih belum diketahui tentang bilik itu. Dinding dan kawasan disekitarnya tidak boleh disentuh, dengan ini mereka yang dikurung di situ tidak boleh berinteraksi dengan dunia luar ataupun melarikan diri. Pintu hadapannya hanya akan dibuka dengan syarat misi yang diberikan pada suatu malam itu dihabiskan para pemain. Menurut manga Gantz, terdapat bilik-bilik yang menyerupai bilik ini di Jerman, Amerika Syarikat dan Israel.

Selain daripada bola dan senjata yang terdapat di dalam bilik tersebut, jika dilihat kedalam bola itu, terdapat seorang tua yang kelihatan bergantung kepada sebuah mesin perubatan. Identiti mahupun nama lelaki ini tidak dapat dikenalpasti, dan sepanjang permainan itu berlangsung, lelaki tersebut tidak sedikitpun memberi respons ataupun kelihatan bertanggungjawab ke atas segala yang berlaku.

Peraturan permainan sunting

Gantz memaksa para pemain untuk memburu dan membunuh makhluk asing yang hidup secara rahsia di sekitar Jepun. Untuk membantu misi mereka, alat radar, senjata dan baju khas dibekalkan. Mereka yang terlibat mempunyai sebuah bom mini yang ditanam di dalam kepala mereka. Ini adalah supaya mereka tidak keluar daripada kawasan yang dibenarkan, iaitu kira-kira satu kilometer persegi. Jika para pemain keluar daripada kawasan ini atau memberi sebarang maklumat tentang kewujudan Gantz, bom mini tersebut akan meletup. Ini hanyalah berkesan jika sesorang itu bekata-berkata secara lisan.

Jika para pemain berjaya menghabiskan misi yang diberikan, mereka akan kembali ke bilik Gantz dengan keadaan serba pulih dan baik (walaupun mereka nyawa-nyawa ikan ataupun kehilangan tangan dan/atau kaki). Mereka yang mati atau terbunuh di dalam misi tidak akan kembali ke bilik Gantz. Sejurus selepas semua mereka yang terselamat kembali ke bilik itu, Gantz akan mula mengira mata yang dikumpulkan para pemain berdasarkan jumlah musuh yang berjaya dibunuh dan kemudian membebaskan mereka. Pintu yang sebelum ini tidak boleh disentuh akan terbuka dan mereka dibenarkan pulang untuk masa yang singkat sahaja. Gantz akan memanggil mereka kembali ke biliknya selang beberapa hari kemudian.

Para pemain yang berjaya mengumpul mata sebanyak 100 atau lebih diberikan tiga pilihan yang berikut, di mana mereka perlu memilih satu daripadanya:

  1. Dibebaskan dan memori mereka akan kewujudan Gantz dan permainan ini dihapuskan.
  2. Diberikan sebuah senjata yang hebat.
  3. Bangkitkan salah seorang pemain Gantz yang telah terkorban.

Watak-watak Utama sunting

Berikut adalah watak-watak utama yang ditonjolkan dalam siri Gantz. Sila ingat bahawa informasi yang diberikan tidak tertakluk kepada siri animenya sahaja, tetapi secara keseluruhannya, termasuklah siri manganya juga.

 
Kei Kuruno

Kei Kurono (Jepun: 玄野 計, Hepburn: Kurono Kei) merupakan watak utama dalam siri Gantz. Dia adalah seorang pelajar sekolah menengah dan secara keseluruhannya merupakan seorang pelajar yang berfikiran negatif, kotor dan tidak berbudi bahasa. Kurono mati dilanggar kereta api bersama-sama dengan rakan lamanya, Katou. Dia menjadi idola rakannya semasa mereka masih kecil dahulu sehinggalah sekarang. Kurono dipandang tinggi oleh pemain-pemain Gantz yang lain kerana keberanian yang ditonjolkannya pada misi-misi yang mereka hadapi. Salah satu niat Kurono yang terpendam adalah untuk mendapatkan Kishimoto ataupun menunjuk-nunjuk akan kehebatannya kerana dia ada hati terhadap Kishimoto. Selepas kematian Katou, Kurono berasa terhutang budi atas pertolongan rakannya itu dan dia pula mula memandang tinggi terhadap Katou. Dalam siri manga Gantz, Kurono berjaya mengumpul 100 mata dan diberi peluang untuk dilepaskan daripada permainan Gantz. Memorinya dilupuskan dan dia kembali hidup seperti biasa. Namun begitu, kehidupannya dibelenggu keresahan akibat perkara-perkara yang tidak dapat diingatinya. Kurono kemudiannya diburu oleh sekumpulan pontianak yang sentiasa memburu pemain-pemain Gantz. Kuruno sempat membunuh hampir kesemua ahli-ahli pontianak tersebut, tetapi akhirnya mati dibunuh salah seorang ketua mereka.

