Gebhard Leberecht von Blücher

Gebhard Leberecht von Blücher, Fürst von Wahlstatt (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡɛphaɐ̯t ˈleːbəʁɛçt fɔn ˈblʏçɐ]; 16 Disember 1742 – 12 September 1819), Graf (count), kemudian dinaikkan ke Fürst (putera raja) von Wahlstatt, adalah seorang Generalfeldmarschall (Fil Marsyal) Prusia. Beliau memperolehi pengiktirafan terbesar selepas memimpin tenteranya menentang Napoleon I dalam Pertempuran Antara Negara di Leipzig pada tahun 1813 dan Pertempuran Waterloo pada tahun 1815.

Fil Marsyal
Gebhard Leberecht von Blücher
Fil Marsyal Blücher (sekitar tahun 1815–1819)
Nama samaranMarschall Vorwärts
Kelahiran(1742-12-16)16 Disember 1742
Rostock, Duchy of Mecklenburg-Schwerin
Meninggal dunia12 September 1819(1819-09-12) (umur 76)
Kesetiaan Sweden
 Prusia
PerkhidmatanTentera Darat Prusia
Tahun perkhidmatan1758–1815
PangkatPrusia Generalfeldmarschall
PertempuranPerang Tujuh Tahun
Perang Revolusi Perancis
Perang Napoleon
AnugerahStar of the Grand Cross of the Iron Cross
Pour le Mérite
Iron Cross
Order of St. George
Military William Order

Blücher telah dilahirkan di Rostock, anak seorang kapten bersara tentera darat. Kerjaya tenteranya bermula pada tahun 1758 sebagai seorang Hussar didalam Tentera Darat Sweden. Beliau telah ditangkap oleh tentera Prusia pada tahun 1760 semasa Kempen Pomerania dan selepas itu menyertai Tentera Darat Prusia, berkhidmat sebagai pegawai hussar untuk Prusia semasa Perang Tujuh Tahun. Pada tahun 1773, Blücher telah dipaksa berhenti oleh Frederick Agung kerana mengingkari arahan. Beliau bekerja sebagai seorang petani sehingga kematian Frederick pada tahun 1786, apabila Blücher dikembalikan jawatan dan dinaikkan pangkat ke Kolonel. Untuk kejayaannya didalam Perang Revolusi Perancis, Blücher menjadi Mejar Jeneral pada tahun 1794. Beliau menjadi Leftenan Jeneral pada tahun 1801 dan memerintah sebuah kor kavalri semasa Perang Napoleon pada tahun 1806.

Perang sekali lagi meletus antara Prusia dan Perancis pada tahun 1813 dan Blücher kembali aktif bertugas pada usia 71 tahun. Beliau telah dilantik jeneral penuh kepada angkatan perang Prusia dan bertembung dengan Napoleon dalam Pertempuran Lützen dan Pertempuran Bautzen. Beliau kemudian memperolehi kemenangan kritikal ke atas Perancis dalam Pertempuran Katzbach. Blücher memerintah Tentera Prusia dari Silesia dalam Pertempuran Antara Negara dimana Napoleon telah dikalahkan dengan muktamad. Untuk peranan ini, Blücher telah dianugerahkan pangkat Fil Marsyal dan menerima gelaran Putera Wahlstatt. Selepas Napoleon kembali pada tahun 1815, Blücher mengambil alih Tentera Prusia Rhine Atas dan menyelaras pasukannya bersama dengan pasukan British dan pasukan Bersekutu dibawah Duke Wellington. Di Pertempuran Ligny, beliau mendapat kecederaan parah dan pihak Prusia berundur. Selepas pulih, Blücher kembali memerintah dan menyertai Wellington dalam Pertempuran Waterloo, dengan campur tangan tentera Blücher ini telah memainkan satu peranan penting dalam kemenangan akhir pihak Bersekutu.

Blücher telah dijadikan warga kehormat Berlin, Hamburg dan Rostock. Terkenal dengan personalitinya yang berapi-api, beliau digelar Marschall Vorwärts ("Marsyal Kedepan") oleh askar-askarnya kerana pendekatan agresifnya dalam peperangan. Bersama dengan Paul von Hindenburg, beliau merupakan perajurit Prusia-Jerman yang menerima pingat tertinggi dalam sejarah: Blücher dan Hindenburg adalah satu-satunya pegawai tentera Jerman yang dikurniakan pingat Star of the Grand Cross of the Iron Cross.

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  • Barbero, A. (2006). The Battle: A New History of Waterloo. Diterjemahkan oleh Cullen, John. Walker & Company.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Cornwell, Bernard (2015). Waterloo: The History of Four Days, Three Armies and Three Battles. Lulu Press. m/s. front cover. ISBN 978-1312925229.CS1 maint: ref=harv (link) — The pages numbers are given as offsets in the electronic view, these will vary from the page numbers in a physical book
  • Leggiere, Michael V. (2014). Blucher: Scourge of Napoleon. University of Oklahoma Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lieven, Dominic (2010). Russia Against Napoleon: The True Story of the Campaigns of War and Peace. Penguin. ISBN 1101429380.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Polier, Christoph Graf von (2016). "Gebhard Leberecht Blücher von Wahlstatt". Geneanet. Dicapai pada 5 May 2016.CS1 maint: ref=harv (link)[sumber tak boleh dipercayai]
  • Stanhope, Phillips Henry (1888). Notes of conversaciones with the Duke of Wellington, 1831–1851. New York: Da Capo Press. m/s. 119.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Blücher von Wahlstatt family tree". Vítejte. 3 March 2012. Dicapai pada 5 May 2016. [sumber tak boleh dipercayai]

Attribution

Bacaan lanjut sunting

  • Blücher (1932). Memoirs of Prince Blücher. Diterjemahkan oleh Chapman-Huston, Desmond. London: Murray. OCLC 2231133.
  • Crepon, Tom (1999). Gebhard Leberecht von Blücher: sein Leben, seine Kämpfe. Rostock: Hinsdorff. ISBN 3-356-00833-1.
  • Gneisenau, August Wilhelm Anton, Graf Neidhardt von (1815). The life and campaigns of Field-Marshal Prince Blücher of Wahlstatt. Diterjemahkan oleh Marston, James Edward. London: Sherwood, Neely and Jones. OCLC 681606658.
  • Henderson, Ernest F. (1994). Blücher and the uprising of Prussia against Napoleon, 1806–1815. Aylesford: R.J. Leach. ISBN 1-873050-14-3.
  • Parkinson, Roger (1975). The Hussar general: the life of Blücher, man of Waterloo. London: P. Davies. ISBN 0-432-11600-1.

Pautan luar sunting

Templat:Perang Napoleon