Gasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia.[1]

Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Memartabatkan Permainan Warisan Melayu". Mega. Utusan Malaysia. 4 Jun 2006. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-02. Dicapai pada 25 Jun 2008.
  2. ^ Mohamed Fazil bin Noorul Ameen (Mei 2008). "Permainan Tradisional: Gasing" (e-buku). Folio Sejarah PMR 2008 Gasing. Scribd. m/s. 7. Dicapai pada 25 Jun 2008.