An Garda Síochána (disebut [ən ˈɡaːrd̪ə ˈʃiːxaːn̪ˠə  terdekat ĕn gar.da syi.kha.nĕ]; "Penjaga Keamanan"), lebih sering disebut sebagai Gardaí ([ˈɡaːɾˠdˠiː] "Penjaga") merupakan perkhidmatan polis Republik Ireland. Badan ini diketuai oleh seorang Komisioner lantikan Pemerintah Ireland. Markas badan ini terletak di Pheonix Park, Dublin.

Lebih dari tiga perempat tenaga kerja polis ini tidak bersenjata api secara rutinnya.[1] Setakat 2016, terdapat kira-kira 13,000 orang anggota yang bersumpah, 2,000 kakitangan awam dan 700 orang anggota simpanan. Garda Síochána dibahagikan tugasannya kepada enam kawasan geografi: Timur, Utara, Selatan, Tenggara, Barat dan Dublin Metropolitan.[2]

Pasukan ini bertanggungjawab menjejak dan mencegah kegiatan jenayah, menjaga keselamatan jalan raya serta juga pengawalan diplomatik, saksi dan pemerhatian keselamatan sempadan.

Badan ini dibentuk (asalnya dengan nama Inggeris iaitu Civil Guard) oleh Pemerintah Sementara Negara Bebas Ireland pada Februari 1922 untuk mengambil alih tanggungjawab hal-ehwal polis yang belum penuh dalam negara tersebut daripada Kekonstabelan Diraja Ireland dan Polis Republik Ireland dari 1919-22. [3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Uniformed gardaí will remain unarmed - Commissioner". Irish Times. 29 April 2008. Dicapai pada 27 October 2017. [The Commissioner] told delegates there were 3,500 armed members - almost a quarter of the force - and that his focus was on giving them the best training.
  2. ^ "Geographical Layout - Regions, Divisions and Districts". Garda.ie. Garda Síochána. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2017. Dicapai pada 27 October 2017.
  3. ^ McNiffe, Liam (1997). A History of the Garda Síochána. Dublin: Wolfhound Press. m/s. 24. ISBN 0863275818. On 17 August 1922 three small companies of the Civic Guard from Newbridge took a special train to Kingsbridge from where they marched to Dame Street and halted in front of the gates of Dublin Castle. Led by Collins and Staines, they marched in, and the last of the British army and the RIC marched out

Pautan luar

sunting