Gejala COVID-19 berpelbagai, bermula dari gejala ringan hingga berat.[1] Gejala yang umum diketahui termasuk sakit kepala, kehilangan deria hidu dan rasa, hidung tersumbat yang disertai kesejukan, batuk, sakit otot, sakit kerongkong, demam, cirit-birit, dan sesak nafas.[2] Meskipun demikian, pesakit yang dijangkiti mungkin sahaja mendapat gejala yang berbeza.

Gejala COVID-19

Terdapat tiga kumpulan gejala yang telah dikenal pasti. Kumpulan gejala pertama termasuk gejala-gejala pernafasan, seperti batuk, kahak, sesak nafas, dan demam. Kumpulan gejala kedua termasuk gejala-gejala muskuloskeletal, seperti sakit pada otot dan sendi, sakit kepala, dan kelelahan. Kumpulan gejala ketiga termasuk gejala-gejala pencernaan, seperti sakit pada bahagian perut, muntah, dan cirit-birit.[2] Pada orang-orang yang sebelumnya tidak mengalami gejala, kehilangan deria hidu dan rasa boleh menjadi gejala pertama penyakit COVID-19.[3]

Kebanyakan pesakit (81%) mengalami gejala ringan hingga sedang (seperti pneumonia ringan), sementara 14% lain mendapati gejala berat (seperti dispnea dan hipoksia) dan 5% selebihnya mendapati gejala kritikal (seperti kegagalan sistem pernafasan, kejutan, dan ketidakfungsian organ).[4] Sekurang-kurang sepertiga pesakit yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan gejala dalam selang waktu tertentu, atau disebut asimtomatik.[5] Pesakit asimtomatik seperti ini memiliki kemungkinan untuk tidak menjalani ujian COVID-19,[6] tetapi tetap dapat menyebarkan virus.[7] Beberapa pesakit COVID-19 juga baru menunjukkan gejala setelah selang waktu tertentu, atau disebut "presimtomatik".[8]

Sama seperti jangkitan pada umumnya, terdapat tempoh inkubasi antara terpaparnya pesakit dengan virus hingga munculnya gejala. Median dari tempoh inkubasi ini antara empat hingga lima hari.[9] Sebahagian besar pesakit bergejala mulai mengalami gejala antara dua hingga tujuh hari setelah virus kelihatan[10] dan hampir semuanya pernah mengalami setidaknya satu gejala dalam selang waktu 11,5 hari.[9]

Kebanyakan pesakit dapat sembuh dari fasa akut penyakit. Meskipun demikian, beberapa pesakit lain tetap mengalami yang berpelbagai hingga beberapa bulan setelah sembuh, atau disebut long COVID.[11] Penelitian lebih lanjut masih diperlukan untuk mengetahui efek jangka panjang dari penyakit ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) – Symptoms". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 22 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  2. ^ a b "Clinical characteristics of COVID-19". European Centre for Disease Prevention and Control (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2021.
  3. ^ Niazkar, Hamid Reza; Zibaee, Behdad; Nasimi, Ali; Bahri, Narjes (2020-07-01). "The neurological manifestations of COVID-19: a review article". Neurological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 41 (7): 1667–1671. doi:10.1007/s10072-020-04486-3. ISSN 1590-3478. PMID 32483687.
  4. ^ "Interim Clinical Guidance for Management of Patients with Confirmed Coronavirus Disease (COVID-19)". U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 6 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
  5. ^ Oran, Daniel P.; Topol, Eric J. (2021-01-22). "The Proportion of SARS-CoV-2 Infections That Are Asymptomatic". Annals of Internal Medicine. doi:10.7326/M20-6976. ISSN 0003-4819.
  6. ^ Hao, Xingjie; Cheng, Shanshan; Wu, Degang; Wu, Tangchun; Lin, Xihong; Wang, Chaolong (Ogos 2020). "Reconstruction of the full transmission dynamics of COVID-19 in Wuhan". Nature (dalam bahasa Inggeris). 584 (7821): 420–424. doi:10.1038/s41586-020-2554-8. ISSN 1476-4687. We estimate 87% (lower bound, 53%) of the infections before 8 March 2020 were unascertained (potentially including asymptomatic and mildly symptomatic individuals); and a basic reproduction number (R0) of 3.54 (95% credible interval 3.40–3.67) in the early outbreak, much higher than that of severe acute respiratory syndrome (SARS) and Middle East respiratory syndrome (MERS).
  7. ^ Lai CC, Liu YH, Wang CY, Wang YH, Hsueh SC, Yen MY, dll. (June 2020). "Asymptomatic carrier state, acute respiratory disease, and pneumonia due to severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2): Facts and myths". Journal of Microbiology, Immunology, and Infection = Wei Mian Yu Gan Ran Za Zhi. 53 (3): 404–412. doi:10.1016/j.jmii.2020.02.012. PMID 32173241.
  8. ^ Furukawa, Nathan W.; Brooks, John T.; Sobel, Jeremy (4 May 2020). "Evidence Supporting Transmission of Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 While Presymptomatic or Asymptomatic". Emerging Infectious Diseases. 26 (7). doi:10.3201/eid2607.201595. PMID 32364890. Dicapai pada 29 September 2020.
  9. ^ a b Gandhi, Rajesh T.; Lynch, John B.; Rio, Carlos del (April 2020). "Mild or Moderate Covid-19". The New England Journal of Medicine. 383 (18): 1758. doi:10.1056/NEJMcp2009249. PMID 32329974.
  10. ^ Wiersinga, W. Joost; Rhodes, Andrew; Cheng, Allen C.; Peacock, Sharon J.; Prescott, Hallie C. (August 2020). "Pathophysiology, Transmission, Diagnosis, and Treatment of Coronavirus Disease 2019 (COVID-19): A Review". JAMA. 324 (8): 782–793. doi:10.1001/jama.2020.12839. PMID 32648899. The mean (interquartile range) incubation period (the time from exposure to symptom onset) for COVID-19 is approximately 5 (2-7) days.
  11. ^ Baig, Abdul Mannan (2020-10-23). "Chronic COVID Syndrome: Need for an appropriate medical terminology for Long‐COVID and COVID Long‐Haulers". Journal of Medical Virology (dalam bahasa Inggeris): jmv.26624. doi:10.1002/jmv.26624. ISSN 0146-6615.