Gary Medel

Footballer

Gary Alexis Medel Soto (lahir 3 Ogos 1987) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Bologna. Beliau bermain di posisi pemain tengah bertahan ataupun pertahanan. Nama samaran beliau ialah "Pitbull".

Gary Medel
Maklumat peribadi
Nama penuh Gary Alexis Medel Soto
Tarikh lahir (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 36)
Tempat lahir Santiago de Chile, Chile
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor 5
Kerjaya remaja
1997–2005 Universidad Católica
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 Universidad Católica 68 (10)
2009–2011 Boca Juniors 46 (7)
2011–2013 Sevilla 78 (8)
2013–2014 Cardiff City 34 (0)
2014–2017 Inter Milan 91 (1)
2017–2019 Beşiktaş 51 (1)
2019– Bologna 13 (0)
Pasukan kebangsaan
2007 Chile B20 15 (0)
2008 Chile B23 8 (0)
2007– Chile 126 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 April 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Oktober 2019

Kerjaya kelab sunting

Awal sunting

Medel sertai Universidad Católica pada usia 12 tahun. Jurulatih beliau, Mario Lepe meletakkan beliau di posisi penyerang. Pada 20 Julai 2009, beliau sertai Boca Juniors dengan bayaran sebanyak $2.5 juta. Medel menjaringkan dua gol ketika menang 2–0 ke atas River Plate pada 25 Mac 2010.

Sevilla sunting

Medel berpindah ke Sevilla dengan bayaran sebanyak 3 juta euro pada 28 Januari 2011 dengan kontrak empat tahun setengah. Pada hari yang sama, kelab itu juga menandatangani Ivan Rakitić. Pada 12 Februari, beliau membuat debut untuk Sevilla ketika tewas 3-2 menentang Racing Santander. Beliau membantu Sevilla menjaringkan gol untuk gol seri 1-1 menentang FC Barcelona pada 12 Mac.

Cardiff City sunting

Pada 11 Ogos 2013, Cardiff City mengesahkan bahawa mereka menandatangani Medel dari Sevilla sebanyak 11 juta euro, iaitu rekod baru kelab dalam kontrak empat tahun. Beliau membuat debut untuk Cardiff pada 17 Ogos ketika tewas 2-0 kepada West Ham United. Beliau menerima anugerah pemain terbaik perlawanan ketika menang mengejut 3-2 ke atas Manchester City pada 25 Ogos.

Internazionale sunting

Selepas Cardiff turun dari divisyen pertama, Medel berpindah ke Internazionale denga bayaran sebanyak £10 juta pada 9 Ogos 2014. Beliau membuat debut untuk Inter pada 31 Ogos ketika seri 0-0 menentang Torino.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada Mac 2007, Medel membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Chile pada perlawanan persahabatan menentang Argentina. Pada tahun berikutnya, beliau mengambil bahagian di Piala Dunia B-20 FIFA 2007 bersama skuad Chle bawah-20 di Kanada. Beliau dibuang padang pada separuh akhir menentang Argentina selepas beliau menyepak Gabriel Mercado.

Beliau termasuk dalam skuad senior Chile dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 dan beliau menjaringkan gol dengan sepakan gunting ketika menang 2-0 ke atas Bolivia. Beliau bermain pada ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi tidak bermain pada pusingan 16 di mana La Roja tersingkir.

Pada 2011, beliau bermain pada Copa América 2011 dan dibuang padang pada suku akhir menentang Venezuela selepas bola terkena tangan.

Beliau menjaringkan dua gol ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014. Beliau bermain ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia FIFA 2014 di Afrika Selatan. Beliau juga bermain pada pusingan 16 tetapi tewas pada tendangan penalti kepada Brazil.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Jun 2008 La Paz, Bolivia   Bolivia 1–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
2–0
3
29 Mei 2009 Chiba, Jepun   Belgium
1–1
1–1
Piala Kirin 2009
4
11 Oktober 2011 Santiago, Chile   Peru
3–0
4-2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5
15 Oktober 2013 Santiago, Chile   Ecuador
2–0
2–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
6
10 Oktober 2014 Valparaíso, Chile   Peru
2–0
3–0
Persahabatan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting