Gasing Tengkorak

filem Indonesia

Gasing Tengkorak merupakan filem hantu ngeri Indonesia yang mula ditayangkan pada 2 November 2017 diarahkan oleh Jose Poernomo. Filem ini dibintangi oleh Nikita Willy, Rendi Bragi, Voke Victoria, dan Farahdiba Ferreira sebagai pelakon utama.

Gasing Tengkorak
PengarahJose Poernomo
PenulisJose Poernomo
Baskoro Adi Wuryanto
Dihasilkan olehManoj Punjabi
Dheeraj Kalwani
Dibintangi
SinematografiJose Poernomo
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehDee Company
MD Pictures
Tarikh tayangan
Indonesia 2 November 2017
Masa tayangan
80 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Sinopsis sunting

Filem seram Indonesia bertajuk “Gasing Tengkorak” ini merupakan filem yang bercerita tentang permainan mistik dari tanah Minangkabau berceritakan kisah dari seorang diva papan atas bernama Veronica (Nikita Willy) yang sedang populer di masanya. Sewaktu melakukan konsert, Veronica secara tiba-tiba jatuh pingsan tidak menyedarkan diri dan sesudah itu, Veronica memutuskan untuk membatalkan tur konsertnya dan memilih untuk berdiam sendiri di daerah terpencil agar jauh dari gangguan.

Dengan segala sesuatu yang dipersiapkan oleh Michael (Rendi Bragi) pengurus Veronica dan akhirnya Veronica tinggal di sebuah rumah yang besar mewah, indah dan jauh dari keramaian. Di sana, Veronica hanya tinggal sendirian dan pada awalnya Veronica tinggal dengan suasana tenang dan senang. Namun perlahan gangguan-gangguan ghaib mula meneror dengan Veronica dengan sesuatu barang iaitu 'Gasing Tengkorak'.

Disaat gasing tersebut berputar, maka hantu anak kecil datang dan meneror keberadaan serta jiwa Veronica. Ternyata ada seseorang yang telah sengaja memainkan gasing tersebut untuk mencelakai Veronica dan semakin Veronica ingin berusaha mencari tahu tentang misteri di balik gasing tersebut, semakin besar ancaman bahaya yang mesti dihadapinya.

Pelakon sunting

  • Nikita Willy sebagai Veronica
  • Rendi Bragi sebagai Michael
  • Voke Victoria sebagai Tania
  • Aswin Fabanyo sebagai Papa Veronica
  • Farahdiba Ferreira sebagai Psikiatri
  • Diva Azaria sebagai Veronica kecil
  • Melly sebagai Melissa

Pautan luar sunting