Gaun malam

Gaun malam, pakaian malam atau gaun ialah sejenis baju panjang yang biasanya dipakai di majlis-majlis formal.[1] Pakaian ini terdiri daripada skirt Ballerina (pertengahan betis hingga atas buku lali), gaun teh (atas buku lali), hingga skirt labuh penuh. Gaun itu lazimnya dipakai dengan sarung tangan malam. Gaun malam biasanya diperbuat dari kain mewah seperti sifon, baldu, satin, organza, dsb. Sutera ialah kain popular bagi kebanyakan gaun malam. Walaupun istilah itu digunakan secara bergantian, gaun kembang dan gaun malam berbeza kerana gaun kembang sentiasa mempunyai skirt labuh dan anak baju ketat, manakala gaun malam boleh menjadi bersiluet 'sheath' (sarung atau lapisan pelindung), bentuk ikan duyong, bentuk garis-A, atau bentuk trumpet—dan mempunyai tali bahu, baju dalam atau pun lengan baju.

Maria Grazia Cucinotta memakai gaun malam berwarna hitam di Festival Filem Venice

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Definition of evening gown". Merriam-Webster. Merriam-Webster. Dicapai pada 27 August 2017.

Pautan luarSunting