Buka menu utama

Garis perum (juga tali perum atau pemeruman kedalaman) merujuk kepada pengukuran kedalaman. Ia sering dirujuk hanya sebagai pemeruman. Data yang diambil dari pemeruman digunakan dalam batimetri untuk membuat peta lantai jasad air, dan secara tradisinya ditunjukkan pada carta nautika dalam fatom dan kaki. Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA), agensi yang bertanggungjawab untuk data batimetri di Amerika Syarikat, masih menggunakan fatom dan kaki pada carta nautika. Di negara lain, Sistem Unit Antarabangsa (meter) telah menjadi standard untuk mengukur kedalaman.[1]

RujukanSunting

Pautan luarSunting