Gabungan Persatuan Penulis Nasional
Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau ringkasnya 'Gapena' ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu. GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia.[1]
Tujuan penubuhan
sunting- Menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
- Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
- Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
- Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
- Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
- Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan
- Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kegiatan Gabungan
sunting- Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
- Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
- Mewakili penulis tanah air dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis dalam a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
- Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
- Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.
Persatuan Gabungan
suntingGAPENA merupakan sebuah federasi persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu di seluruh Malaysia. 22 anggotanya seperti berikut :
- Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) - Saadin Abdullah
- Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) - Jasni Matlani
- Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) - Dato’ Dr. Haji Mohd Mansor Abdullah
- Ikatan Persuratan Melayu (IPM) - Haji Abd. Razak Adam
- Lembaga Bahasa Melayu Melayu(LBM) - Prof. Tan Sri Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
- Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) - Dato' Haji Khairudin Arshad
- Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) - Abd Aziz Mohamed
- Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI) - Zainal Jais
- Persatuan Penulis Johor (PPJ) - Amiruddin Md Ali Hanafiah
- Persatuan Penulis Kelantan (PPK) - Haji M. Husdaini Mamat
- Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) - Dr. Ghazali Taib
- Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) - YB Datuk Wira Othman Muhamad
- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) - Dr. Saleeh Rahamad
- Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) - Drs Haji Anuar Ahmad
- Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) - Hajah Mahaya Mohd Yassin
- Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) - Haji Hassan Hamzah
- Persatuan Penulis Perlis (3P) - Haji Muhamad Haron
- Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) - Zainal Abidin Suhaili
- Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) - Haji Othman Mahali
- Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) - Kamarulzaman Ismail
- Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) - Dr. Abdul Aziz Mahmood
- Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) - Jaafar Haji Hamdan
Pimpinan Gapena
suntingPemimpin GAPENA (2011) ialah:
- Ketua Satu: Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein
- Ketua Dua: Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
- Setiausaha Satu: Profesor Madya Datuk Haji Zainal Abidin Borhan
- Setiausaha Dua: Profesor Madya Dr. Hashim Ismail
- Bendahari: Haji Hamzah Hamdani
- YM Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid
- Haji A. Rahim Abdullah
- Dato' Haji Khairuddin Haji Arshad
- Haji Borhan Md. Zain
- Profesor Datuk Dr Zainal Kling
- Dato' Haji Aziz Deraman
- Datuk Abdul Samad Maharuddin
- Setiausaha Kerja: Abdul Aziz Mohd Ali
Pemimpin GAPENA 2016
Ketua Satu : Datuk Haji Zainal Abidin Borhan
Ketua Dua : Sdr. Amiruddin Md Ali Hanafiah
Setiausaha Satu : Haji Hamzah Hamdani
Setiausaha Dua : Sdr. Usman Ibrahim
Bendahari : Prof. Madya Dr. Hashim Ismail
Ahli Jawatankuasa Kerja
Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
Sdr. Jasni Malani
Dato’ Drs Haji Anuar Ahmad
Dato’ Dr. Haji Mohd Mansor Abdullah
Sdr. Saifullizan Yahaya
Prof. Datuk Dr. Haji Zainal Kling*
Sdr. Ja’afar Haji Hamdan*
Sdr. Zulkhairi Zainal*
Pemeriksa Kira-kira
Dr. Haji Abdul Aziz Mahmood
Dr. Haji Abdullah Sani Yahaya
Isu PPSMI
suntingPada 26 Ogos 2007 "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" dianjurkan oleh Gapena dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) di Rumah Gapena. Kajian Gapena mendapati keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian swasta di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itu bahasa utama negara. Hanya 10 % pelajar Cina belajar di sekolah kebangsaan dan bakinya 90 % memilih sekolah jenis kebangsaan Cina. Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menyatakan bahawa tidak wajar IPTA dan IPTS menggunakan Inggeris kerana bahasa Malaysia ialah bahasa pengantar utama dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi.[3]
Pada 20 Disember 2008, Gapena telah menganjurkan wacana "Dilema Melayu" dengan menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir bertegas dengan dasar PPSMI kerana pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan. Identiti Melayu beliau tidak hilang dan beliau masih lagi boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Takkan hilang Melayu kalau belajar dalam bahasa Inggeris.[4]
Pada 23 Disember 2008, Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menyatakan Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember 2008 untuk Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. PPSMI telah dilaksanakan sejak 2003 dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menempelak Gapena kerana selama ini tidak dibantah keras.[5] AJK Gapena, Prof Datuk Dr Zainal Kling menyatakan bahawa analisis UPSR 2007 menunjukkan 30 % (140,000 orang pelajar) Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan Kementerian memutuskan untuk mengekalkan atau tidak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selepas keputusan UPSR 2008 [6]
Pada 18 Jun 2009, Gapena menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat PPSMI dimansuhkan. Gapena memberikan syarat iaitu kerajaan mestilah memansuhkan PPSMI, mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia berkhidmat di luar bandar, prasarana dan alat bantuan mengajar terutama di luar bandar mencukupi., syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi dibatalkan serta subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah dimasukkan dalam kurikulum sekolah.[7]
Rujukan
sunting- ^ "Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-27. Dicapai pada 2008-09-27.
- ^ "GAPENA - Gabungan Penulis Nasional". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 2011-10-24.
- ^ Bahasa Malaysia Makin Terpinggir, Tak Dihormati, Kata Pakar Bahasa
- ^ Subjek Sains Dan Matematik Wajar Diteruskan Dalam Bahasa Inggeris, Kata Dr Mahathir
- ^ Gapena Beri Kerajaan Tempoh Sehingga 31 Disember
- ^ Kementerian Pelajaran Putuskan Teruskan PPSMI Atau Tidak Selepas Keputusan UPSR 2008
- ^ Gapena Sokong BI Dijadikan Syarat Lulus SPM Tetapi Mahu PPSMI Dimansuh