Garisan Kármán

(Dilencongkan dari Garisan Karman)

Garisan Kármán[1] terletak pada ketinggian 100 kilometer dari paras laut Bumi dan biasanya merupakan sempadan antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas.[2] Takrifan sebegini diterima oleh Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (Fédération Aéronautique Internationale, FAI), sebuah badan antarabangsa yang menetapkan piawai dan catatan untuk kegunaan bidang kejuruteraan dan pengemudian angkasa lepas.

Garisan ini dinamakan sempena Theodore von Kármán (1881-1963), seorang jurutera dan ahli fizik berbangsa Hungary yang pertama kalinya mengira bahawa atmosfera pada sekitar ketinggian ini akan menjadi terlalu nipis untuk menyokong penerbangan aeronautik memandangkan kenderaan pada ketinggian ini perlu bergerak pada kelajuan lebih tinggi daripada kelajuan orbital untuk mendapatkan pengankat aerodinamik secukupnya untuk menyokong diri sendiri.[3]

Garisan ini terletak sekitar turbopaus, di mana gas-gas atmosfera tidak bercampur dengan baik di atasnya. Minimum suhu atmosfera mesopaus disukat berubah-ubah dari 85 sehingga 100 km, yakni ditempatkan di bawah atau berdekatan termosfera.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Juga dieja Garisan Karman tanpa diakritik.
  2. ^ Dr. S. Sanz Fernández de Córdoba (24 Jun 2004). "The 100 km Boundary for Astronautics". Persekutuan Aeronautik Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2011. Dicapai pada 7 Mei 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ O'Leary, Beth Laura (2009). Handbook of space engineering, archaeology, and heritage. Advances in engineering. CRC Press. m/s. 84. ISBN 1-4200-8431-3. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting