Gelang getah

gelang anjal yang diperbuat daripada getah

Gelang getah merupakan seuntai pendek getah yang dibentuk sebagai gelung. Ia terdapat dalam pelbagai warna, termasuk merah jambu, biru, merah, kuning, kuning bata, dan hijau. Gelang getah ini biasanya digunakan bagi memegang beberapa objek sekali. Gelang getah dipaten di England pada 17 Mac 1845 oleh Stephen Perry.[1][2]

Gelang getah

PengilanganSunting

gelang getah biasanya dihasilkan dengan memancut getah membentuk tiub panjang bagi memberikan bentuk umumnya, meletakkan tiub pada "mandrel" dan merawat getah dengan haba, dan kemudiannya menghirisnya melintang lebar tiub membentuk gelang getah nipis.[2][3]

BahanSunting

Sungguhpun hasilan getah lain mungkin menggunakan getah buatan, gelang getah kebanyakknya dihasilkan menggunakan getah asli kerana kelebihan kelenturannya[2].

Getah asli berasal dari getah pokok Getah. Getah asli dihasilkan dari lateks yang didapati dengan menoreh pada kulit pokok getah. Pokok Getah termasuk dalam keluarga Euphorbiaceae dan hidup di kawasan panas tropika. Apabila getah telah ditoreh dan didedahkan kepada udara ia mula menjadi keras dan kenyal, atau "bergetah". Pokok Getah hanya hidup di kawasan lembab, panas berhampiran khatulistiwa dengan itu kebanyakan lateks dihasilkan di negara Asia Tenggara Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Error: tiada nama laman disertakan (help).

RujukanSunting

  1. ^ March 17 - Today in Science History
  2. ^ a b c How rubber bands are made. Rujukan ini menyatakan bahawa getah divulkan sebelum dipancut. Getah ini kemudiannya dirawat pada mandrel.
  3. ^ Lee Rubber Products, How rubber bands are made. Diarkibkan 2007-12-15 di Wayback Machine This reference states that the rubber is vulcanized after it is extruded.

Rubber bands and heat - http://scifun.chem.wisc.edu/HOMEEXPTS/rubberband.html Diarkibkan 2019-06-13 di Wayback Machine

Pautan luarSunting