Garath James McCleary (lahir 15 Mei 1987) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap untuk Reading.

Garath McCleary
McCleary bermain untuk Reading pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Garath James McCleary[1]
Tarikh lahir (1987-05-15) 15 Mei 1987 (umur 36)[1]
Tempat lahir Oxford, England
Ketinggian 5 ft 10 in (1.78 m)[1]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Reading
Nombor 12
Kerjaya remaja
2004–2005 Oxford United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Oxford City 22 (3)
2005–2007 Slough Town 33 (7)
2007–2008 Bromley 24 (8)
2008–2012 Nottingham Forest 111 (13)
2012– Reading 99 (9)
Pasukan kebangsaan
2013– Jamaica 16 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:47, 17 Mei 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 02:38, 19 Julai 2015 (UTC)

Karier kelab sunting

Awal karier sunting

McCleary dilahirkan di Oxford, Oxfordshire.[1] Dia memulakan karier bola sepaknya di Oxford City dan menghabiskan masa di Oxford United tetapi tidak pernah menandatangani kontrak bersama pasukan itu walaupun berada 3 bulan di sana.[2]

Dia menyertai Slough Town, bermain 24 perlawanan dan menjaringkan enam gol. Dia kemudiannya berpindah ke Bromley pada bulan Januari 2007. Secara keseluruhan, McCleary membuat lebih 40 penampilan untuk Bromley dan menjaringkan 11 gol. Pengurus Nottingham Forest, Colin Calderwood menawarkannya ujian percubaan di City Ground dimana dia berjaya mendapatkan kontrak pada 31 Januari 2008.[3]

Nottingham Forest sunting

McCleary membuat penampilan sulungnya apda minit ke-87 ketika kekalahan 1–0 kepada Carlisle United pada 3 Mac 2008.[4] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 1 April 2008 dimana mereka menang 2–0 ke atas Carlisle.

Pada musim 2011/12, McCleary menjaringkan sembilan gol selepas kembali daripada kecederaan pada bulan Disember 2011.[5] Dia menjaringkan empat gol ketika menentang Leeds United di Elland Road dimana Forest menang 7–3.[6] McCleary kemudiannya dinamakan sebagai Pemain Bulanan Football League Championship.[7] Dia diundi sebagai Pemain Terbaik Musim Forest oleh penyokong Forest, mengalahkan Joel Lynch dan Chris Gunter.[8]

Reading sunting

Pada 16 Mei 2012, ia telah diumumkan bahawa McCleary telah menolak kontrak baru di Forest dan menandatangani kontrak tiga tahun bersama Reading.[9][10] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Reading ketika seri 3–3 dengan Fulham.[11] McCleary menandatangani kontrak baru bersama Reading pada 3 Oktober 2014, mengekalkannya di kelab itu sehingga musim panas tahun 2017.[12]

Karier antarabangsa sunting

Pada bulan Oktober 2012, dia telah dikenal pasti oleh Persekutuan Bola Sepak Jamaica untuk mewakili Jamaica dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[13] Dia menerima panggilan pertamanya pada 24 Januari 2013 bersama-sama rakan sepasukan Reading, Jobi McAnuff dan Adrian Mariappa untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Mexico pada 6 Februari.[14]

Statistik karier sunting

Sehingga 17 Januari 2015.[15][16][17][18]
 
McCleary bermain untuk Nottingham Forest pada tahun 2010
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Division Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
Oxford City 2004–05 Southern West 22 3 1 0 6 3 29 6
Slough Town 2005–06 Isthmian Premier 24 7 0 0 7 2 31 9
2006–07 9 0 1 0 1 0 11 0
Jumlah 33 7 1 0 8 2 42 9
Bromley 2006–07 Isthmian Premier 6 2 0 0 9 1 15 3
2007–08 Conference South 18 6 4 2 5 0 27 8
Jumlah 24 8 4 2 14 1 42 11
Nottingham Forest 2007–08 League One 8 1 0 0 0 0 0 0 8 1
2008–09 Championship 39 1 2 0 2 0 43 1
2009–10 24 0 2 0 1 0 0 0 27 0
2010–11 18 2 2 0 1 0 1 0 22 2
2011–12 22 9 1 0 0 0 23 9
Jumlah 111 13 7 0 4 0 1 0 123 13
Reading 2012–13 Liga Perdana Inggeris 31 3 3 1 3 0 37 4
2013–14 Championship 42 5 1 0 0 0 43 5
2014–15 Championship 7 0 0 0 0 0 7 0
Jumlah 80 8 4 1 3 0 87 9
Jumlah karier 271 39 17 3 7 0 29 6 323 48

Kejayaan sunting

Nottingham Forest
  • Pemain Terbaik Musim: 2011–12

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 263. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ Smith, Russell (7 February 2008). "Ex-City star shines at Forest". The Oxford Times. Newsquest. Dicapai pada 20 March 2012.
  3. ^ "Team | Player Profiles | Garath McCleary". Nottingham Forest F.C. Dicapai pada 23 March 2012.
  4. ^ "Garath McCleary". Bridportred.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-29. Dicapai pada 23 March 2012.
  5. ^ "Garath McCleary; Season 2011/2012". Soccerbase. Racing Post. Dicapai pada 16 April 2012.
  6. ^ "Leeds United 3–7 Nottingham Forest". BBC Sport. 20 March 2012. Dicapai pada 21 March 2012.
  7. ^ "McCleary named Player of the Month". The Football League. 6 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-16. Dicapai pada 16 April 2012.
  8. ^ "G-Mac And Adi Land Awards". nottinghamforest.co.uk. Nottingham Forest F.C. 28 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 29 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Royals Appointment For McCleary". nottinghamforest.co.uk. Nottingham Forest F.C. 16 May 2012. Dicapai pada 13 August 2012.
  10. ^ "Royals sign Garath McCleary". readingfc.co.uk. Reading F.C. 16 May 2012. Dicapai pada 16 May 2012.
  11. ^ "Reading 3–3 Fulham".
  12. ^ "McCleary pens new Royals deal". http://www.readingfc.co.uk/. Reading F.C. 3 October 2014. Dicapai pada 1 July 2015. External link in |website= (bantuan)
  13. ^ "Reggae, steady, go for Prem stars". The Sun. 31 October 2012. Dicapai pada 13 November 2012.
  14. ^ "Pearce earns call up". Reading FC. Dicapai pada 26 January 2013.
  15. ^ "Oxford City 2004–05 fixtures". Citystats. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-02. Dicapai pada 29 October 2013.
  16. ^ "Garath McCleary profile". Slough Town F.C. Dicapai pada 29 October 2013.
  17. ^ "2007–08 First Team statistics". Bromley F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 29 October 2013.
    FA Cup ties sourced individually to: "Lillies have lucky escape". Bromley News Shopper. Dicapai pada 29 October 2013.
    "Lillies leave it late". Bromley News Shopper. Dicapai pada 29 October 2013.
    "Bromley through to next round". Bromley News Shopper. Dicapai pada 29 October 2013.
    "Lillies fury at penalty exit". Bromley News Shopper. Dicapai pada 29 October 2013.
  18. ^ "Garath McCleary career statistics". Soccerbase. Dicapai pada 10 May 2013.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Reading F.C.