 
Masaru Katou

Masaru Kato (Jepun: 加藤 勝, Hepburn: Katō Masaru) merupakan salah seorang pelajar sekolah menengah dan rakan lama Kurono, dan seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat dan kualiti seorang pemimpin yang mulia. Dia sentiasa berniat untuk membantu yang lain dan berbuat baik. Dia dihantar ke bilik Gantz selepas dilanggar kereta api bersama-sama Kurono selepas pecubaan mereka menyelamatkan seorang pengemis yang jatuh ke atas trek. Pada awal siri Gantz, Katou menjadi seorang pemimpin yang tekun membantu dan memberi arahan terhadap mereka yang masih tidak mengetahui akan permainan Gantz. Pada misi kumpulan Gantz yang ketiga, Katou segera cuba membantu Kurono yang tinggal nyawa-nyawa ikan selepas kehilangan darah akibat tangan dan kakinya yang telah dipotong. Dia hampir berjaya menyelamatkan kawannya selepas mengalahkan makhluk asing yang terakhir pada misi malam tersebut, namun sempat dibunuh lawannya sebelum mereka dihantar pulang ke bilik Gantz. Selang beberapa bulan kemudian, Katou dihidupkan semula oleh salah seorang pemain Gantz di atas permintaan Kurono. Mereka berjumpa kembali untuk beberapa ketika, kemudian Kurono dihantar keluar oleh Gantz apabila dia memilih untuk keluar daripada permainan tersebut. Dalam siri manga Gantz, pada bab-bab yang berikutnya, Katou berhasrat untuk menghidupkan rakannya itu kembali selepas Kurono dibunuh oleh pontianak-pontianak yang baru-baru itu muncul.

 
Kei Kishimoto

Kei Kishimoto (Jepun: 岸本恵, Hepburn: Kishimoto Kei) merupakan salah seorang daripada mereka yang mati pada malam yang sama dengan Kurono dan Katou selepas menghiris pergelangan tangannya, percubaan untuk membunuh diri semasa mandi. Apabila Kishimoto dihantar oleh Gantz ke bilik itu, dia dihantar tanpa pakaian dan berbaring di atas pangkuan Kurono, berbogel. Kishimoto menaruh perasaan terhadap Katou, walaupun Kurono telah berkali-kali cuba untuk merampasnya daripada Katou. Namun begitu, Katou tidak menyedari akan perasaan Kishimoto, sehinggalah pada misi mereka yang terakhir di mana Katou diselamatkan Kishimoto selepas dia mengorbankan dirinya menyelamatkan diri Katou. Dalam realitinya, Kishimoto berjaya diselamatkan di dunia benar, dan ini telah memaksa kewujudan dua orang Kishimoto yang berbeza, walaupun mereka pada asalnya wujud sebagai manusia yang sama. Ini merupakan salah satu kesalahan Gantz sendiri yang cuba "meniru" tubuh badan sesorang manusia dan sekaligus menghantar data ini ke permainannya itu. Kishimoto yang sebenar masih hidup, manakala Kishimoto yang "tiruan" itu mati dalam misi mereka yang ketiga.

Sasaran sunting

Dalam setiap misi, Gantz akan menunjukkan para pemain sasaran ataupun pihak lawan yang mereka perlu buru. Informasi yang diberikan termasuklah sebuah gambar atau imej pihak lawan, watak dan perwatakannya, perkara yang digemarinya dan ayat-ayat kegemarannya. Hampir setiap masa, Gantz tidak dapat ataupun tidak akan memberi informasi yang meluas, kerana selalunya sasaran ataupun "boss" yang sebenar bukanlah sasaran yang dipaparkan Gantz kepada pemain. Selalunya, mereka akan menunjukkan diri pada akhir-akhir sesuatu misi. Disebabkan pembahagian cerita yang berbeza diantara manga dan siri animenya, sasaran yang diberikan juga berbeza. Dalam siri anime Gantz, terdapat empat sasaran yang berbeza termasuklah Kurono Alien yang menjadi sasaran terakhir siri anime itu (ini tidak ditonjolkan siri manganya). Berbanding siri manga Gantz pula, terdapat sebanyak sembilan sasaran yang berbeza setakat ini, di mana tiga sasaran yang pertama bersamaan dengan sasaran di dalam siri animenya. Berikut merupakan sasaran-sasaran dalam manga:

  • Onion Alien
  • Tanaka Alien
  • Buddhist Temple Alien
  • Chibi Alien
  • Kappe Alien
  • Ring Alien
  • Kojima Tae
  • Oni Alien
  • Nurarihyon

Lagu Tema sunting

Pembuka

  • Super Shooter oleh Rip Slyme

Penutup

  • Last Kiss oleh Bonnie Pink

Rujukan sunting

  1. ^ "Manga Fantasi Gantz Diadaptasi Sebagai Dua Filem Lakonan Langsung". Anime News Network. 7 Oktober 2009. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan Luar sunting