Gellert Grindelwald

Gellert Grindelwald merupakan salah satu watak rekaan J.K. Rowling dalam siri Harry Potter. Beliau merupakan ahli sihir jahat sebelum Lord Voldemort dan pertama kali disebutkan dalam siri ialah ketika Harry Potter dengan Batu Hikmat pada Kad Coklat Katak yang tertera Albus Dumbledore yang menyatakan Dumbledore telah mengalahkannya pada 1945.

Rowling pernah mendakwa yang terdapat kaitan anatara Grindelwald dan Adolf Hitler (yang turut dikalahkan pada 1945).

Dalam buku ketujuh, telah didedahkan bahawa Grindelwald pernah berkawan dengan Albus Dumbledore dan kedua-dua mereka pernah merancang untuk menubuhkan dunia baru iaitu ahli sihir menguasai Muggle. Kemudian, Aberforth Dumbledore menegaskan yang pertarungan antara tiga orang menyebabkan Ariana, adik Albus terbunuh oleh salah seorang daripada mereka. Maka, Albus memutuskan perhubungan dengan beliau dan kembali bersemuka hanya untuk mengalahkannya dan merampas "Elder Wand" yang Grindelwald curi daripada Gregorovitch, pembuat tongkat sakti yang hebat. Beliau merupakan bekas pelajar Durmstrang dan simbolnya diketahui oleh segelintir ahli sihir, kebanyakannnya waris mangsa Grindelwald. Grindelwald dibunuh sendiri oleh Voldemort yang menginginkan Elder Wand tanpa mengetahui yang tongkat sakti itu telah diambil Albus.

Dipercayai ketika penghujung hayatnya, Grindelwald menyesali kejahatan yang telah dilakukannya.

Terminologi sunting

Grindelwald merupakan nama Jerman: Grindel bermaksud "Liar" dan Wald ialah "Hutan", and Grindelwald merupakan resort ski di Switzerland. Nama Grindelwald juga mengingatkan kepada mitos Grendel yang dikalahkan oleh Beowulf. Gellert adalah Gerard versi Hungary.

Lihat juga sunting