Gayatri Su-Lin Pillai
Gayatri Su-Lin Pillai (lahir 27 November 1975) merupakan seorang penerbit televisyen dan filem Malaysia, beliau berkhidmat sebagai penerbit eksekutif syarikat penerbitan filem Malaysia, Tayangan Unggul.
Gayatri Su-Lin Pillai | |
---|---|
Kelahiran | 27 November 1975 |
Pekerjaan | Penerbit televisyen dan filem, penerbit eksekutif Tayangan Unggul |
Tahun aktif | 1996–kini |
Kehidupan awal sunting
Beliau dilahirkan dalam keluarga campuran. Beliau membesar di Petaling Jaya, Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta dan Sekolah Menengah Assunta. Pada tahun 1991, beliau menyambung pelajaran ke United World Colleges di Singapura, dan International Baccalaureate untuk mendapatkan General Certificate of Secondary Education (GCSE). Beliau berjaya memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang, Llb Hons. di University of Bristol, Bristol, UK pada tahun 1996.[1]
Kerjaya sunting
Ketika berumur 33 tahun, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Admin Instructive Executive bersama Astro sejak Disember 1996. Beliau juga mendapat didikan daripada Dr. D. B. Nihalsingha. Beliau memegang jawatan Pengurus Penerbitan untuk filem perdana Astro Shaw, "Nafas Cinta" pada tahun 1999. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat ke Penerbit Langsung sewaktu menjayakan filem KL Menjerit. Pada tahun 2002, beliau ditawarkan ke Penerbit Eksekutif dan Penerbit Senior. Seterusnya, pada Mac 2003, beliau dilantik sebagai Penerbit Eksekutif Senior. Kini, beliau memegang jawatan Pengurus Besar dan Penerbit Eksekutif Senior untuk Tayangan Unggul Sdn. Bhd.[1]
Kehidupan peribadi sunting
Gayatri Su-Lin tidak pernah berkahwin. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon Zul Ariffin pada 2013 dan mula mengenalinya ketika Zul berlakon dalam filem Penanggal arahan Ellie Suriati dan mula rapat selepas Bikers Kental difilemkan. Gayatri bagaimanapun, tidak memikirkan soal usia dan bukan satu masalah buatnya. Malah beliau turut mengakui bergaduh dengannya setiap hari. Gayatri dan Zul berpisah pada 2015, namun masih menjalin hubungan baik.
Filemografi sunting
Filem sunting
Penerbit sunting
- Sini Ada Hantu (2011)
Penerbit Eksekutif sunting
- Merewang Keluarga Pak Awang (2023)
- Talbis Iblis (2022)
- J2: J Retribusi (2021)
- Sangkar (2019)
- Hantu Kak Limah (2018)
- J Revolusi (2017)
- Aliff Dalam 7 Dimensi (2016)
- Polis EVO (2015)
- Cicakman 3 (2015)
- Terbaik Dari Langit (2014)
- Mana Mau Lari (2014)
- Amir dan Loqman Pergi ke Laut (2014)
- Apokalips X (2014)
- Papadom 2 (2013)
- Penanggal (2013)
- Bikers Kental (2013)
- Langgar (2013)
- Awan Dania The Movie (2013)
- Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)
- The Collector (2012)
- Aku, Kau & Dia (2012)
- Hoore! Hoore! (2012)
- Misteri Jalan Lama (2011)
- Tolong Awek Aku Pontianak (2011)
- Seru (2011)
- Cun! (2011)
- Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
- Appalam (2010)
- Kapoww!! (2010)
- Duhai Si Pari-pari (2009)
- Papadom (2009)
- Setem (2009)
- Maut (2009)
- Histeria (2008)
- Apa Kata Hati (2008)
- Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
- Anak Halal (2007)
- Zombi Kampung Pisang (2007)
- Puaka Tebing Biru (2007)
- Syaitan (2007)
- Man Laksa (2006)
- Baik Punya Cilok (2005)
- KL Menjerit 1 (2005)
- Gangster (2005)
- Cinta Luar Biasa (2004)
- Berlari Ke Langit (2004)
- Bintang Hati (2004)
- Trauma (2004)
- Diari Romeo (2003)
- Laila Isabella (2003)
Drama sunting
Penerbit sunting
- Seribu Nina (2022)
Penerbit eksekutif sunting
- Histeria The Series (2022)
Rujukan sunting
- ^ a b "Crew : Info Gayatri Su-Lin". Cinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-25. Dicapai pada 25 Mac 2014.