Gardenia

syarikat penghasilan makanan Malaysia

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (didagangkan sebagai Gardenia) merupakan syarikat pembuat produk roti Malaysia dimiliki oleh QAF Ltd. Syarikat ini juga turut mengoperasikan beberapa syarikat bawahan seperti Gardenia Singapura dan Gardenia Filipina. Produk-produk utama keluaran syarikat ini adalah berasaskan roti, kek dan bakeri, Gardenia merupakan syarikat bersekutu Padiberas Nasional Berhad.[1]

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Gardenia
Bakeri
IndustriPerusahaan Kecil dan Sederhana
Ditubuhkan1986; 34 tahun yang lalu (1986) di Kuala Lumpur, Malaysia
PengasasHoratio Sye Slocumm
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan
Malaysia, Singapura dan Filipina
KeluaranRoti, bakeri
PemilikQAF Ltd & syarikat bersekutu Padiberas Nasional Berhad
Laman sesawangwww.gardenia.com.my

Syarikat ini terkenal dengan slogan "Sungguh Enak Dimakan Begitu Sahaja".[2]

SejarahSunting

Pada tahun 1969, seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International Executive Service Corporation) (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri. Slocumm yang sebelum ini tiba di Malaysia, telah membawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri di beberapa rangkaian kedai roti bersamanya sewaktu menetap di Amerika Syarikat. Sejak dari itu tertubuhnya Gardenia.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kali mengadun bebuku roti pada tahun 1986. dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor pasaran roti terkemuka di Malaysia. Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia telah berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malaysia khususnya.

ProdukSunting

Antara variasi produk Gardenia yang mendapat sambutan besar: Roti Putih Gardenia
- Original Classic
- Original Classic Jumbo
- Classic (Rendah lemak)

-Bonanza (roti sandwich)

Roti Roti Lemak (FibreMeal)
- Bran & WheatGerm (light fibremeal)
- Honey Wholemeal (high fibremeal)
- 100 % WholeGrain (dengan bijirin bunga matahari)
- 100 % WholeGrain (dengan gandum ungu Kanada)

European Cottage Style Bread
- Pelbagai bijirin
- Bijirin campuran herba Mediterranean
- Le Classique Sesawhite

Squiggles
- Choco Malto (roti berinti krim coklat)
- Funky Strawberry (roti berintim krim perisa strawberi)
- Tangy Orange (roti krim berinti perisa oren)

Twiggies
- Cream Dream (Jejari krim berinti vanila)
- Choc-A-Lot (Jejari krim berinti coklat)

- Variasi snek waffle ''tea cake'' ( berperisa oren,buttermaple,coklat,banana)

Quick Bites
- 2 snek kek muffin dengan cip coklat

Fluffy Buns
- Roti empuk lembut (berinti kacang merah)
- Roti empuk lembut (berinti pandan kelapa)

Toastem
- Roti kismis dan oatmeal

-Roti kismis dengan mentega

Breakthru
- Roti bijirin oatmeal (dengan beta-glucan bagi merendahkan kolestrol)

Delicia
- Variasi snek waffle (fresh egg vanilla,cinnamon,blueberry)
- Variasi snek roti krim (vanila, coklat, butterscotch, strawberi, jagung, sambal billis).

-Variasi roti( coklat kismis,butterscotch,rasberi kranberi dengan cip susu)

-Variasi rol lembut ( Butter tofee, Strawberry yogurt)

Pencapaian dan anugerahSunting

2001: Pembekal Terbaik 2001 (Kategori : Roti), Dairy Farm Giant Retail

2002: Sistem Kualiti Pengurusan ISO 9001, SIRIM QAS International Sdn Bhd

2002, 2003/2004, 2005: Anugerah Superbrands untuk 3 penggal berturut-turut, Superbrands Malaysia

2004: Anugerah Kebangsaan Bagi Kreativiti dan Inovasi, Malaysian Design Technology Centre

2005: MS 1480:1999 – Jaminan Permakananan mengikut tahap Analisis Risiko dan Sistem Pengawasan Kritikal (HACCP), SIRIM QAS International Sdn Bhd

2005: Sistem Integrasi Universal – ISI 2020, Research Institute of Standards in Islam

2006: Anugerah Pilihan Pengguna, Superbrands Malaysia

2006, 2007: Pengesahan paras rendah glycaemic, dimeterai Mesra Diet dan Mesra Diabetik , Glycemic Research Institute, Washington D.C.

2007: Anugerah Produk Terpuji, Malaysian Institute of Food Technology (MIFT)

2008: Anugerah Pilihan Malaysia 2008, Superbrands Malaysia

2009: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia 2009, Gardenia Malaysia (tempat ke-7), The Nielson Company, Superbrands survey

2011: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia 2011, Gardenia Malaysia (tempat ke-3), The Nielson Company, Superbrands survey

2010, 2011, 2012: Anugerah Jenama Putra – Gardenia Malaysia (Anugerah Emas), Association of Accredited Advertising Agents, kajian pengguna mengenai Jenama Paling Disukai (’Most Preferred Brand’), (Bahagian Categori Makanan)

RujukanSunting

Pautan luarSunting