Sistem koordinat gerhana

(Dilencongkan dari Garis bujur gerhana)

Sistem koordinat gerhana atau sistem koordinat ekliptik merupakan sistem koordinat cakerawala yang menggunakan ekliptik (bergerhana) sebagai satah asasi. Ekliptik ini adalah laluan matahari yang muncul mengikuti seluruh sfera cakerawala sepanjang tahun. Ia juga merupakan persilangan antara satah orbit Bumi dengan sfera cakerawala. Sudut latitudnya dipanggil latitud gerhana atau latitud cakerawala (diwakili oleh β) yang diukur positif ke arah utara. Sudut longitudnya pula dipanggil garis bujur gerhana atau longitud cakerawala (diwakili oleh λ) yang diukur ke arah timur dari 0° hingga 360°. Seperti jarak hamal dalam sistem koordinat khatulistiwa, garis bujur gerhana 0° menghala ke arah matahari dari bumi di ekuinoks musim bunga hemisfera utara. Pilihan ini menjadikan koordinat bintang tetap tertakluk kepada liukan ekuinoks, supaya epok rujukan perlu dinyatakan selalu.

Sistem koordinat gerhana.

Sistem koordinat amat berguna untuk menentukan hala objek dalam sistem suria. Kebanyakkan planet (kecuali Utarid) dan jasad kecil sistem suria mempunyai orbit dengan sedikit kecondongan ke satah gerhana menyebabkan latitud gerhana, β sentiasa kecil nilainya. Menurut sejarah, disebabkan sisihan kecil planet daripada satah gerhana, koordinat gerhana telah digunakan untuk mengira kedudukannya. (Aaboe 2001, 17-19)

Lihat juga sunting

Sumber sunting

  • Astronomical Almanac for the Year 2011. 2010. Washington: Pejabat Pencetakan Kerajaan Amerika Syarikat. ISBN 978-0-7077-4103-1
  • Aaboe, Asger. 2001 Episodes from the Early History of Astronomy. New York: Springer-Verlag.
  • Seidelmann, P. Kenneth, ed. 1992. Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac. Sausalito, CA: Buku Sains Universiti. ISBN 0-935702-68-7